1 / 15

Jenis-jenis Wacana Lisan

Jenis-jenis Wacana Lisan. Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam BM, antaranya: Perbahasan 2. Perbincangan 3. Perundingan 4. Ceramah 5. Ucapan Taklimat MINGGU 13. Perbahasan

Download Presentation

Jenis-jenis Wacana Lisan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Jenis-jenis Wacana Lisan Terdapat beberapa jenis wacana lisan dalam BM, antaranya: Perbahasan 2. Perbincangan 3. Perundingan 4. Ceramah 5. Ucapan Taklimat MINGGU 13

  2. Perbahasan Mengikut Asmah Haji Omar (1996:1), perbahasan adalah semua kegiatan interaksi bahasa yang melibatkan adanya perbincangan yang ditimbulkan oleh wujudnya konflik antara orang yang mengambil bahagian. Perbahasan meliputi perbincangan biasa, perdebatan antara pasukan, mesyuarat formal, perundingan, seminar, persidangan, muzakarah, perbahasan parlimen, dan wacana ilmiah. Perbincangan merupakan kegiatan bahasa yang menunjukkan adanya usaha untuk mempertahankan, menyokong atau menentang sesuatu hujah yang dikemukakan.

  3. Ciri-ciri dalam Perbahasan • Penggunaan ayat: menggunakan ayat yang susunannya jelas. • Pemilihan perkataan: kata-kata yang digunakan dalam perbahasan mestilah tepat dengan maksud yang ingin disampaikan. • Penyebutan: disarankan menggunakan sebutan baku dan lagu bahasa atau rentak yang lazim digunakan semasa orang bercakap atau berbincang. • Kehalusan bahasa: ciri yang memperlihatkan kesopanan dan kesantunan berbahasa semasa menyampaikan hujah. Kehalusan bahasa tidak sahaja terletak pada penggunaan ayat yang teratur tetapi terletak pada pemilihan kata atau ungkapan yang tidak menyinggung perasaan.

  4. Penyampaian hujah: merupakan proses pembentukan dan pengeluaran buah fikiran, dan proses ini sebahagian besarnya bergantung kepada penguasaan bahasa. • Gerak laku: dimaksudkan dengan peraturan paralinguistik yang sesuai dalam konteks budaya sesuatu masyarakat bahasa. • Maklumat bersama, maklumat inti dan maklumat tambahan: merupakan jenis maklumat yang disampaikan atau diperoleh melalui perbahasan.

  5. Jenis-jenis Perbahasan • Seminar berbeza dengan perbahasan dari segi saiznya tetapi mempunyai persamaan dari segi struktur dan giliran bercakap. • Seminar dan perbahasan berbeza dengan forum dari segi struktur dan dari segi keputusan. • Kata simposium pula digunakan sebagai sinonim dengan seminar. • Kata muzakarah mempunyai pengertian yang sama dengan seminar atau persidangan, tetapi hanya untuk membincangkan bidang keagamaan. • Kata wacana pula digunakan untuk pengertian yang sama dengan seminar. • Kolokium tidak berbeza dengan forum dari segi struktur dan saiznya. • Kata sidang pula ada kalanya merujuk kepada sesi perbincangan atau sama dengan makna persidangan.

  6. Perundingan Bermaksud sebagai mesyuarat atau perbincangan. Antara teknik yang digunakan dalam perundingan ialah: • Penggunaan ciri-ciri pragmatik. • Penggunaan cerita • Penggunaan bunga bahasa • Pemilihan kod • Penggunaan unsur humor atau jenaka

  7. Ceramah, Ucapan dan Taklimat Merupakan sebahagian kategori perucapan umumnya dalam aspek perutusan (Maimunah Haji Omar, 1993: 1). Perutusan boleh didefinisikan sebagai satu proses penghantaran dan penerimaan maklumat oleh manusia. Penggunaan Bahasa dalam Perucapan Bahasa yang digunakan dalam perucapan mestilah: 1. Jelas: a. Tepat dan konkrit b. Penggunaan bahasa yang bersifat teknikal secara berhati-hati. c. Berhati-hati menggunakan kata yang mempunyai makna konotatif. d. Membuat huraian untuk mengelakkan kekeliruan.

