1 / 80

KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN (PT)

KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN (PT). ANJURAN PSPNJ JOHOR DARUL TAKZIM PENCERAMAH: K. MOHAN A/l GOVINDARAJU (KETUA JABATAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN MPTI). PENGENALAN.

aaron
Download Presentation

KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN (PT)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KURSUS PENYELIDIKAN TINDAKAN (PT) ANJURAN PSPNJ JOHOR DARUL TAKZIM PENCERAMAH: K. MOHAN A/l GOVINDARAJU (KETUA JABATAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN MPTI)

  2. PENGENALAN • Dalamduniapendidikan, muridsebagaimanusia yang berbezadarisegitahappencapaianperluditerimaolehsetiappendidik. • Perbezaaninimenyebabkanperananpenyelidikanmenjadisangatpenting. • Kemampuan guru-guru meletakkanpenyelidikansebagaiterasbudayakerjaakanmembolehkan “prosesrawatan”terhadapmurid-muriddenganlebihsempurna.

  3. KementerianPelajaran, khususnyaBahagianPerancangandanPenyelidikanPendidikan (BPPP) telahmembudayakanPenyelidikanTindakan (PT) disekolah-sekolahdibawah “Programme for Innovation, Excellence and Research (PIER).” • PT bukansekadarmemahamisituasipersekitaran, malahanjugadisertakandenganperancangandanpelaksanaantindakanuntukmemperbaikipersekitarantersebut.

  4. Penyelidikan Tindakan (PT) adalah sangat penting dalam kerjaya perguruan masa kini kerana keperluan-keperluan baru dalam profesionalisme perguruan menuntut supaya para pendidik mempunyai pemikiran penyelidikan (research orientation).

  5. KONSEP ASAS PT • Kita perlu Bertanya (5W,1H) Who, When, Where, What, Why and How • Ianya Jurang perbezaan antara jangkaan (expectation) dan amalan guru dalam pengajaran • Untuk mendekatkan jurang ini, adalah penting budaya penyelidikan menjadi sebahagian daripada budaya sekolah dan asas kepada tindakan perkembangan ikhtisas guru.

  6. Dalam bidang penyelidikan, terdapat beberapa kaedah untuk melakukan kajian dan penyiasatan. • Ia berdasarkan pada cara maklumat atau data dikutip dan dianalisakan • Jenis penyelidikan boleh dibahagikan menjadi dua golongan besar iaitu: • A. penyelidikan bersifat kuantitatif • B. penyelidikan bersifat kualitatif

  7. Penyelidikan Tindakan (PT) merupakan penyelidikan bersifat kualitatif kerana ia lebih mengutamakan aktiviti kajian yang boleh dilakukan dalam alam persekitaran atau situasi yang sebenar di sekolah dan penghuraian tindakan diambil dalam situasi itu dapat dikaji secara terperinci dengan menggunakan kaedah deskriptif.

  8. Definisi Penyelidikan Tindakan: • Pengertian PT adalah satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas mereka untuk memperbaiki :

  9. a. Amalan sosial dan pendidikan kendiri; b. Kefahaman terhadap amalan kendiri; c. Situasi di mana amalan tersebut dijalankan

  10. Kurt Lewin (1947) menjelaskan; “Action Research is a three-step spiral process of : 1. planning which involves reconnaissance; 2. taking actions; and 3. fact-finding about the results of the action.

  11. Stephen Corey (1953) juga menerangkan; Action Research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct, and evaluate their decisions and actions.

  12. Elliott & Adelman (1976) “Classroom Action Research” di UK menegaskan bahawa PT adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha meningkatkan mutu profesionalisme guru. Ia bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru

  13. Elliot (1981) PT adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah (framework for self-evaluation in school) dan pendekatan PT mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial.

  14. Carr & Kemnis (1986) PT adalah suatu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk memperbaiki dan memahami amalan (practice) dan situasi sosial. “ Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and juctice of: 1. Their social or educational practices, 2. Their understanding of these practices and 3. The situation in which these practices are carried out.

  15. McNiff (1988) PT adalah suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut. Pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuiri sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usahasama) sewaktu mengadakan kajian.

