1 / 25

Teknologi Bahan KH 2263 UJIAN KE ATAS KONKRIT (Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof)

Teknologi Bahan KH 2263 UJIAN KE ATAS KONKRIT (Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof). Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM. 2. Ujian Konkrit. Ujian-ujian perlu dilakukan ke atas konkrit keras. Antara alasannya ialah: Menentukan kualiti konkrit. Memantau kerosakan /rekahan pada konkrit

andren
Download Presentation

Teknologi Bahan KH 2263 UJIAN KE ATAS KONKRIT (Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Teknologi BahanKH 2263UJIAN KE ATAS KONKRIT(Prof. Dr Kamarudin Mohd Yusof) Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM

  2. 2 Ujian Konkrit • Ujian-ujian perlu dilakukan ke atas konkrit keras. Antara alasannya ialah: • Menentukan kualiti konkrit. • Memantau kerosakan /rekahan pada konkrit • Menentukan tahap kerosakan yang dialami binaan konkrit • Menentukan kekuatan minimum tercapai bagi membuka acuan kerja. • Menentukan prestasi sesuatu anggota struktur konkrit dalam binaan.

  3. 3 Ujian Konkrit • Ujian-ujian konkrit dikategorikan kepada • Konkrit baru / basah. • Konkrit keras • Ujian untuk konkrit baru adalah untuk menentukan kualiti konkrit • Ujian Runtuh (slump) - 25mm (satu pertiga yang ditentukan oleh reka bentuk. (jika konkrit siap bancuh - 35mm atau satu pertiga nilai ditentukan ditambah 10mm) • Ujian Vebe - 3 saat atau satu pertiga nilai ditentukan. • Ujian Kandungan Udara - dalam julat 1.5 peratus nilai yang ditentukan. Jika 4 kelompok berbeza perlu 1.0 daripada ditentukan.

  4. 4 Ujian Konkrit • Alat pengukur kandungan udara konkrit • Ujian Konkrit Keras:Terbahagi kepada: • Ujian Tanpa Musnah • Ujian Separa Musnah • Ujian Bebanan • Ujian-ujian ini digunakan dalam kebanyakan kerja memantau binaan konkrit dari ujian-ujian awal menentukan kawasan mengalami kerosakan, memantau rekahan sehinggalah menentukan dengan teliti keupayaan sesuatu anggota konkrit berkenaan.

  5. 5 Ujian Konkrit • Ujian Tanpa Musnah • Alat Memantau Rekahan • Mikroskop rekahan • Lapisan sekil • Kaedah Gelombang denyut Ultrasonik • Menganggarkan kekuatan mampatan konkrit • Menganggarkan kedalaman rekahan. • Menentukan kualiti konkrit dan kehomogenannya • Menentukan tebal lapisan berbeza pada binaan konkrit Peralatan Gelombang Ultrasonik

  6. 6 Ujian Konkrit • Kaedah Ujian Tanpa Musnah • Keupayaan Elektrik Sel Separa digunakan untuk menentukan kedudokan kakisan klorida pada tetulang keluli dalam konkrit dan tahap kerosakan yang dialami. Kelengkapan Sel-Separa

  7. 7 Ujian Konkrit • Kaedah Ujian Tanpa Musnah

  8. 8 Ujian Konkrit • Kaedah Ujian Tanpa Musnah

  9. 9 Ujian Konkrit • Kaedah Ujian Tanpa Musnah • Ujian Resistiviti Konkrit digunakan untuk menentukan tahap kakisan pada tetulang keluli dalam konkrit. • Ujian Tukul Schmidt digunakan dalam mengukur kekerasan permukaan konkrit dan menanggarkan kualiti dan kekuatan mampatan konkrit

  10. 10 Ujian Konkrit • Ujian Kedudukan Keluli • Boleh menggunakan Covermeter atau dipanggil juga profometer • Alat ini boleh digunakan untuk menanggarkan saiz keluli dan kedudukan keluli dalam konkrit. • Boleh digunakan untuk menanggarkan tebal konkrit atas tetulang. Profometer Covermeter

  11. 11 Ujian Konkrit • Ujian Tanpa Musnah • Tolok Demec:digunakan untuk mengukur pengecutan konkrit. • Tolok Dial (dial gauge): digunakan untuk mengukur modulus sampel konkrit dan pergerakan lenturan dalam ujian bebanan.

  12. 12 Ujian Konkrit • Ujian Tanpa Musnah • Ujian Ketertelapan Udara dan Air Figgs • Ujian Resapan Awal Permukaan (ISAT): guna untuk mengukur resapan air dalam turapan konkrit.

