1 / 8

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

No. Siri : BK 8/13 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. BAHAGIAN PERKHIDMATAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”.

evadne
Download Presentation

BAHAGIAN PERKHIDMATAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. No. Siri : BK 8/13 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

  2. PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  3. Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi. Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan. Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Sekian, terima kasih. (TAN SRI ISMAIL ADAM)

  4. PANDUAN PERMOHONAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK • PENDAHULUAN • i) Pegawai awam dalam kumpulan sokongan boleh bergiat aktif dalam parti politik dengan syarat ia mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian mengikut mana yang berkenaan. • ii) Peraturan memberi kebenaran ini dinyatakan pada Subperaturan 21 (2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. • iii) Subperaturan 21 (3) pula memberi kebenaran kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang bercuti sebelum bersara untuk bergiat aktif dalam polittik dengan syarat mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu. • BORANG-BORANG PERMOHONAN • Borang JPA (T)1/96 kepada PP 5/96. • PROSES KERJA • i) Urus setia menerima permohonan dari pegawai. • ii) Urus setia menyemak borang permohonan dan membuat perakuan kepada KPPA. • iii) KPPA menimbangkan permohonan pegawai. • iv) Keputusan KPPA disampaikan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan. 1

  5. KUASA YANG MELULUSKAN • SYARAT -SYARAT YANG DIKENAKAN • i) Kegiatan dalam politik tidak mengganggu tugas rasmi pegawai. • ii) Segala kegiatan politik hendaklah dilakukan di luar waktu pejabat. • iii) Pegawai hendaklah memohon cuti jika kegiatan politik melibatkan waktu pejabat. • iv) Tidak boleh menggunakan pengaruh politik bagi menyelesaikan masalah perkhidmatan. • v) Tidak boleh menggunakan maklumat rasmi pejabat untuk tujuan kegiatan politik. • vi) Segala kegiatan politik hendaklah tidak bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. • vii)Pihak berkuasa melulus boleh menarik kelulusan yang diberi sekiranya pegawai gagal mematuhi syarat-syarat yangdikenakan. 2

  6. Urus setia semak butir dalam borang perakuan Permohonan dikemukakan untuk pertimbangan KPPA Keputusan KPPA Tidak Lulus Lulus Keputusan disampaikan kepada pegawai CARTA ALIRAN KERJA 3

  7. PERTANYAAN Sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila hubungi alamat berikut: Bahagian Perkhidmatan Aras 6, Blok C2, Kompleks C Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel.: 03-88854000 Fax.: 03-88892204 TPB(K)TT 03-88854115 KPP(K)TT1 03-88854993 KPP(K)TT2 03-88854356 KPP(K)TT3 03-88854111 KPP(K)TT4 03-88854600 4

  8. Disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

More Related