  16. Carl Glickman (1992) menghuraikan; “Action Research in education is study conducted by colleagues in a school setting of the results of their activities to improve instruction.”

  17. Emily Calhoun (1994) juga menjelaskan; “Action Research is a fancy way of saying let’s study what’s happening at our school and decide how to make it a better place.”

  18. Lomax (1994) PT adalah “penyelidikan pendidikan” (educational research) dan ia berbeza dengan “penyelidikan dalam pendidikan” (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya dan profesionnya. • PT merupakan kaedah yang membolehkan (enabling) guru melakukan inovasi dan perubahan dalam pendidikan.

  19. RUMUSAN • PT melibatkan guru sebagai penyelidik dan membuat tindakan kolaboratif (doing research is taking action collaboratively) • Memperbaiki amalan guru • Melakukan inovasi secara refleksi dan inkuiri • Memahami situasi yang sebenar dalam P & P dengan tujuan memperbaiki atau mengubah amalan guru • Merupakan satu kunci kejayaan meningkatkan mutu pendidikan di sekolah • Mentransformasikan dapatan kajian dapat dijadikan asas guru berubah dan bertindak.

  20. Contoh-Contoh Isu Kajian 1. Saya ingin meningkatkan mutu ujian lisan bahasa Inggeris 2. Saya hendak memperkenalkan pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran sastera. Bagaimana saya dapat menentukan kesesuaiannya? 3. Komunikasi dalam mesyuarat adalah sehala. Bagaimana saya dapat memastikan pertukaran idea dapat dilakukan?

  21. CONTOH PT 1. Seorang guru sekolah rendah di Sarawak berminat untuk mengetahui sama ada dia memberi layanan yang saksama kepada semua murid. Dia meminta rakan sejawat yang rapat dengannya untuk merekod murid mana yang dia berinteraksi semasa tiga sesi pengajaran. Dia mendapati bahawa dia berinteraksi dengan murid-murid berpretasi tinggi dua kali ganda berbanding dengan murid-murid berpretasi rendah sungguhpun bilangan yang berpretasi tinggi adalah kurang berbanding dengan yang berpretasi rendah. Sehubungan itu, dia mengubah pola interaksinya

  22. 2. Seorang guru tingkatan 4 mata pelajaran matematik tambahan di sebuah sekolah asrama penuh berminat untuk mengetahui sama ada dia benar-benar memberi penekanan kepada aspek kefahaman konsep ( conceptual understanding ) di kalangan murid dalam pengajarannya. Dia membuat dua rakaman audio mengenai pengajarannya dan, setelah menganalisis data yang dikumpul, mendapati bahawa soalan-soalan yang dikemukakannya kurang menguji kefahaman konsep muridnya. Dia kemudian mengubah kualiti soalannya. Kesannya adalah memberangsangkan. Bagaimanapun dia juga dapati dia perlu memberi lebih masa kepada muridnya untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Justeru dia melanjutkan penyelidikan tindakannya ke kitaran kedua.

  23. 3. Seorang guru tahun 6 di sebuah sekolah rendah di pinggir satu bandar besar menghadapi masalah mengawal kelas. Dia merekod kekerapan dia berleter semasa mengajar dan mendapati dia merupakan sebahagian punca masalah tersebut.

  24. Perbandingan Pendekatan PT dengan KBK • Tujuan Kajian Objektif PT adalah untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis • Tujuan Kajian Bersifat Kuantitatif (KBK) adalah membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip.

  25. PT 20% CARI PUNCA MASALAH 80% SELESAIKAN MASALAH KBK 80% CARI PUNCA MASALAH 20% SELESAIKAN MASALAH PERBANDINGAN MATLAMAT KAJIAN

  26. Rekabentuk Kajian • Rekabentuk PT boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar di sekolah • Rekabentuk kajian KBK ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dilakukan

  27. Subjek Kajian Penyelidik PT adalah sebahagian daripada subjek kajian. Maklumat kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian. Penyelidik KBK bukanlah subjek kajian. Subjek kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan sample tertentu.