  8. Menarik: a. mempelbagaikan corak percakapan atau mewujudkan variasi dalam penggunaan bahasa. b. menggunakan bahasa yang aktif, retorik, berbunga, dan imaginatif. • Sesuai dengan audiens (pendengar atau khalayak); perlu mentafsir tahap kebijaksanaan audiens, dan menggunakan pelbagai laras bahasa semasa penyampaian. • Berkaitan dengan sesuatu keadaan: mengenal pasti keadaan yang sesuai serta bersifat luwes(fleksibel).

  9. Gaya Bahasa dalam Perucapan Dimaksudkan dengan tertib atau tatacara perucap menonjolkan diri. Antara komponen gaya bahasa yang berkesan dalam perucapan ialah: • Tersendiri • Hubungan gaya dengan apa-apa yang diperkatakan • Menggunakan ayat aktif • Menggunakan bahasa secara ekonomis

  10. Ceramah Cara pengemukaan fikiran atau idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala. Dalam sesi ceramah, terdapat penerangan daripada penceramah, dan diselang-selikan dengan soalan daripada audiens. Format Penyediaan Ceramah: 1. Protokol 2. Kandungan ceramah 3. Penutup

  11. Antara perkara penting yang perlu diberikan pertimbangan dalam penyampaian ceramah ialah: • Memberikan hujah yang ada kaitan dengan audiens untuk menyokong idea penceramah. • Memastikan hujah-hujah penceramah mengandungi komponen lojik dan emosi. • Memilih strategi yang baik untuk mendapatkan sokongan. • Memastikan semua hujah mempunyai bahan sokongan. • Objektif penceramah ialah untuk mempengaruhi audiens, bukannya memaksa mereka. • Selain menggunakan bukti dan hujah, emosi audiens juga perlu dirayu atau dipujuk. • Mengelakkan penggunaan kaedah propaganda, misalnya menakut-nakutkan audiens. • Menggunakan setiap kebolehan, termasuk mimik muka, nada suara, dan gerakan badan. • Memberikan perhatian kepada keperluan manusia dan kedudukan budaya.

  12. Ucapan Dimaksudkan dengan apa-apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata yang mengandungi harapan, dalam bentuk syarahan atau pidato. Ringkasnya, ucapan didefinisikan sebagai penyampaian idea melalui pelafazan, dan disampaikan secara pidato sehala. Format Ucapan 1. Kata alu-aluan atau sapaan 2. Kandungan 3. Penutup 4. Aspek kebahasaan

  13. Antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian semasa menyediakan atau menyampaikan ucapan ialah: • Apabila menyediakan ucapan alu-aluan, perucap mesti meneliti dahulu latar belakang individu atau kumpulan yang diraikan. • Apabila menyampaikan ucapan pengenalan, berucaplah dengan ringkas dan elakkan menyentuh isu pokok. • Apabila menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian anugerah, elakkan ucapan yang beremosi tetapi mengutamakan ucapan yang bersifat faktual. • Apabila menyampaikan ucapan setelah menerima sesuatu anugerah, terapkan perasaan keharuan dan nilai yang diberikan kepada anugerah yang diperoleh. • Apabila menyampaikan ucapan selepas makan malam, sampaikan secara bersahaja, ringkas dan menyelitkan suasana humor. • Pastikan perucap memakai pakaian yang bersopan serta menggunakan bahasa yang sesuai.

  14. Taklimat Boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan secara hubungan dua hala dalam situasi formal atau tidak formal. Dalam taklimat, ada sesi soal jawab antara perucap dengan khalayak. Format Taklimat Taklimat boleh dibahagikan kepada dua bentuk berdasarkan jenis atau taraf khalayaknya, iaitu taklimat satu taraf dan taklimat dua taraf.

  15. Taklimat Satu Taraf (Sama Taraf) mengandungi: • Tajuk • Salam, kata sapaan biasa atau salutasi protokol • Kata alu-aluan • Pengenalan diri, organisasi, jawatan • Kandungan taklimat • Penutup • Sesi soal jawab Taklimat Dua Taraf Khalayak mengandungi: • Tajuk • Salam, salutasi protokol dan sapaan biasa • Puji-pujian • Ringkasan penyampaian taklimat • Kandungan • Sesi soal jawab

More Related