1 / 21

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101. Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my.

gale
Download Presentation

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Fakulti Ekonomi dan PengurusanKursus: MikroekonomiKod: ECN 3101 Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my

  2. UNIT 9Pasaran Persaingan Monopolistik & Oligopoli

  3. Ciri-ciri Monopolistik • Dua ciri-ciri utama pasaran monopolistik adalah: i. firma bersaing dengan menjual barangan yang boleh dibezakan serta mempunyai pengganti yang hampir. ii. terdapatnya kebebasan keluar masuk ke industri. • Contoh: pasaran sabun basuh, ubat gigi dll.

  4. Keluk permintaan • Firma monopolistik mempunyai kuasa monopoli iaitu menentukan P > MC, oleh itu keluk permintaan adalah berkecerunan negatif. • Walaupun terdapat banyak firma tetapi disebabkan oleh “kesetiaan kepada jenama”, maka monopolistik masih mempunyai kuasa monopoli. • Dalam pasaran pertandingan monopolistik, keanjalan keluk permintaan bergantung kepada bilangan firma dalam industri. Lebih banyak firma, lebih tinggikeanjalan permintaannya (lebih anjal, lebih landai). • Keluk permintaan monopolistik adalah lebih landai (lebih anjal) berbanding dengan keluk permintaan pasaran (monopoli). • Monopolistik biasanya akan bersaing menerusi persaingan bukan harga seperti menerusi pengiklanan.

  5. Keseimbangan j/pendek & j/panjang • Monopolistik memaksimumkan keuntungan dengan mengeluarkan output apabila MR = MC • Jenis keuntungan ditentukan oleh formula  = TR – TC. • Monopolistik boleh mendapat tiga jenis keuntungan dalam jangka pendek iaitu untung normal, lebih normal dan kurang normal. • Dalam jangka panjang adanya kebebasan keluar masuk, untung yang didapati hanyalah untung normal. • Kemasukan firma baru dengan jenama yang baru akan mengurangkan jualan firma yang sedia ada dan keluk permintaan tiap-tiap firma akan beralih ke kiri. • Peralihan keluk permintaan ini akan menghapuskan keuntungan positif firma.

  6. Rajah 11.1: Penentuan Harga & Output Firma Persaingan bermonopoli dalam J/Pendek • Rajah kiri menunjukkan dalam j/pendek firma mengeluar 6 unit output (titik E, di mana MR = SMC). Pada Q = 6, P = $9 (titik A) dan SATC = $7 (titik B), maka firma memaksimumkan untung per unit AB = $2 dan jumlah untung = ABCF = $12 . • Bila firma monopolistik memperolehi untung positif dalam j/pendek:MC = MR, P > MR,P > SATC.

  7. Rajah 11.1: Penentuan Harga & Output Firma Persaingan bermonopoli dalam J/Panjang • Rajah kanan menunjukkan dalam keseimbangan jangka panjang firmamonopolistik mengeluar 4 unit output (titik E¢, di mana MR¢= LMC = SMC¢). Pada Q = 4, P = LAC = SATC¢= $6 (titik A¢), maka firma mencapai pulangan modal (breaks even) atau memperolehi untung sifar. • Dalam j/panjang, firma monopolistik mengeluar pada bahagian sebelah kiri titik min LAC ( min AC). Ini bermakna kos purata dan harga monopolistik adalah lebih tinggi berbanding keseimbangan j/panjang firma persaingan sempurna (titik E² di mana Q = 7, P = min LAC = $5). • Perbezaan tingkat output titik min LAC dan monopolistik j/panjang = lebihan kapasiti = 7- 4 = 3 unit

  8. Pembezaan Produk dan Perbelanjaan Jualan • Di bawah persaingan bermonopoli/monopolistik, firma boleh meningkatkan perbelanjaan atas pembezaan produk & usaha jualan bagi meningkatkan permintaan barangannya serta mengurangkan keanjalan permintaan harganya. • Pembezaan Produk merujuk kepada perubahan dalam ciri-ciri produk supaya produknya lebih baik/istimewa. • Perbelanjaan Jualan termasuk semua perbelanjaan firma dalam pengiklanan, usaha meningkatkan jualan, memberi perkhidmatan yg lebih baik dan sebagainya. • Firma monopolistik boleh meningkatkan kuantiti jualannya dengan menurun harga, meningkatkan perbelanjaan jualan atau memperbaiki ciri-ciri produknya.

