1 / 46

Perjuangan Menentang Paraquat

Perjuangan Menentang Paraquat. Racun Perosak Kontroversi Syngenta. Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP) Box: 1170, 18050, Penang, Malaysia Tel: +(604) 657 0271 Fax: 6583960 Email: panap@panap.net Web: http://www.panap.net. Paraquat Mengancam Kesihatan Manusia.

feleti
Download Presentation

Perjuangan Menentang Paraquat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Perjuangan Menentang Paraquat Racun Perosak Kontroversi Syngenta Pesticide Action Network Asia and the Pacific (PAN AP) Box: 1170, 18050, Penang, Malaysia Tel: +(604) 657 0271 Fax: 6583960 Email: panap@panap.net Web: http://www.panap.net

  2. Paraquat Mengancam Kesihatan Manusia • Paraquat adalah sejenis racun rumpai yang sangat merbahaya dan tidak dapat diubati • Satu sudu teh paraquat yang pekat boleh mengakibatkan maut dan tiada penawar. • Keadaan dan situasi penggunaan (Conditions of Use) racun perosak ini di kebanyakan negara membangun menyebabkan peraturan dan kaedah yang disarankan di label sukar dipatuhi. • Kesannya sangat buruk kepada pekerja terutama sekali semasa membancuh dan memikul. Ia boleh mengakibatkan keracunan yang membawa maut. • Jika terdedah untuk jangka masa yang panjang, ia juga akan mengakibatkan kematian.

  3. Paraquat boleh memasuki badan melalui: • mulut - makan atau minum • kulit – resapan melalui kulit • hidung – terhidu wap-wap

  4. Tanda-Tanda keracunan: • Rasa pedih di mulut, tekak, dada, perut • paru-paru bengkak • sakit pankreas, • sakit buah pinggang • Mengancam sistem saraf pusat dan boleh mengakibatkan stroke/lumpuh. • Tangan kering dan berpecah-pecah, kuku dikakis, menjadi rapuh dan tertanggal.

  5. Kulit gatal, berbisul dan sebagainya. • Boleh mengancam nyawa dan membawa kesan buruk kepada perut, usus kecil dan besar, hati, jantung dan organ yang lain. • Semakin banyak bukti yang mengaitkan paraquat dengan penyakit “Parkinson”.

  6. Perjuangan Menentang Paraquat • Kajian Pusat Racun Negara dari tahun 1987-1997 menunjukkan bahawa 27% daripada kes keracunan dan kematian akibat paraquat adalah disebabkan pendedahan semasa penggunaan sepanjang hari dan akibat kemalangan semasa mengendalikan paraquat. • Pekerja- pekerja ladang biasanya ditugaskan untuk menyembur racun perosak ini enam hari seminggu, 10 bulan dalam setahun atau lebih. Ini mengakibatkan pekerja mengalami pendedahan yang tinggi kepada paraquat. • Paraquat ialah racun rumpai di bawah senarai WHO , kategori II. Tetapi ia disenaraikan dalam Kelas 1(B) dalam Akta Racun MakhlukPerosak Malaysia 1974

  7. Ini adalah kerja rutin di ladang di mana pekerja mengalami kesan buruk terhadap kesihatan mereka. Wanita merupakan tenaga buruh utama di ladang Malaysia. Terdapat kira-kira 30,000 pekerja wanita.

  8. Kebanyakan pekerja adalah kaum wanita dan mereka terdedah kepada paraquat sepanjang hari

  9. Kesan buruk kepada kulit

  10. Kes-kes Keracunan Paraquat Dalam bancian yang terbaru: Costa Rica & Amerika Selatan • 60 % pekerja yang diracuni mengalami kesan kulit yang gatal dan terasa seperti dibakar. • 26 % mengalami kecederaan dan sakit mata • 14 % mengalami hidung berdarah dan kuku cedera. • Di ladang kopi, pekerja juga mengalami kanser kulit. Afrika Selatan • 126 pekerja telah diperiksa dan didapati daya upaya paru-paru sudah berkurangan sebanyak 10-15 %.

  11. Industri Racun Perosak Malaysia (2005) • Jumlah jualan – RM 328 juta • Anggaran pasaran haram – RM 35 juta • Racun Rumpai – RM 218 juta (66%) • Sejumlah 70% penggunaan Racun Rumpai digunakan di ladang-ladang.

  12. 6 Syarikat Besar (TNC) Mengawal 71 % jualan Racun di dunia Siapa Untung? • Jualan Racun di Dunia (racun rumpai,racun fungi dan racun serangga) adalah $35 juta pada tahun 2004. • 10 syarikat mengawal 84% ($29 juta) jualan racun di dunia.

