1 / 36

Nusyuz

Nusyuz. Erti nusyuz ialah derhaka Nusyuz dilakukan sama ada oleh suami atau isteri apabila mereka tidak menjalankan tanggungjawab Bagaimana nusyuz isteri? Tidak taat kepada suami Keluar rumah tanpa izin suami Berpuasa sunat tanpa izin suami. Nusyuz isteri.

arleen
Download Presentation

Nusyuz

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Nusyuz • Erti nusyuz ialah derhaka • Nusyuz dilakukan sama ada oleh suami atau isteri apabila mereka tidak menjalankan tanggungjawab • Bagaimana nusyuz isteri? • Tidak taat kepada suami • Keluar rumah tanpa izin suami • Berpuasa sunat tanpa izin suami

  2. Nusyuz isteri • Menolak permintaan suami untuk bersatu dengannya tanpa sebab • Memberi sesuatu dari rumahnya tanpa izin suami • Memasukkan orang yang dibenci suami ke dalam rumahnya • Tidak melayan suami dengan layanan yang baik

  3. Nusyuz suami • Mengabaikan memberi nafkah zahir dan batin • Mencederakan isteri tanpa hak • Tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya • Mencela dan menjatuhkan maruah isteri • Memaksa isteri melakukan maksiat

  4. Cara mengatasi nusyuz • Jika berlaku nusyuz isteri, ada tiga langkah untuk mengatasinya: • Beri peringatan akan kewajiban isteri dan beri amaran akan kemurkaan Allah jika terus derhaka • Jika masih berdegil, pisahkan tempat tidur dengannya • Jika berdegil, pukullah tanpa mencederakan untuk mendidik

  5. Cara mengatasi nusyuz • Jika suami nusyuz, maka: • Beri peringatan akan tanggungjawabnya sebagai suami • Beri amaran akan kemurkaan Allah • Buat pengaduan ke Mahkamah Syariah • Dalil tentang nusyuz isteri dan suami adalah Surah an-Nisa’:34 dan 128

  6. Keretakan rumahtangga • Antara punca-punca keretakan rumahtangga adalah: • Tiada didikan agama yang mendalam • Tiada tolak ansur • Kahwin paksa atau kerana cinta buta • Berpoligami tanpa ikut syarat-syaratnya • Tidak setaraf kedudukan • Campurtangan ibubapa dan keluarga • Terburu-buru dalam buat keputusan dan tindakan • Tiada saling menghormati • Tidak berterus terang dan suka berbohong • Terlalu cemburu dan tidak saling mempercayai

  7. Krisis rumahtangga • Jika berlaku salahfaham yang kecil, seharusnya diselesaikan dengan segera tanpa pengetahuan orang lain • Jika berlaku pergaduhan yang besar, maka digalakkan melantik hakam ( orang tengah) bagi pihak suami dan isteri • Hakam akan mengkaji punca masalah dan berbincang jalan penyelesaian yang terbaik

  8. Krisis rumahtangga • Jika dapat menasihati kedua belah pihak suami isteri, maka diadakan perjanjian damai • Jika gagal berdamai, maka mereka akan menasihatkan hakim untuk menceraikan pasangan itu • Dalilnya adalah Surah An-Nisa’:35

  9. Fasakh • Ertinya: Pembatalan ikatan nikah kerana berlakunya sesuatu sebab • Sebab-sebab membolehkan fasakh: • Kecacatan suami atau isteri • Suami tidak memberi nafkah • Suami tidak membayar maskahwin • Tidak memenuhi janji • Wujud hubungan mahram antara suami isteri

  10. Fasakh kerana kecacatan • Kecacatan yang boleh dituntut fasakh • Penyakit gila • Penyakit sawan • Penyakit kusta • Penyakit sopak • Lemah tenaga batin • Terpotong zakar • Tersumbat faraj kerana ketumbuhan daging atau tulang

  11. Fasakh kerana mungkir janji • Jika salah satu pihak mungkir janji sebelum pernikahan seperti disyaratkan wanita itu anak dara atau lelaki itu bujang tetapi berlaku sebaliknya, maka berhak dituntut fasakh

  12. Kuasa menjatuhkan fasakh • Orang yang akan menjatuhkan fasakh hanyalah hakim sahaja • Fasakh tidak ada rujuk dan perlu akad nikah jika ingin kembali • Fasakh tidak akan dijatuhkan jika kecacatan boleh diubati • Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhan, tiada maskahwin atau mut’ah • Jika berlaku fasakh selepas persetubuhan, maskahwin wajib diserahkan kepada isteri dan mut’ah

