530 likes | 860 Views
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. TANGGUNGJAWAB MENJAGA AKAL. 28 FEBRUARI 2014 / 28 RABIULAKHIR 1435H. 1. Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ ِللهِ. Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. 2. Firman Allah S.W.T. 3. Syahadah.
E N D
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia TANGGUNGJAWAB MENJAGA AKAL 28 FEBRUARI 2014 / 28 RABIULAKHIR 1435H 1
Pujian Kepada Allah S.W.T. اَلْحَمْدُ ِللهِ Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. 2
Syahadah Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya. 4
Selawat اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْن Ya Allah, cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W., keluarga dan seluruh sahabatnya. 5
Pesanan Takwa أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar takwa, sesungguhnya berjayalah orang-orang bertakwa. 6
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT • Melaksanakan segala perintah-Nya • Meninggalkan segala larangan-Nya • Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat 7
Tajuk Khutbah Tanggungjawab Menjaga Akal 8
Berdasarkan kepada al-Quran dan Hadith • Rasulullah SAW melarang setiap manusia mendekati perbuatan yang keji lagi hina yang boleh merosakkan diri manusia itu sendiri • Terdapat ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang pengharaman mengambil sesuatu yang boleh menjejaskan kesihatan dan kewarasan akalserta menjauhi perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan fizikal dan spiritual manusia
Maksud Ayat “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maidah : Ayat 90) 11
Islam sentiasa memuliakan umatnya dan menganjurkan kehidupan yang sejahtera • Maka larangan keras dimeterikan supaya setiap individu tidak terjebak dalam kebinasaan • Islam menganjurkan umatnya supaya memelihara lima (5) prinsip yang menjadi keutamaan dalam kehidupan harian mereka untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat 12
1 2 3 4 5 13
Hari ini isu dadah umpamanya sudah sampai ke tahap serius dan kritikal sehinggalah ia diisytiharkan sebagai “Musuh Nombor Satu Negara” sejak 31 tahun yang lalu sehingga kini • Mimbar menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu bagi memerangi musuh utama negara ini sebagaimana yang dituntut oleh agama kita dalam usaha mencegah segala kemungkaran dan kemaksiatan
Maksud Ayat “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah al-Maidah : Ayat 2) 18
Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya: “Kaitan antara seseorang beriman dengan yang lainnya adalah seumpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih) 19
Sabda Rasulullah S.A.W Maksudnya: “Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya, dan jika dia tidak berkuasa maka dengan lidahnya, dan jika dia tidak berkuasa, maka cegahlah dengan melahirkan perasaan benci perlakuan maksiat dan kemungkaran itu di dalam hatinya, cara mencegah sedemikian adalah selemah-lemah iman.” 21
Sejajar dengan peringatan al-Quran dan Hadith.. P E R T A M A • Pemimpin perlu memperhebatkan program turun padang bagi membantu membimbing, mendekati dan memberi keyakinan hidup kepada keluarga yang menghadapi krisis sosial • Perbuatan mencerca, dan menghina mereka yang menghadapi ujian Allah SWT adalah bercanggah dengan ajaran Islam • Boleh membebankan lagi penderitaan hidup mereka 22
K E D U A • Ibu bapa sebagai tunjang keluarga bertanggungjawab memastikan diri dan ahli keluarga memelihara kesucian agama • Melaksanakan segala perintah Allah dengan sempurna dan istiqamah Beristiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama insyaAllah mampu menghindarkan diri dan keluarga dari ancaman gejala negatif, perosak minda dan gejala sosial lain 23
K E T I G A • Menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi perhatian serius dalam usaha membanteras gejala-gejala negatif • Pengedaran dadah, aktiviti penyeludupan, pemerdagangan manusia dan seumpamanya • Menyalurkan informasi kepada pihak berkuasa • Dengan cara sedemikian aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang boleh dihalang • Indeks perlakuan jenayah boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima 24