  13. Jumlah jualan paraquat pada tahun 2003 adalah bernilai US $ 300 JUTA SYNGENTA SIAPA UNTUNG DARI JUALAN PARAQUAT

  14. Syngenta Pengeluar Terbesar • Jualan tahunan paraquat di seluruh dunia dijangka melebihi $1,000 juta = 25,000 tan • Pengeluar terbesar paraquat pada masa kini ialah sebuah syarikat Switzerland yang bernama Syngenta-jualan hampir $300 juta pada tahun 2003 • Sekurang-kurangnya hampir 62% daripada jualan ini adalah daripada negara-negara membangun, terutamanya Asia dan Latin Amerika • Negara China telah menjadi pengguna kedua terbesar Gramoxone iaitu 2 tahun selepas Syngenta membuka kilang paraquat di Nantong, China.

  15. ICI – Imperial Chemical Industries 1993 ICI spin-offs its agricultural and pharmaceuticals BUSINESS into a separate company ZENECA ASTRA, a Swedish pharmaceutical company ASTRAZENECA 1999 CIBA-GEIGY AND SANDOZ OF SWITZERLAND MERGED FORMING NOVARTIS SYNGENTA - 2000

  16. Kempen untuk Pengharaman Paraquat Sedunia!

  17. Kempen PAN • Kempen “DIRTY DOZEN” di lancarkan pada 1985 • 12 jenis racun perosak yang disarankan • Paraquat ialah salah satu racun yang disarankan untuk diharamkan di seluruh dunia

  18. Pelancaran Kempen untuk Memperkasakan Pekerja Peladang Kempen untuk mengharamkan paraquat di Malaysia telah berterusan lebih dari 20 tahun. Pada tahun 1999- 2001 - PAN AP & Tenaganita bekerjasama dengan pekerja ladang wanita untuk menjalankan pemantauan kesan-kesan kesihatan racun perosak.

  19. Pemantauan Racun Perosak Berasaskan Komuniti • Penglibatan Pusat Racun Negara dalam laporan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Tenaganita dan PAN AP telah mencetuskan reaksi dari pegawai –pegawai kerajaan Malaysia. • Paraquat diharamkan di Malaysia pada Ogos 2002. • “Poisoned and Silenced” dilancarkan pada tahun 2001,ia mengenal pasti paraquat sebagai ancaman utama di ladang kelapa sawit. Pengharaman paraquat ini bersama racun perosak lain dalam senarai WHO Kelas 1 juga disarankan. • Sejak pengharaman, Syngenta telah menjalankan banyak aktiviti dan taktik untuk membatalkan pengharaman ini.

  20. Kegiatan-kegiatan Kempen mengharamkan Paraquat sedang dijalankan di negara Switzerland untuk mendedahkan masalah yang berpunca daripada paraquat di seluruh dunia. • Ibu pejabat Syngenta terletak di Switzerland. • Kempen di Switzerland itu akan melibatkan kempen kesedaran awam melalui media, poster, sidang akhbar, seminar, mesyuarat dengan pegawai kerajaan, mesyuarat bersama pemegang saham, lawatan ke sekolah dan sebagainya. • Gabungan PAN, Berne Declaration(Deklarasi Berne), Swedish Society for Nature Conservation dan beberapa persatuan yang lain telah menguatkan perjuangan dan telah menerbitkan buku "Paraquat - Syngenta’s Controversial Herbicide" pada 2002. • Kerajaan Sweden mendakwa kesatuan EU supaya mengharamkan paraquat

  21. Kempen Paraquat diteruskan • Perjuangan Kempen di Malaysia untuk mengharamkan Paraquat diteruskan • Paraquat masih dijual di Indonesia, China, Thailand dan negara-negara lain. Oleh itu kempen ini diteruskan dengan sokongan PAN Asia Pacifik. • Kempen diteruskan di Costa Rica • Kempen ini juga disokong oleh PAN International (PAN Antarabangsa) di Amerika Syarikat, Europe, Afrika dan Amerika Selatan

  22. Hakim-hakim di Perbicaraan Awam tersebut telah mendapati syarikat tersebut “Bersalah” kerana menghasilkan racun Paraquat dan racun yang lain. • 2 ribu pekerja dan petani telah menghadiri acara ini di Hyderabad. • Pada bulan Januari, 2003 PAN AP, Tenaganita, PAN Philippines, Thanal, PAN AP, APVVU dan persatuan lain telah mengadakan Perbicaraan Awam mengenai Keracunan Racun Perosak di Hyderabad, India • Dua pekerja wanita ladang telah memberi keterangan mengenai kesan paraquat ke atas kesihatan mereka • Dua orang dari Filipina dan dua orang dari Kasargod, Kerala di India memberi keterangan mengenai kesan racun makhluk perosak ke atas kesihatan mereka.