  9. Rajah 11.2: Keseimbangan J/Panjang dengan Pembezaan Produk dan Perbelanjaan Jualan Perbelanjaan firmaatas pembezaan produk dan usaha jualan boleh meningkatkan untung firma dalam j/pendek, tetapi dalam j/panjang firma akan memperolehi untung sifar atau pulangan model (breaks even) titik A*; Q = 5 unit dan P = LAC* = $8; dan MR²= LMC* (titik E*).

  10. Keseimbangan J/Panjang Monopolistik & Kecekapan Ekonomi i. keseimbangan jangka panjang bagi monopolistik berlaku di P > MC, berbanding dengan firma pasaran persaingan sempurna, P = MC. Ini menyebabkan berlakunya ketidakcekapan. ii. monopolistik beroperasi dengan lebihan kapasiti. Ini adalah kerana output yang dikeluarkan kurang dari output di titik minimum kos purata. • Walau bagaimana pun monopolistik memberikan pengguna lebih banyak pilihan. • P >LMC, ketidakcekapan peruntukan • P = LAC, kecekapan pengagihan • LAC  LMC ketidakcekapan pengeluaran

  11. Perbandingan antara Monopolistik & Monopoli Persamaan: • mempunyai kuasa untuk menentukan harga sebab mempunyai keluk permintaan yg berkecerunan negatif. • Keluk penawaran jangka pendek tidak dapat ditentukan. • mengeluarkan output kurang daripada firma persaingan sempurna (iaitu pada bahagian kiri titik minimum kos purata;  min AC). • mengenakan harga yang lebih tinggi berbanding dengan pasaran persaingan sempurna. • Adanya ketidakcekapan • Ketidak cekapan pengeluaran (productive inefficiency) kerana LAC  LMC. • Ketidakcekapan peruntukan (allocative inefficiency), P > LMC Perbezaan: • Monopolistik memperolehi untung normal (untung ekonomi sifar) dalam j/panjang kerana terdapat kebebasan masuk ke industri. Tetapi monopoli memperolehi untung lebih normal (untung ekonomi positif) dalam j/panjang kerana terdapat sekatan masuk ke industri.

  12. Ciri-ciri Oligopoli • Oligopoli adalah sebuah industri di mana bilangan firma adalah kecil dan sebarang tindakan mana-mana firma akan memberi kesan ke atas keadaan pasaran. • Jika terdapat 2 penjual, duopoli. • Output yang dikeluarkan oleh oligopoli mungkin boleh dibezakan ataupun homogeneous. Jika outputhomogeneous - Oligopoli tulen; Output yang boleh dibezakan - Oligopoli dibezakan. • Firma masih boleh mendapat untung positif dalam jangka panjang disebabkan oleh adanya sekatan untuk masuk ke industri. • Di pasaran oligopoli, firma menentukan harga ataupun output berdasarkan strategi pihak lawan. • Pertimbangan strategik adalah penting dalam pasaran oligopoli. • Setiap firma akan melakukan strategi yang terbaik di tingkat keseimbangan dengan diberi apa yang dilakukan oleh pihak lawan. • Oleh itu antara ciri utamanya ialah saling bergantunganantara satu sama lain. • Secara umumnya, sumber/asas kewujudan oligopoli adalah lebih kurang sama dengan monopoli seperti mempunyai kuasa terhadap bahan mentah, hakcipta dan hak ‘patent’, franchise/lesen kerajaan dan keperluan modal yang besar.

  13. Model-Model Oligopoli • Tidak Berpakat/bersuhabat: • Model Cournot – output pesaingnya adalah tetap • Berpakat/bersuhabat (Collusion): • Model Kartel (bersuhabat secara explisit/terbuka)

  14. Model Cournot • Ciri-ciri Model Cournot: • Terdapat 2 firma yg mengeluarkan output yang homogeneous • Dalam memaksimumkan keuntungan, setiap duopoli mengandaikan firma yg satu lagi akanmengekalkan tingkat outputnya. • Andaian, kos sut adalah tetap. Output yang memaksimumkan untung adalah apabila MR = MC • Setiap firma akan bertindak demi kepentingan diri, diberi andaian bagaimana pesaing akan bertindak. • Tidak mempunyai persetujuan eksplisit atau implisit di antara firma-firma bagi pemaksimuman untung bersama • Harga industri adalah terletak di antara harga monopoli dan harga pesaingan sempurna.

