550 likes | 1.7k Views
BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN. SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. APA DIA BIBLIOGRAFI?. Satu senarai bahan yang telah dibaca berkaitan dengan maklumat di dalam bukunya Disusun mengikut abjad
E N D
BIBLIOGRAFI / SENARAI RUJUKAN SEKTOR PERKHIDMATAN SUMBER PENDIDIKAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APA DIA BIBLIOGRAFI? • Satu senarai bahan yang telah dibaca berkaitan dengan maklumat di dalam bukunya • Disusun mengikut abjad • Ada yang dipetik dan dimasukkan ke dalam penulisan dan ada yang tidak • Tidak diterima untuk terbitan dalam jurnal • Lemah dan tidak menunjukkan yang penulis benar-benar membuat rujukan
APA DIA RUJUKAN?References • Satu senarai bahan yang telah dibaca berkaitan dengan maklumat di dalam bukunya • Disusun mengikut nombor • Semua dibaca, dipetik dan dimasukkan ke dalam penulisan • diterima untuk terbitan dalam jurnal • teguh dan menunjukkan yang penulis benar-benar membuat rujukan
MENGAPA PERLU BIBLIOGRAFI? • Mengesan sumber dari mana maklumat boleh diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu perkara. • Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai. • Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis. • Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan membuat rujukan lanjutan berkaitan maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.
Apakah bahan yang boleh dijadikan komponen bibliografi? Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel dalam majalah/jurnal/akhbar, filem, program komputer dll.] boleh dijadikan sumber bagi menulis bibliografi.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 1.Penulisan bibliografi bermula dengan nama pengarang Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat pada bahan. Jika buku – nama seperti yang tercatat pada muka surat judul.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu. Jika bukan Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA dan diikuti dengan tanda koma dan kemudian singkatan huruf bagi setiap nama berikut pengarang berkenaan. Setiap singkatan nama diakhiri dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-duanya dan gunakan simbol ‘&’ di antara kedua-dua nama. Jangan gunakan perkataan ‘dan’.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya nama pengarang yang muncul terdahulu dalam muka surat judul dan diikuti dengan singkatan ‘et.al.’ yang bermaksud ‘dan lain-lain’
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk, Dr.. Haji dan Tuan tidak dinyatakan. Namun pangkat nama asal seperti Syed, Tunku, Raja, Nik dan lain-lain perlu di tulis.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI Jika tiada pengarang anda boleh memilh: • Penyunting diikuti dengan (penyunting) • Penerbit diikuti dengan (penerbit) • Penyampai diikuti dengan (penyampai) • Judul buku • Judul artikel/kertas kerja • Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis media] Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti tempat pengarang.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 2. Nyatakan tahun penerbitan dalam kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan diakhiri dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika buku – seperti yang tercatat pada muka surat judul), gariskan dan diakhiri dengan tanda noktah. Italik boleh digunakan menggantikan garisan. JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama majalah, jurnal atau surat khabar dan BUKAN tajuk sesuatu artikel di dalam bahan berkenaan. Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama perkataan pertama judul.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas kerja di dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau lagu dalam sebuah album) dan terdapat nama pengarang artikel, judul artikel ditulis tanpa digariskan dan diakhiri dengan noktah SEBELUM menulis judul bahan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 5. Jika bahan merupakan edisi yang baru, nyatakan edisi dalam kurungan seperti (Edisi ke-2) SETELAH menulis judul bahan
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas dan akhiri dengan tanda : (titik bertindih). Kemudian nyatakan nama penerbit dengan ringkas. Akhiri dengan koma jika perlu menulis jilid atau halaman rujukan. Jika tidak, akhiri dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau jurnal, akhiri judul bahan tanda koma dan tuliskan butiran jilid yang diakhiri dengan koma seperti berikut: a)akhbar – tarikh dan bulan The Star,29 Mac, b)majalah bulanan – bulan Wanita,Julai, c)terbitan berkala – jilid (digariskan) Wawasan, 5, jilid (bilangan dlm kurungan) Pendidik, 15 (2)
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 8. Nyatakan muka surat (halaman) rujukan jika telah merukuk kepada halaman tertentu dalam bahan selepas butiran penerbit atau jilid. Tuliskan dalam bentuk – hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri dengan noktah. Jangan mulakan dengan tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya digunakan untuk catatan dalam teks)
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan hanya satu ensotan (space).