  23. Hentikan Paraquat! • PAN melancarkan hari “NO Pesticides Use Day”tiap-tiap tahun untuk menumpu kepada Paraquat • Untuk melindungi kesihatan dan alam sekitar, PAN International telah menyeru: • Syngenta, pengeluar paraquat terbesar (Gramoxone) memberhentikan pengeluaran paraquat. • Syngenta mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menanggung liabiliti terhadap kesihatan komuniti yang diracuni paraquat. • Semua pihak berkuasa mengharamkan penggunaan paraquat. • Paraquat diganti dengan cara pengawalan perosak yang lebih selamat dan mampan.

  24. Pennggunaan Kod FAO • Pada Sept 2004, PAN AP dan badan-badan yang lain telah menghantar surat yang tegas kepada Pengarah FAO mengenai cara pengiklanan Syngenta yang tidak megikut peraturan FAO. • Syngenta telah melancarkan satu cabutan bertuah sebagai promosi untuk Gramoxone Gold cap di Thailand. • Hadiah-hadiahnya termasuk jaket, kemeja-T, motosikal dan trak • Pengiklanan tersebut juga menyatakan bahawa pembelian Gramoxone akan menyumbangkan kepada ’Tabung Syngenta untuk Generasi Petani Baru’ kononnya menyokong makanan yang lebih selamat.

  25. ‘Kami sangat bimbang kerana pengiklanan agresif ini hanya satu taktik untuk membuangkan produk ini ke Thailand selepas pengharaman di Malaysia” …..nota Sarojeni V. Rengam, Pengarah Eksekutif PAN AP – merujuk kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengharamkan paraquat pada Ogos 2002.

  26. REAKSI FAO Pada 10 Sept 2004, PAN AP telah menerima surat daripada En.Mahmoud Solh, pengarah Bahagian Perlindungan Tanaman, UN FAO: ‘ saya mengucapkan tahniah kepada PAN AP untuk inisiatif ini, yang setara dengan provisi di bawah pindaan ‘ International Code of Conduct on the distribution and Use of pesticides’, terutamanya Artikel 12, perenggan 12.9 pada ’Pengawasan dan Pemantauan kod” En. Solh juga menyatakan: ‘FAO telah menulis surat kepada Kementerian Pertanian di Thailand untuk membawa perhatian pihak berkuasa yang bertanggungjawab”

  27. Perarakan Rakyat untuk tanah dan makanan tanpa racun

  28. Perarakan Rakyat menyeru untuk tanah dan makanan tanpa racun Perarakan Rakyat (PC) telah bergerak dari komuniti ke komuniti, dari kampung ke bandar di 16 negara Asia & Eropah. PC telah memaklum dan memobilisasi rakyat tentang isu dan tema berkaitan dengan: • Hak kepada tanah, sumber pengeluaran dan makanan • Mengharamkan WTO dari Pemakanan dan Pertanian! • Penghapusan Racun Perosak dan Kejuruteraan Genetik • Menentang Syarikat Agrokimia • Menyokong konvensyen rakyat ke atas Kedaulatan Makanan dan menggunakannya dalam polisi nasional program makanan dan pertanian

  29. Haramkan Racun Perosak! • Semasa Perarakan Rakyat 2004, pekerja ladang Malaysia telah melawat ke beberapa negara untuk memberi keterangan tentang Paraquat (Gramoxone), yang dijual oleh syarikat Syngenta.

  30. Tindakan di Konvensyen PIC 2004 • Mesyuarat Pertama Parti (MOP) Persidangan Rotterdam/PIC telah berlangsung di Geneva pada September 2004 • PAN AP telah menayangkan video selama 10 minit untuk menyuarakan kebimbangan penggunaan paraquat & keperluan untuk memasukkannya ke dalam senarai PIC. • Video PAN AP yang ditayangkan telah menyinggung wakil Syngenta. • Intervensi telah diteruskan pada Persidangan kedua parti PIC di Rome, September 2005

  31. Tindakan di Konvensyen PIC 2005 • Di Persidangan kedua PIC, (PIC COP2) di Rome, Italy iaitu dari 26-30 September, 2005 ; PAN AP telah menyokong penglibatan petani. • Nagamah, ketua pekerja ladang wanita dan mangsa kepada pendedahan racun perosak seperti paraquat telah mewakili Tenaganita. Beliau menceritakan situasi sebenar bekerja di ladang, kesan buruk racun perosak terhadap kesihatan dan sebagainya. • Wakil-wakil PIC telah mengatakan,“Itulah cerita yang perlu kami dengar!". Wakil US EPA juga menyatakan, “Mengapa Nagamah tidak membuat pembentangan di Persidangan Sesi Utama?"