  13. 13 Ujian Konkrit • Ujian Tanpa Musnah - menggunakan Teknik Nuklear • Radiografi Sinar-X: dijalankan di makmal Radiografi untuk melihat struktur dalaman konkrit seperti lompang, rekahan dan keadaan agregat pada plat fotografi. • Radiografi Gamma: dilakukan di makmal Nuklear berkeupayaan mengeluarkan pancaran Gamma dengan penggunaan isotop radioaktif seperti Caesium 137 dan Cobalt 60. Digunakan untuk menentukan kedudukan, saiz dan keadaan tetulang keluli dalam konkrit dengan menggunakan plat fotografi. • Radiometri Gamma: seperti di atas tetapi pengesanan keadaan dalaman konkrit menggunakan alat pengesan radioaktif seperti Pengesan Geiger atau Pembilang Sintilasi untuk mengukur keamatan pancaran Gamma. Kaedah ini sesuai untuk kerja lapangan. • Tolok Kelembapan Neutron: digunakan untuk mendapat gambaran taburan kelembapan dalam konkrit dalam bentuk plot pemetaan kontour kadar kelembapan. Sesuai digunakan untuk kerja lapangan.

  14. 14 Ujian Konkrit Teknik Nuklear Kelengkapan Radiografi Neutron Radiografi Sinar-X

  15. 15 Ujian Konkrit Teknik Nuklear Kolimator Gamma Tolok Kelembapan Neutron Punca Gamma

  16. 16 Ujian Konkrit • Ujian Teras • Kaedah Ujian konkrit di lapangan paling popular • Sampel bentuk silinder digerudi daripada binaan konkrit untuk ujian: • Kekuatan mampatan • Kekuatan tegangan pisah • ketumpatan • resapan oksigen (untuk ujian kakisan klorida) • resapan dan ketertelapan air / gas • tebal lapisan pengkarbonatan • keadaan sebenar tetulang (kesan kakisan klorida) • analisis kimia untuk tujuan tertentu. • Ujian ini dikawal oleh Piawaian BS1881; Part 120 (82), ASTM C42-84a dan ACI 318(84) • Saiz sampel diameter 150mm x 300mm panjang. Boleh juga menggunakan sampel 100mm x 200m (saiz maks. Agregat <25mm) dan sampel saiz 75mm x 150mm (saiz maks. Agregat <20mm).

  17. 17 Ujian Konkrit Ujian Teras Mesin Pengerudi sampel teras Diamond tip drill bit

  18. 18 Ujian Konkrit • Ujian Tarik Keluar (Pull-Out Test) • Kaedah ini untuk menentukan kekuatan mampatan turapan konkrit di lapangan. Terutamanya dalam menentukan kekuatan minimum konkrit tercapai bagi membuka acuan kerja (formwork). • Kaedah ini mempunyai beberapa variasi seperti Lok Test, Kaedah Amerika Utara, American Insert, kaedah Gerudi Lubang yang berasal dari Russia.

  19. 19 Ujian Konkrit Ujian Tarik Keluar (Pull-Out Test)

  20. 20 Ujian Konkrit • Ujian Tarik Terus (Pull-Off) • Ujian ini digunakan di lapangan untuk mendapatkan kekuatan tegangan turapan konkrit pada binaan konkrit.

  21. 21 Ujian Konkrit Ujian Tarik Terus (Pull-Off) Bagaimana kaedah tarik terus dikendalikan

  22. 22 Ujian Konkrit • Ujian Bebanan (Load Test) • Ujian bebanan merupakan ujian sebenar menguji keupayaan sesuatu anggota struktur konkrit. • Ujian dijalankan di lapangan dengan anggota struktur konkrit dikenakan beban dengan menggunakan unit-unit beban yang diketahui beratnya. • Prestasi anggota struktur konkrit yang diuji dipantau dari jauh dengan tolok terikan (strain gauge) dan mengesan kelakuan rekahan jika ada berlaku. • Sebelum beban dikenakan anggota konkrit perlu diberi sokong tambahan bagi tujuan keselamatan. • Ujian bebanan ini tidak boleh dilakukan ke atas konkrit berumur kurang dari 28 hari. Menurut ACI 318 (84), konkrit perlu mencapai umur minimum 56 hari bagi ujian ini dilakukan. • Dalam hal tertentu, anggota struktur konkrit dipotong dan diuji di makmal dengan ujian bebanan muktamad.

  23. 23 Ujian Konkrit Ujian Bebanan

  24. 24 Ujian Konkrit Ujian Bebanan

  25. SEKIAN

More Related