1 / 20

LARAS BAHASA

LARAS BAHASA. PENGENALAN. Definisi: Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan. Perbezaan Laras Bahasa. Mengapakah laras bahasa digunakan?. Terdapatnya:

anana
Download Presentation

LARAS BAHASA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. LARAS BAHASA

  2. PENGENALAN Definisi: Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

  3. Perbezaan Laras Bahasa

  4. Mengapakah laras bahasa digunakan? Terdapatnya: • Ciri-ciri keperihalan - Situasi Luaran - Situasi Persekitaran • Ciri-ciri linguistik - Aspek Bunyi - Aspek Perkataan - Aspek Ayat

  5. Situasi Luaran • maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. • merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat.

  6. Situasi Persekitaran • cara penyampaian • perhubungan sosial dan peribadi • bahan • fungsi sosial

  7. Ciri-ciri Linguistik • Aspek Bunyi • Aspek Perkataan • Aspek Ayat

  8. JENIS-JENIS LARAS BAHASA • Laras Bahasa Biasa • Laras Bahasa Iklan / Perniagaan • Laras Bahasa Sains • Laras Bahasa Media Massa • Laras Bahasa Rencana • Larasa Bahasa Undang-Undang • Laras Bahasa Agama

  9. Laras Bahasa Sukan • Laras Bahasa Sastera / Kreatif • Laras Bahasa Ekonomi • Laras Bahasa Akademik

  10. Laras Bahasa Biasa • Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu • Penggunaan dalam perbualan harian • Tiada istilah khusus • Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat • Kata pinjaman tidak banyak digunakan • Tidak terdapat istilah teknikal • Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja • Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan

  11. Laras Bahasa Iklan / Perniagaan • Untuk menyampaikan maklumat berkesan • Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan • Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) • Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif • Penggunaan bahasa retorik • Tidak mementingkan tatabahasa • Guna pernyataan tertentu

  12. Laras Bahasa Sains • Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan • Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta • Istilah sains dan teknikal adalah banyak • Ada istilah pinjaman • Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif • Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi

  13. Laras Bahasa Media Massa • Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca • Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung • Tiada istilah teknikal dan khusus

  14. Laras Bahasa Rencana • Bersifat umum • Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu • Gaya bahasa mudah difahami • Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci

  15. Laras Bahasa Undang-Undang • Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) • Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris • Makna kosa kata berdasarkan intepretasi • Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan • Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat • Tiada graf atau gambar • Binaan ayat adalah panjang

  16. Laras Bahasa Agama • Membincangkan isu agama • Ada istilah pinjaman • Terdapat petikan • Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran

  17. Laras Bahasa Sukan • Menyampaikan maklumat kegiatan sukan • Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas • Ada istilah aktiviti sukan • Kosa kata mudah difahami

  18. Laras Bahasa Sastera / Kreatif • Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman • Ada istilah khusus tentang sastera • Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) • Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat • Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola • Bernada puitis dan bersifat komunikatif

  19. Laras Bahasa Ekonomi • Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi • Ada istilah teknikal ekonomi • Tidak mengutamakan struktur ayat • Gaya bahasa formal • Maklumat jelas dan eksplisit • Fakta berdasarkan bukti data dan statistik

  20. Laras Bahasa Akademik • Bersifat ilmiah, formal dan objektif • Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) • Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi • Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan) • Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian • Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk • Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks SEKIAN

More Related