1 / 53

Fiqh Munakahat

Fiqh Munakahat. Topik-topik pengajian. Bab Munakahat: Pernikahan dalam Islam Poligami dalam Islam Nusyuz Fasakh, talak, khuluk dan rujuk Iddah Nafkah dan penjagaan anak Ila’, zihar dan li’an. Pengertian nikah. Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul

MikeCarlo
Download Presentation

Fiqh Munakahat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Fiqh Munakahat

  2. Topik-topik pengajian • Bab Munakahat: • Pernikahan dalam Islam • Poligami dalam Islam • Nusyuz • Fasakh, talak, khuluk dan rujuk • Iddah • Nafkah dan penjagaan anak • Ila’, zihar dan li’an

  3. Pengertian nikah • Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul • Dari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita • Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa’ : 3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21

  4. Hikmah-hikmah pernikahan • Menyahut seruan fitrah manusia • Melahirkan keturunan yang sholeh • Mewujudkan ketenangan jiwa • Memelihara akhlak dari keruntuhan • Memelihara kewujudan manusia • Meluaskan ikatan persaudaraan

  5. Hukum pernikahan • Sunat – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan • Makruh – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan • Wajib – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina • Haram – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya • Harus – Bagi yang mampu tapi tiada keinginan

  6. Persediaan sebelum nikah • Memilih jodoh yang terbaik • Hadith Nabi s.a.w.:”Dinikahi wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti kamu selamat.”

  7. Ciri-ciri bakal isteri yang baik • Kuat pegangan agama • Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut • Subur iaitu dapat melahirkan anak • Berasal keturunan yang mulia • Berilmu pengetahuan • Digalakkan yang masih perawan

  8. Ciri-ciri suami idaman • Kuat pegangan agama • Berakhlak mulia • Mempunyai harta • Berilmu pengetahuan • Berketurunan mulia • Sihat jasmani

  9. Tujuan pemilihan calon pasangan • Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni • Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai • Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna

  10. Peminangan dan pertunangan • Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi • Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga

  11. Jenis-jenis pinangan • Pinangan terus terang • Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya.” – Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram

  12. Jenis-jenis pinangan • Pinangan sindiran/kiasan • Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.” • Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)

  13. Pinangan yang diharamkan • Kepada wanita yang bersuami • Kepada wanita yang mahram • Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i • Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan

  14. Minta pandangan orang tentang pasangan • Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu. • Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang meminangnya. • Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid

  15. Maskahwin • Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah • Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya • Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah

  16. Maskahwin • Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4 • Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat • Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri • Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.

  17. Maskahwin • Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak • Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan

  18. Maskahwin • Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya. • Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan.

  19. Syarat-syarat maskahwin • Mestilah benda yang suci • Memberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran • Diketahui sifat dan jumlahnya • Ia adalah milik suami

  20. Hantaran • Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. • Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang. • Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus • Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.

  21. Hikmah hantaran • Mengeratkan hubungan kekeluargaan • Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan • Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak

  22. Wanita yang haram dinikahi • Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan. • Wanita seumpama ini digelar mahram. • Mereka terbahagi kepad dua golongan:

  23. Pembahagian mahram • Mahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi selamanya • Mahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi untuk sementara waktu sahaja • Sebab-sebab pengharaman selamanya: • Hubungan keturunan

  24. Mahram muabbad • Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu • Anak perempuan, cucu cicit ke bawah • Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu • Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu

  25. Mahram muabbad • Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa) • Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu) • Pengharaman kerana susuan • Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan

  26. Mahram muabbad • Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh: • Ibu mertua susuan • Anak tiri susuan • Isteri bapa susuan • Isteri menantu susuan

  27. Mahram muabbad • Pengharaman kerana pernikahan • Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri) • Isteri anak,cucu ke bawah (menantu) • Ibu mertua • Anak tiri

  28. Mahram muaqqat • Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halangan • Adik-beradik isteri (ipar) • Emak saudara dan anak saudara isteri • Isteri yang kelima • Wanita kafir penyembah berhala • Isteri orang lain • Isteri dalam iddah • Isteri talak tiga

  29. Rukun-rukun nikah • Ijab dan kabul • Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki • Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita • Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu

  30. Syarat-syarat ijab kabul • Menggunakan lafaz nikah atau kahwin • Ijab kabul bersambung ucapannya • Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah • Tidak bersyarat • Tidak bertempoh

  31. Rukun kedua nikah • Pengantin wanita, syarat-syaratnya: • Beragama Islam atau ahli Kitab • Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang • Ditentukan siapakah orangnya • Bukan dalam ihram haji atau umrah

  32. Rukun ketiga nikah • Pengantin lelaki, syarat-syaratnya: • Beragama Islam • Bukan mahram • Ditentukan siapakah orangnya • Bukan dalam ihram haji atau umrah • Tidak mempunyai empat orang isteri

  33. Rukun keempat nikah • Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita • Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir • Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis • Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa

  34. Hikmah adanya wali • Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan • Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita • Memelihara sifat malu wanita

  35. Keistimewaan wali mujbir • Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam • Ada tiga syarat wali mujbir: • Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu • Pernikahan hendaklah sekufu • Bakal suami mampu segera bayar maskahwin

  36. Hukum nikah tanpa wali • Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan. • Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil • Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat

  37. Susunan wali-wali nikah • Bapa • Bapa kepada bapa (datuk) • Adik-beradik lelaki kandung • Adik-beradik lelaki sebapa • Anak saudara lelaki kandung • Anak saudara lelaki sebapa

  38. Susunan wali-wali nikah • Bapa saudara kandung sebelah bapa • Bapa saudara sebapa sebelah bapa • Sepupu lelaki kandung • Sepupu lelaki sebapa

  39. Syarat-syarat wali • Islam • Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil • Baligh • Berakal • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah

  40. Hukum wali enggan kahwinkan wanita • Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya. • Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.

  41. Hukum jika wali dekat tiada • Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim. • Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.

  42. Dua wali yang sama taraf • Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik • Dalam hal ini,disunatkan jadi wali: • Orang yang paling faham hal pernikahan • Orang yang lebih warak • Orang yang lebih tua

  43. Tiada wali langsung • Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.

  44. Rukun kelima nikah • Dua orang saksi,syarat-syaratnya: • Islam • Lelaki • Berakal dan baligh • Adil • Mendengar dan melihat

  45. Hak dan tanggungjawab • Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan • Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik • Suami wajib menyerahkan maskahwin • Suami wajib memberi nafkah

  46. Hak dan tanggungjawab • Suami wajib berlaku adil jika poligami • Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya • Mewarisi harta pusaka pasangan

  47. Sunat-sunat akad nikah • Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan • Mendoakan kebaikan untuk pengantin • Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang • Membaca doa ketika ingin bersatu

  48. Sunat akad nikah • Mengadakan walimah (kenduri kahwin) • Hukumnya adalah sunat muakkad • Kadarnya menurut kemampuan • Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah • Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib

  49. Poligami • Hukum asal adalah harus. • Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku adil. • Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku adil • Hukumnya haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil

  50. Maksud keadilan • Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik • ( Surah An-Nisa’ : 3 ) • Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada tindakan zalim • ( Surah An-Nisa’ : 129 )

More Related