  32. Austria - diharamkan Cambodia – diharamkan Denmark - diharamkan Finland - diharamkan Hungary - dihadkan Kuwait - diharamkan Sweden- diharamkan Syria – di haramkan Switzerland – tidak didaftarkan untuk penggunaan Norway – tarik balik dari pasaran dengan sukarela Slovenia - diharamkan dalam pertanian Indonesia - dihadkan Philippines - dihadkan Malaysia - (haramkan) 2002 sehingga pendaftaran paraquat berakhir. Tetapi …… paraquat masih di izinkan dijual (2006) Negara-Negara yang telah mengharamkan dan menghadkan pengunaan paraquat 

  33. Tindakan Membantah Keputusan EU • PAN AP, PAN Europe & Persatuan Alam sekitar Sweden telah menulis surat bantahan kepada EU Commission - mengenai Syngenta yang menggunakan keputusan EU’s untuk bertanding pengharaman paraquat di Malaysia • 2 inisiatif bermula di Sweden pada 2003: • Kerajaan Sweden telah mengambil tindakan mahkamah di Mahkamah Eropah supaya menentang keputusan EU Commission untuk menerima paraquat. • Rakyat dan gabungan kumpulan-kumpulan tertentu mengambil tindakan mahkamah sivil (civil). Terdiri daripada kumpulan: International Union of Food, Agricultural, Hotel, Restaurant, Catering, Tobacco and Allied Workers' Associations (IUF), the IUF's European regional organization EFFAT-IUF, the European Environmental Bureau (EEB), Pesticides Action Network (PAN) Europe, the Dutch Society for Nature and Environment and the Swedish Society for Nature Conservation (SSNC)

  34. April 15, 2005 - Kerajaan Malaysia bercadang untuk mempertimbangkan pengharaman paraquat. Kementerian Pertanian dan Agro Industri membuat keputusan untuk mengkaji semula selepas pembentangan oleh pemilik ladang kecil dan industri utama. April 20, 2005 - PAN AP, Tenaganita & lebih dari 20 pekerja ladang wanita telah pergi ke parlimen untuk melobi Ahli parlimen dan mengadakan Sidang akhbar. “Kita akan meneruskan perjuangan kami untuk mengekalkan pengharaman paraquat” Kata Nagamah, ketua pekerja ladang wanita. Menteri membalas bahawa kuasa untuk menukar keputusan pengharaman itu diberi kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak. PAN AP melancarkan kempen rayuan sedunia untuk mengekalkan pengharaman paraquat di Malaysia. Banyak kumpulan dari seluruh dunia telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Menteri Pertanian dan juga Pengarah Badan Makhluk Racun Perosak. Pengharaman di Malaysian Diancam

  35. Pengharaman di Malysia Diancam lagi • Pengharaman sepenuh paraquat sepatutnya bermula pada 2005 tetapi kerajaan telah melanjutkan fasa penggunaan sehingga 2007 selepas rayuan dari Industri Racun Perosak dan Industri Kelapa Sawit. • Walaubagaimanapun, 5 syarikat dikecualikan dari fasa ini, iaitu syarikat yang mendaftar untuk racun perosak untuk digunakan pada kawasan kelapa sawit yang kurang dari 2 tahun. Ini adalah disebabkan desakan dari industri yang hanya inginkan keuntungan.

  36. Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi Dalam persidangan parlimen sesi April 2006, Setiausaha Parlimen Industri Pertanian, Datuk Rohani Abdul Karim, memaklumkan bahawa negara seperti Amerika masih menggunakan paraquat tetapi dengan pengawasan yang ketat untuk melindungi pengguna. Petani-petani juga perlu memohon lesen untuk tujuan penyemburan paraquat. “Petani di Amerika juga dilatih untuk mengendalikan paraquat. Situasi di negara maju amat berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia. Oleh itu, paraquat tidak boleh digunakan di Malaysia”. Beliau menegaskan bahawa pengharaman paraquat akan diteruskan.