  28. Perkaedahan Kajian • PT dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis hasil kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif • Nilai penyelidikan KBK bergantung kepada teknik sampling dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan huraian data-data yang dikutip

  29. Laporan Hasil Kajian PT menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh guru-guru • Laporan kajian KBK bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya.

  30. Aspek Pendekatan Kajian • PT melibatkan guru-guru membuat analisis kritikal berkaitan dengan sesuatu tindakan dalam sesuatu situasi di dalam kelas, maka perubahan dicadangkan bagi memperbaiki dan mempertingkat kurikulum di sekolah atau sistem pendidikan yang diamalkan. • PT merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam P & P • PT melibatkan proses pembelajaran dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina.

  31. Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri. Amalan sendiri adalah fokus utama sebelum guru memberi perhatian terhadap aspek-aspek lain. • Penyelidikan Tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan PT adalah kepada masalah praktik bukannya masalah teori.

  32. Aspek Alam Persekitaran PT Aktiviti PT membabitkan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah. Maka isu dan masalah menjadi fokus bagi PT • PT dilakukan dalam situasi sebenar seperti di dalam b.d atau sekolah. • PT melibatkan guru dan rakan sejawatnya sebagai penyelidik bersama. Maka aktiviti PT adalah dilakukan secara kolaboratif

  33. PT melibatkan tindakan intervensi (intervention) dari orang lain yang turut serta. Tujuan tindakan intervensi itu adalah untuk membantu dan mempermudahkan si pengkaji membuat pertalian yang dapat merapatkan hubungan antara amalan sebenar (actual practice) dengan harapan atau jangkaan (expectation)

  34. TUJUAN PT • Penyelidikan tindakan mempunyai dua tujuan: a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan; b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan

  35. KEPENTINGAN P T • Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam b.d dan sebagainya • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan • Dapat mempelbagaikan kaedah P & P, memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.

  36. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif • Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan ko-kurikulum • Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan, dan • Merapatkan tali silaturrarhim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.

  37. ETIKA PENYELIDIKAN TINDAKAN • Etika merupakan aspek yang perlu diberi perhatian kerana hak semua pihak sama ada guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir perlu dihormati. • Etika Penyelidikan dapat melindungi kepentingan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. • Etika juga dapat mengelakkan guru menjadi mangsa tekanan dan eksploitasi daripada pihak atasan. Maka ini meletakkan guru-guru selesa dan selamat untuk menjalankan PT.

  38. Antara perkara yang perlu dipertimbangan dan dipersetujui: i. Semua ahli j/kuasa kajian bahawa mana-mana bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti ahli-ahli J/kuasa kajian kecuali dengan kebenaran ii. Dipersetujui bahawa pelajar-pelajar mempunyai hak yang sama seperti guru dari segi pengenalan identiti dan kerahsiaan bukti dan data yang dipungut dari mereka iii. Dipersetujui bahawa penerbitan laporan kajian perlu mendapat kebenaran dari ahli J/kuasa kajian.

  39. iv. Dipersetujui semua penerbitan laporan yang dihasilkan oleh guru- guru yang terlibat dalam kajian ini perlu dibuat atas nama mereka • v. Dipersetujui semua maklumat yang berkaitan dengan sekolah perlu mendapat kebenaran pengetua sebelum didedahkan kepada umum. • vi Dipersetujui bahawa laporan kajian ini akan diserahkan terlebih dahulu kepada (BPPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri sebelum ia diterbitkan dan didedahklan untuk orang ramai.

  40. Pelaksanaan PT melibatkan 5 peringkat seperti yang berikut: Diadaptasi daripada Lewin, 1946, dan Laidaw, 1992

  41. Ciri-Ciri Penyelidikan Tindakan a. menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka. b. memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat. c. merupakan proses pembelajaran yang teratur. d. membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri. e. menggalakkan fikiran yang terbuka.

  42. f. membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak. g.mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. h.berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) - satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan. i. melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal) j. dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar.