  13. Mut’ah • Erti: Harta yang suami wajib serahkan kepada isteri selepas ditalak atau fasakh • Mut;ah diberi jika isteri: • Diceraikan selepas persetubuhan • Diceraikan sebelum persetubuhan dan maskahwin tidak disebutkan dalam akad nikah • Dihukumkan berpisah dengan suami keran suami murtad atau dia meli’an isterinya

  14. Mut’ah • Dalil-dalil kewajiban mut’ah adalah Surah Al-Baqarah: 236 dan 241 • Kadar mut’ah adalah persetujuan suami isteri • Jika mereka berselisih, maka hakim akan menentukannya berdasarkan kemampuan suami dan kedudukan isteri

  15. Hikmah mut’ah • Mengambil hati isteri yang diceraikan • Meringankan bebanan hidupnya • Mengubati perasaan benci

  16. Perbincangan minggu depan • Adat persandingan • Dari mana asal-usulnya? • Apa hukumnya? • Apa faedah atau mudaratnya? • Apa alternatifnya atau penyelesaian?

  17. Talak • Erti: Memutuskan ikatan pernikahan • Dalil pensyariatan: • Surah Al-Baqarah : 229, Surah At-Talaq: 1 • Hadith: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talak” • Hukum: Harus tapi sangat tidak digalakkan • Hikmah: Untuk menyelesaikan masalah rumahtangga yang menemui jalan buntu untuk diperbaiki

  18. Talak • Di sisi mazhab Hambali,hukum talak ada 4 • Wajib: Jika kedua hakam menyarankan perceraian suami isteri dan suami yang menjatuhkan ‘ila kepada isteri dan tidak menarik balik sumpahnya sehingga empat bulan(Surah An-Nisa’:35, Al-Baqarah:226) • Haram: Jika tiada sebab munasabah • Harus: Jika ada sebab seperti buruk akhlak isteri atau buruk layanannya

  19. Talak • Sunat: Jika isteri mengabaikan kewajiban agama seperti solat, zakat, haji, menutup aurat, puasa dan sebagainya • Adapun talak di sisi agama Yahudi,ianya dibenarkan sama sekali walau tiada sebab tetapi lebih baik jika bersebab sama ada kekurangan fisikal atau perangai • Agama Nasrani bermazhab Katholik mengharamkan talak sama sekali sedangkan mazhab Protestant dan Ortodoks membenarkan talak dengan sebab munasabah seperti kecurangan isteri tetapi dilarang bernikah lagi

  20. Talak • Syarat-syarat sah talak: • Akad nikah sudah sah sabit • Waras dan sempurna akal suami • Oleh itu, tidak sah talak suami yang mabuk kerana ubat atau dipaksa minum.Begitu juga suami yang terlalu marah. • Mempunyai kuasa memilih yang sempurna

  21. Talak • Oleh itu tidak sah talak jika suami dipaksa tanpa hak • Begitu juga suami yang bergurau dan bermain-main dalam menjatuhkan talak, maka talaknya sah • Adapun suami yang melatah atau dia melafazkan talak semasa tidur, maka tidak jatuh talaknya. Begitu juga orang yang tersasul, maka tidak jatuh talak.

  22. Talak • Jenis-jenis talak • Ia terbahagi kepada empat bahagian: • Bahagian pertama: Dari segi penggunaan lafaz ; talak sorih dan talak kinayah • Bahagian kedua: Dari segi keadaan isteri yang diceraikan; talak bid’ie, talak sunni dan talak bukan sunni dan bid’ie • Bahagian ketiga: Dari segi penebusan talak dengan harta; khulu’ dan talak biasa • Bahagian keempat: Dari segi pengharusan rujuk; talak raj’ie dan talak bain

  23. Talak • Talak sorih ertinya lafaz talak yang digunakan jelas menunjukkan makna talak sahaja; contohnya cerai,talak,bebas,lepas, pisah ( Surah At-Talaq:1-2 ,Al-Ahzab:28 ) • Hukumnya: Jatuh talak sama ada suami berniat talak atau tidak • Syarat-syarat jatuhnya talak sorih: • Sedar, sengaja, faham maknanya, baligh