  37. Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi Tetapi seperti yang tertera di pekeliling Konvensyen Rotterdam yang ke -23 pada Jun 2006, ‘Seketariat PIC juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia telah menarik semula notifikasi paraquat di bawah artikel 5, Konvensyen Rotterdam. Lembaga Racun Makhluk Perosak memaklumkan kepada seketariat bahawa 5 syarikat telah dibenarkan untuk berdaftar, tetapi hanya untuk mengawal lalang di kawasan kelapa sawit yang di bawah umur 2 tahun.

  38. Pengharaman di Malaysia Diancam Lagi • Pada bulan September tahun 2006, kerajaan telah memberi keizinan untuk menggunakan paraquat. • Pekeliling bulan September 2006 daripada Lembaga Racun Makhluk Perosak telah menyatakan bahawa permohonan untuk pendaftaran baru racun paraquat diterima semula.

  39. Tindakan Seterusnya • PAN AP akan mengawasi tindakan kerajaan dalam pengharaman paraquat di malaysia. • PAN AP & Tenaganita akan mengumpul sokongan untuk mendapatkan pengharaman semula. • Banyak kumpulan di Asia sedang mengawasi masalah paraquat dan berjuang untuk pengharaman di negara masing-masing termasuk Sri Lanka, Korea & Thailand • SSNC(Sweedish Society for Nature Conservation) akan terus menyeru kerajaan Sweden untuk mendaftar Paraquat di senarai PIC.

  40. Kempen Perbicaran Awam Deklarasi Berne (Berne Declaration) telah memulakan kempen perbicaraan awam melalui internet untuk menentang Syngenta. Tujuaannya ialah untuk memobilisasi lebih 50,000 orang untuk mengundi dan sahkan kesalahan yang telah diperlakukan oleh Syngenta – ini adalah sama seperti referendem awam yang telah di buat di Switzerland. Dengan bantuan PAN AP dan Tenaganita, gambar dan juga kajian kes mengenai mangsa paraquat yang terselamat di Malaysia telah dimasukkan ke dalam laman web tersebut. Tetapi Syngenta menyatakan bahawa kajian kes mangsa paraquat di Malaysia adalah palsu. Dengan itu PAN AP telah menyeru Tenaganita untuk membuat rakaman video temubual dengan mangsa tersebut. Video ringkas (5 minit) ini juga telah digunakan dalam sidang akhbar semasa pelancaran kempen.

  41. Keputusan Perbicaraan Awam • 7 Februari 2007- Deklarasi Berne(BD) bertindak di luar ibu pejabat Syngenta (semasa keuntungan syarikat diumumkan dimana hampir semuanya dari jualan paraquat). • Hasil daripada perbicaraan awam - Lebih 34,000 individu dan hampir 90 organisasi dari 29 negara telah sahkan bahawa Syngenta bersalah kerana meracuni manusia di seluruh dunia. • Kumpulan-Kumpulan tertentu telah mengutuk Syngenta kerana tidak bertanggungjawab atas kesalahannya. Seruan juga dibuat supaya Syngenta berhenti menghasilkan paraquat.

  42. Menggalakkan Cara Pertanian Alternatif • Pertanian Mampan di India Pengawalan perosak yang diintegrasikan (IPM) di Indonesia

  43. TIADA KEADILAN, TIADA KEHARMONIAN!

  44. Mengenai PAN AP • PAN Asia dan Pasifik bertanggungjawab untuk memperkasakan terutamanya pekerja wanita, orang asli dan pekerja ladang di Asia Pasifik dan dunia dengan ilmu dan semangat. • Kami berdedikasi untuk melindungi kesihatan dan keselamatan manusia; dan alam sekitar daripada penggunaan racun perosak dan kejuruteraan genetik dalam makanan dan pertanian. • Kami mempercayai sistem yang mengutamakan manusia, pembangunan wanita melalui kedaulatan makanan, pertanian ekologi dan kehidupan mampan. • PAN AP bersatu dengan lebih daripada 150 kumpulan, bekerjasama secara konsisten dengan 50 kumpulan dalam 18 negara di kawasan Asia Pacifik.

  45. Pesticide Action Network (PAN) PAN International terdiri daripada 5 pertubuhan serantau: • PAN Afrika di Dakar, Senegal • PAN Asia dan Pasifik (PAN AP) di Pulau Pinang, Malaysia • PAN Eropah c/o PAN UK di London (dengan PAN Germany) • PAN Latin Amerika (RAP-AL) di Santiago de Chile • PAN North America di San Francisco, U.S.A

More Related