Hari Anti-Dadah Peringkat Kebangsaan • Sambutan pada tarikh 19hb Februari setiap tahun • Ingatlah dan insaflah ketika diri kita masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga • Kerjasama memerangi jenayah dadah yang boleh dianggap sebagai ibu segala kemaksiatan • Dengan menutup segala ruang penularan nya 25
Slogan berkaitan ancaman dadah • Dadah Musuh No 1 • Najis Dadah • Keldai Dadah • Anda Pilih Bahagia atau Sengsara • Belia Benci Dadah • Semua bagi menggambarkan bahaya dan beratnya masalah dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh individu, keluarga, masyarakat dan negara disebabkan dadah 26
Kesungguhan Penagih Dadah… • Mereka sanggup mati di tiang elektrik demi mendapatkan kabelnya • Mencuri, meragut dan merompak apa-apa jua barangan yang kelihatan berharga untuk dijadikan dana tambahan • Besi-besi buruk • Kasut dan selipar di masjid • Binatang ternakan seperti ayam, kambing dan lembu • Buah - buahan 27
Kesan buruk daripada penagihan dadah • Ahli keluarga seperti ibu, bapa dan adik beradik yang sepatutnya diberi perlindungan dan kasih sayang juga menjadi mangsa penganiayaan dan kekejaman sehingga sanggup melakukan pembunuhan • Ibu tunggal dan anak gadis dijadikan sasaran para pengedar dadah dengan menjadikan mereka keldai dadah di peringkat nasional dan antarabangsa 28
Sebagai ibu bapaa • Seharusnya sentiasa menasihati satu sama lain • Bahaya kerosakan yang timbul akibat hilang pertimbangan dan kewarasan akal • Terjebat dengan penggunaan najis dadah • Sentiasa membimbing dan memberi didikan kepada anak • Di peringkat alam remaja mahupun alam kanak-kanak • Sentiasa menjauhkan diri dari anasir yang tidak sihat yang boleh menjerumus ke lembah kehinaan 29
Pepatah Arab ada menyebut اَلْعَقْلُ السَّلِيْمُ فِي الجِسْمِ السَّلِيْمِ Mafhumnya: “ Pemikiran yang bernas lahir dari tubuh badan yang sihat”. 30
Akal yang sihat dan senantiasa waras dalam berfikir menjadikan manusia lebih baik kedudukannya berbanding lain-lain makhluk Allah SWT • Dengan akal minda yang waras dan sihat sahajalah yang mampu membimbing manusia untuk mempertahankan kesucian agama dan melaksanakan segala tuntutannya • Dengan akal dan minda yang sejahteralah yang boleh memelihara kemuliaan nasab keturunannya dan menginfakkan hartanya pada jalan yang diredhai 31
Pelihara akal pemikiran daripada terjerumus melakukan gejala negatif dan fasad kerana perkara ini adalah sebahagian daripada seruan agama • Cegah perbuatan jenayah yang mungkin berlaku di persekitaran hidup kita atau di mana jua kita berada dengan memperkukuhkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT • Perbanyakkan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala perbuatan yang menjerumus kepada dosa dan mungkar 32
Maksud Ayat “Jika kamu berbuat kebaikan (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk), berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu(dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid(Bait’ul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” (Surah al-Isra’ : Ayat 7) 34
Penutup بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ 35
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Esa. Aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah hambaNya dan rasulNya. 38
Bertakwalah kepada Allah S.W.T. dan bersama-samalah dengan orang-orang yang benar. 39
Ya Allah, kurniakanlah keredaan kepadaempatorangkhulafaar-RasyidinSaidina Abu Bakar, Umar, Usmandan Ali bin AbiTalib. Isteri-isteriNabi yang suci, ahlikeluarga, seluruhsahabatsertaparatabiin. Juga, redailah kamisekalianwahaiTuhan Yang MahaPenyayang. 43
Ya Allah, ampunkanlahdosagolonganmuslimindanmuslimat, samaada yang masihhidupatau yang telahmati. 44
Ya Allah anugerahkanlahrahmatkeatas Raja-raja kamidanpemimpin-pemimpinkami yang melaksanakankebenarandanmenegakkankeadilan. 45
YA ALLAH, LANJUTKANLAH USIA BAGINDA BERDUA DEMI KEBAIKAN SELURUH RAKYAT DAN NEGARA SERTA SEMPURNAKANLAH SEGALA HAJAT BAGINDA BERDUA DI BAWAH PETUNJUK DAN PIMPINANMU 47
Ya Allah jadikanlah Malaysia danseluruhnegarakaumMuslimindalamkeadaanamandan damai 48
YaTuhankami, janganlahengkaumengubahhatikamiselepasEngkaumemberihidayahkepadakamidankurniakanlahkamirahmatdisisiMusesungguhnyaEngkaulahMaha Pemberi 49
Ya Allah, YaTuhankami, anugerahkanlahkamidengankebaikandiduniadandiakhirat, sertajauhilahkamidaripadaazabapineraka. 50