  43. PT menitikberatkan EMPAT perkara berikut a. penyelidikan secara sistematik dan melibatkan pengumpulan bukti (collective evidence) digunakan sebagai asas untuk renungan yang menyeluruh. b. Ia bukan sahaja menyelesaikan masalah tetapi juga memperlihatkan masalah. c. Ia bukan penyelidikan tentang orang lain tetapi penyelidikan yang dijalankan oleh individu atau kumpulan terhadap kerja mereka sendiri untuk memperbaiki diri mereka, kerja mereka dan kebaikan orang lain. d. Ia bukannya satu-satu kaedah saintifik untuk kerja-kerja kurikulum dan bukannya tentang pengujian hipotesis atau penggunaan data untuk membuat kesimpulan malah ia menerima pandangan sains sosial yang berbeza daripada pandangan sains semulajadi. P T melibatkan penyelidik itu sendiri.

  44. Ciri Usahasama (Collaboration) dalam P T (Pembinaan Komuniti Pembelajaran) a. sekumpulan pensyarah/guru dalam satu Jabatan; b. sekumpulan pensyarah/guru yang menyelidik tentang suatu bidang yang sama, merentasi Jabatan atau; c. seorang pensyarah/guru dengan pelajarnya.

  45. Satu-satu kumpulan itu bolehlah dikatakan satu komuniti apabila; 1. ahli kumpulan itu berkongsi atau cuba berkongsi pandangan dan nilai yang sama. 2. perhubungan antara mereka berbentuk peribadi (rapat), langsung, bersemuka dan pelbagai corak (apabila ahli komuniti menghadapi / mempunyai keperhatinan yang luhur antara satu dengan lain) 3. perhubungan di dalam kumpulan bukan semata-mata mengikut hiraki atau individulistik, Sebaliknya bercirikan perimbangan timbul balik (tindakan bukan hanya untuk kebaikan seseorang sahaja atau beberapa orang tetapi untuk kebaikan bersama).

  46. Panduan Am & Khusus PT 1. (Kumpulan) Penyelidik perlu yakin dan sanggup menjalankan penyelidikan. 2. Sentiasa peka terhadap persekitaran. 3. Keistimewaan PT ini - ianya boleh dijalankan secara kecil- kecilan.

  47. 4. Segala kemajuan dan perubahan penyelidikan yang dijalankan adalah bergantung kepada iltizam anda / kumpulan anda. 5. Semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan anda / kumpulan anda hendak dimaklumkan terlebih dahulu. 6. Penyelidikan Tindakan tidak semestinya melibatkan perbelanjaan yang besar.

  48. Garis Panduan Khusus 1. Kenal pasti bidang yang diminati. Pastikan penyelidik jelas dan faham mengenai tumpuan tema yang dipilih. 2. Jadikan diri sendiri sebagai model dalam kumpulan penyelidikan tersebut. 3. Libatkan orang lain yang berminat dan tubuhkan satu kumpulan kecil. 4. Sentiasa bersikap optimis , bertolak ansur dan berfikiran terbuka dalam semua urusan. 5. Tentukan tugas dan tanggungjawab dikalangan ahli-ahli kumpulan.

  49. 6. Jadikan kumpulan itu satu komuniti pembelajaran yang sentiasa perlu berkolaborasi untuk meningkatkan pengetahuan. 7. Pastikan penyelidikan dijalankan secara sistematik, 8. Langkah-langkah da1am penyelidikan per1ulah ditetapkan dengan tempoh masa yang bersesuaian. 9. Dapatkan pandangan pakar-pakar atau orang luar yang berminat dalam bidang yang dikaji. 10.Pastikan perubahan hanya ditumpukan kepada proses dan bukan kepada hasil sahaja.

  50. 11. Rekod segala hasil pemerhatian dari pelbagai sumber dengan sistematik. 12. Pendekatan dalam Penyelidikan Tindakan boleh diubahkan jika pcrlu. 13. Dapatan-dapatan individu dan kumpulan perlulah laporkan secara bertulis atau lisan. Ini akan lebih menyakinkan masyarakat dari segi keperluan penyelidikan tindakan bagi perkembangan pendidikan. 14. Elakkan renungan yang dibuat secara tergesa-gesa. 15. Lakar dan tuliskan idea-idea yang timbul semasa membuat renungan.

More Related