  24. Talak • Talak kinayah ialah talak sindiran yang mungkin bermaksud cerai atu selainnya • Contoh: Awak haram atas saya, pergi balik rumah ayahmu, awak bebas, jauhi saya, saya tidak suka tengok muka awak • Hukumnya bergantung kepada niat suami • Jika dia berniat talak, maka jatuh talak • Jika tidak berniat talak, tidak jatuh talak

  25. Talak • Talak sunni berlaku apabila seorang suami menjatuhkan talak dalam keadaan: • Isterinya suci dari haid dan nifas dan belum disetubuhi dengan satu kali talak • Hukumnya dibenarkan oleh Islam • Hikmahnya ialah supaya iddah isteri tidak berpanjangan dan dipastikan sama ada isteri akan hamil atau tidak

  26. Talak • Talak bid’ie berlaku apabila suami menjatuhkan talak dalam keadaan isteri sedang haid atau nifas atau suci tapi sudah disetubuhi • Hukumnya haram tapi talaknya sah • Ini berdasarkan hadith di mana Nabi saw menyuruh Ibnu Umar merujuk kepada isterinya yang ditalakkan dalam keadaan haid

  27. Talak • Jika seorang isteri diceraikan dalam keadaan masih kecil belum lagi haid atau sudah putus haid atau dalam keadaan hamil atau dia belum pernah disetubuhi atau dia minta khuluk, maka ini dinamakan bukan talak sunni atau bid’ie • Hukumnya harus

  28. Talak • Khuluk atau tebus talak bermakna seorang isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara isteri mengembalikan maskahwin • Dalilnya ialah Surah Al-Baqarah:229 dan hadith kisah isteri Tsabit dan Qais yang ingin tebus talak lalu dibenarkan oleh Nabi • Isteri yang menuntut khuluk mestilah baligh, berakal dan matang

  29. Talak • Talak raj’ie ialah talak yang pertama atau kedua kali di mana suami berhak rujuk kepada isterinya dalam tempoh iddah • Talak bain ialah talak yang tiada rujuk • Talak bain terbahagi kepada dua jenis: • Bain kubro iaitu talak yang ketiga kali • Bain sughro iaitu talak isteri yang belum disetubuhi atau khuluk atau sesudah iddah

  30. Talak • Isteri yang ditalak bain kubro tidak halal kembali kepada bekas suaminya melainkan dengan tiga syarat berikut: • Isteri itu bernikah dengan suami baru • Isteri itu bersatu dengan suami baru • Isteri itu diceraikan oleh suami baru lalu selesai iddahnya

  31. Talak • Talak bain sughro pula menghapuskan hak rujuk kepada suami • Oleh itu, jika bekas suami ingin kembali kepada isteri, maka mesti diadakan akad nikah baru dan maskahwin yang baru

  32. Talak • Cara talak: • Suami menjatuhkan satu kali talak dalam satu majlis • Suami menghimpunkan dua atau tiga talak dalam satu majlis • Kedua cara ini sah dan jatuh talaknya menurut kemahuan suami

  33. Talak • Talak sah dengan ucapan atau tulisan atau isyarat atau perwakilan • Jika suami menjatuhkan talak dengan tulisan, ianya mesti jelas dan ditujukan terus kepada isterinya • Menjatuhkan talak menggunakan isyarat adalah bagi orang yang pekak dan bisu • Adapun penyaksian ketika menjatuhkan talak, ianya bukan syarat. Oleh itu sah talak tanpa saksi.

  34. Talak • Talak ta’lik ialah talak yang digantung penguatkuasaannya kepada sesuatu sebab tertentu • Contohnya: Saya ceraikan awak jika awak keluar rumah, Saya ceraikan awak di bulan Ramadhan • Begitu juga kadi yang meminta suami selepas akad nikah melafazkan talak ta’lik sekiranya dia gagal menunaikan nafkah kepada isterinya selama empat bulan • Talak ini jatuh bila wujud sebab itu

  35. Talak • Talak tafwidh ialah penyerahan suami hak menjatuhkan talak kepada isterinya atau wakilnya • Talak ini sah berdasarkan amalan Nabi saw yang terdapat dalam Surah Al-Ahzab:28

  36. Perbincangan minggu depan • Apa pandangan anda tentang isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa berita? • Apa punca isteri berlagak “queen control”? • Apa komen anda kalau suami jadi suri rumah? • Sejauh manakah campurtangan orang tua diperlukan dalam menyelesaikan masalah rumahtangga?

More Related