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis dalam ayat-ayat yang berterusan dan aksara pertama baris itu diensotkan 5 ensotan berbanding baris kedua.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 11. Bibliografi disusun mengikut abjad perkataan pertama penulisan bagi setiap bahan yang ada di dalam senarai bahan rujukan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI 12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta kandungan bahan yang menjadi rujukan itu. Ia dikenali sebagai ANOTASI. Walau bagaimanapun ANOTASI jarang ditulis dalam bibliografi.
FORMAT PENULISAN 1. SATU pengarang. Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
FORMAT PENULISAN 2. DUA pengarang. Pengarang & Pengarang Bersama (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan. Contoh: Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986). Kurikulum baru sekolah rendah ‘Tahap 1’. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia).
FORMAT PENULISAN 4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam sebuah majalah. Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk artikel/ bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan pertama, halaman rujukan kedua. Contoh: Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru dalam konteks difusi dan penerapan teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm 47-57.
FORMAT PENULISAN 3. TIGA pengarang atau lebih. Pengarang Utama et. Al. (tahun terbitan). Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan. Contoh: Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia 1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah trmasuk pusat sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah – ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur: Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.
FORMAT PENULISAN 5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama penerbit. Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia ke tiga 1976-1980.
FORMAT PENULISAN Kementerian Pendidikan Malaysia. (1982) Report of a study tour to the Netherlands, Great Britain,India and Sri Lanka. Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian Pendidikan, Bahagian penyelidikan dan perancangan pendidikan.
FORMAT PENULISAN Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status pusat kegiatan guru (PKG).Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan guru [risalah maklumat].Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan guru – konsep dan pengoperasian. Kertas kerja mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan.Kuala Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan.
FORMAT PENULISAN 6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING. Nama penyunting (penyunting) (tahun terbitan). Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit, halaman rujukan. Contoh: Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977). Teacher group and centers in developing countries. London: t.p.
FORMAT PENULISAN 7. Bahan bukan cetak. Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika Syarikat: Microsoft technology.
FORMAT PENULISAN Nama penerbit/pengubah (penerbit/pengubah). Nama pengarah/penulis lirik (pengarah/penulis lirik) (tahun terbitan). Tajuk lagu. Judul album [jenis media]. Tempat terbitan: Penerbit. Contoh: Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah) (1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D. Productions.
FORMAT PENULISAN 8. Artikel akhbar dengan nama pengarang. Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul akhbar, tarikh terbitan. Contoh: Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan golongan ulama era permodenan. Berita harian. 11 Mac.
FORMAT PENULISAN 9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang. Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar, tarikh terbitan. Contoh: Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru (1992). Berita harian. 22 Oktober.
FORMAT PENULISAN 10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis. Nyatakan dengan seberapa tepat butiran penyampai, majlis dan tempat majlis berlangsung. Contoh: Othman Jantan (penyampai) (1993). Taklimat pengoperasian pusat kegiatan guru kepada pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di PKG Sg. Choh Rawang Selangor.
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG a) Asmah (1986) 1 pula menyatakan persepsi adalah merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental…………. . b) …….. dan pancaindera manusia yang terlibat dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam sekelilingny (Asmah Omar, 1986).
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990) ada menyebut: “PKG jangka ……………………. …………………………………. …………” (Abdullah Bakri, 1990:48)
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG d) The teachers’ centre relies on practising teachers defining and initiating their own in-service work (Husen & Postlethewaite, 1985 : 5045 – 5046). e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. Al., (1989) telah membuat perakuan berikut: “Diandaikan juga …………………. ………………….bilik mandi dan bilik rehat (Nazaruddin et.al., 1989;27)
1. Berdasarkan NAMA PENGARANG f) ………. Seperti yang telah diterjemahkan oleh Zainal Abidin (1990) dari Johansen (1975). g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa Thomas (1984) telah mendapati bahawa tidak semua yang ada di PKG aitu berguna untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).
2. Bahan tanpa nama pengarang a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap dan sistematik di setiap peringkat pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:5)
2. Bahan tanpa nama pengarang b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh negara (Berita Harian, 22.10.92) c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada pembangunan pendidikan di negara Malaysia (Dewan Masyarakat, Mei 1994).
3. Rujukan daripada beberapa bahan yang diterbitkan dalam tahun yang sama oleh orang/badan yang sama. a) PKG menjurus ke arah satu matlamat membudayakan teknologi pembelajaran di kalangan guru-guru (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991a:7). b) Setiap bangunan berharga RM200,000 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b:1).