  15. Dalam Rajah kiri, D ialah keluk permintaan pasaran. Andaikan MC = 0. • Bila hanya satu firma A, juga adalah pasaran, D = dA dan firma memaksimumkan untung dengan menjual Q = 6 pada P = $6 (titik A, diberi oleh mrA = MC = 0). • Bila firma B memasuki pasaran, ia akan menghadapi dB (diberi oleh perpindahan keluk permintaan D ke kirisebanyak 6 unit yg dijual oleh A). • Firma B memaksimumkan untung dengan menjualQ = 3 pada P = $3 (titik B, titik tengah dB di mana mrB = MC = 0). • Duopoli A sekarang menghadapid¢ (diberi olehD tolak 3 dalam rajah kanan) dan memaksimumkan untung dengan menjualQ = 4.5 pada P = $4.50 (titik A¢). • Proses ini berterusan sehingga setiap duopoli adalah pada titik E atas dE dan menjual Q = 4 pada P = $4. Rajah 11.3: Cournot Model A • Bila 1 firma, jumlah output = 6, P = 6. • Bila 2 firma, Q = 4 + 4 = 8, P = 4. • Semakin banyak firma, semakin banyak jumlah output industri, semakin rendah harga dan semakin kurang output setiap firma.

  16. Rajah 11.9: Keluk Permintaan Duopoli & Fungsi Tindakbalas Cournot Model • Rajah kiri menunjukkan keluk permintaan duopoli A dan B serta kuantiti jualan mereka • Rajah kanan menunjukkan fungsi tindakbalas duopoli A dan B. • Keseimbangan Cournot diberi oleh persilangan 2fungsi tindakbalas (titikE),QA = QB = 4 (Rajah kanan), maka QA + QB = 8 dan P = $4 (titik FRajah kiri).

  17. Model Kartel • Kartel ialah persatuan beberapa buah firma yang telah membuat bersubahat secara terbuka untuk menghapuskan sebarang permusuhan di kalangan mereka, yang timbul dari saling hubungan antara mereka. • Tujuan penubuhan kartel adalah untuk menetapkan harga, bahagian pasaran dan memaksimumkan untung. • Contoh: OPEC.

  18. kegagalan kartel Terdapat beberapa sebab kegagalan kartel mencapai matlamat memaksimumkan untung: i.Kesilapan dalam penganggaran permintaan pasaran. ii. Kesilpan dalam penganggaran kos sut bagi setiap anggota kartel. iii.Perundingan yang memakan masa yang lama antara anggota kartel iv. Ada antara anggota kartel yang tidak mematuhi perjanjian. Firma ahli cuba menipu pada harga dan output yg telah dipersetujui.

  19. Rajah 11.5: Kartel • Andaikan: Kartel yg ditubuhkan oleh 4 firma. • D ialah keluk permintaan pasaran dan MR ialah keluk hasil marginalnya. • Keluk SSMC bagi kartel diperolehi dengan menambahkan keluk SMC 4 firma sscara mendatar. • Kartel akan menentukan P = $8 dan Q = 4 (titik E, di mana SSMC memotong MR dari bawah). (Seperti monopoli).

  20. Rajah 11.6: Kartel berkongsi pasaran • D ialah keluk jumlah permintaan pasaran. • d ialah keluk permintaan setiap firma (½ daripada pasaran), dan mr ialah keluk hasil marginalnya. • Jika setiap duopoli mempunyai keluk SMC curve yg sama, setiapnya akan menjual 2 unit output pada P = $8 (titik E¢, di mana mr = SMC). • Maka, duopoli bersama akan menjual output monopoli iaitu 4 unit pada P = $8.

  21. Rumusan: Perbandingan antara Monopolistik & Oligopoli Persamaan: • Menggunakan iklan atau promosi jualan. Perbezaan: • Monopolistikmemperolehi untung normal (untung ekonomi sifar) dalam j/panjang kerana terdapat kebebasan masuk ke industri. Tetapi oligopoli memperolehi untung lebih normal (untung ekonomi positif) dalam j/panjang kerana terdapat sekatan masuk ke industri.

More Related