1 / 17

KBM 3 FIQH ISLAMI

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 3 FIQH ISLAMI. BAB 7: IHRAM UNTUK UMRAH DAN HAJI. MAKSUD HADIS. Setiap jemaah yang ingin masuk ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah mesti melalui miqat-miqat yang telah ditentukan.

guiliaine
Download Presentation

KBM 3 FIQH ISLAMI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 FIQH ISLAMI BAB 7: IHRAM UNTUK UMRAH DAN HAJI

  2. MAKSUD HADIS Setiap jemaah yang ingin masuk ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah mesti melalui miqat-miqat yang telah ditentukan. Kita mula berpakaian ihram dan menjatuhkan niat bagi haji atau umrah ketika melalui miqat-miqat tersebut. Miqat haji dan umrah kesemuanya ada lima tempat. KBM 3 FIQH BAB 7

  3. PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT Ihram ialah permulaan memasuki ibadah haji atau umrah. Ihram dibahagi kepada 2 bahagian: KBM 3 FIQH BAB 7

  4. PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Miqat ialah batas-batas waktu dan tempat untuk perlaksanaan ihram. • Miqat Zamani ialah batas waktu dan Miqat Makani ialah batas tempat. KBM 3 FIQH BAB 7

  5. PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Miqat Makani bagi ihram bergantung kepada tempat tinggal orang yang hendak melaksanakan haji atau umrah. • Bagi penduduk Kota Mekah (Tanah Haram), mereka perlu terlebih dahulu ke tanah halal. • Tanah halal untuk berumrah ialah Ji’ranah, Hudaibiyah dan Tan’im. KBM 3 FIQH BAB 7

  6. PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Bagi ibadah haji, penduduk hanya perlu berihram dari rumah sendiri sebelum berangkat ke Arafah. KBM 3 FIQH BAB 7

  7. PENGERTIAN IHRAM DAN MIQAT • Bagi penduduk di luar Kota Mekah, ada lima tempat yang ditentukan iaitu: • Zulhulaifah (Bir’Ali) – bagi penduduk Madinah • Al-Juhfah – bagi penduduk Syam, Mesir dan yang searah. • Qamul Manazil – bagi penduduk Kuwait dan Najd • Dzatu Irqin – bagi penduduk Iraq • Yalamlam – bagi penduduk Yaman, India, Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia KBM 3 FIQH BAB 7

  8. MEMBACA TALBIAH • Setelah berniat untuk haji atau umrah, perlu memperbanyakkan membaca talbiah sebagai sahutan menyambut seruan Allah s.w.t untuk melaksanakan ibadah di Tanah Suci. KBM 3 FIQH BAB 7

  9. PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Perlaksanaan ihram dapat diterangkan berikut: • Membersihkan badan dengan mandi, berwuduk, mengetip kuku dan yang sebagainya. • Memakai pakaian ihram. • Berangkat menuju ke tempat miqat dan solat sunat ihram sebanyak 2 rakaat. • Menjatuhkan niat umrah atau haji. • Mulai dari tempat miqat, setelah masuk dalam ihram perlu menjaga ihramnya. KBM 3 FIQH BAB 7

  10. PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Berikut adalah perkara yang dilarang di dalam ihram: • Memakai pakaian yang bersarung atau berjahit bagi jemaah lelaki. • Menutup kepala bagi jemaah lelaki. • Menutup muka dan memakai sarung tangan bagi jemaah wanita • Menggunakan bau-bauan yang harum di badan, rambut, pakaian dan sebagainya. KBM 3 FIQH BAB 7

  11. PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Mengetip kuku • Menggunting atau mencabut rambut atau bulu dari anggota badan. • Memburu binatang yang halal dimakan • Menebang pokok atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram. • Saling bersentuhan diantara lelaki dan wanita dengan syahwat KBM 3 FIQH BAB 7

  12. PERLAKSANAAN IHRAM SERTA LARANGANNYA • Bersetubuh (bagi suami isteri) • Bernikah bagi diri sendiri atau menikahkan orang lain KBM 3 FIQH BAB 7

  13. CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAH HAJI • Perlaksanaan ibadah haji ada 3 cara: • Haji Ifrad • Seseorang itu berihram untuk mengerjakan haji sahaja dan melakukan umrah secara berasingan. • Tidak mengerjakan umrah sehingga selesai mengerjakan hajinya atau dia mengerjakan umrah sebelum menjelang bulan haji kemudian baru mengerjakan haji. KBM 3 FIQH BAB 7

  14. CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAH HAJI • Haji Tamattu’ • Seseorang yang mengerjakan umrah terlebih dahulu dalam bulan-bulan haji, kemudian baru mengerjakan haji dalam tahun itu juga. • Perlu berniat ihram bagi umrah sahaja. • Apabila tiba waktu haji, hendaklah berihram bagi haji pula. • Dikenakan dam dengan menyembelih binatang korban. KBM 3 FIQH BAB 7

  15. CARA-CARA PERLAKSANAAN IBADAH HAJI • Haji Qiran • Seseorang yang mengerjakan haji dan umrah dalam bulan haji secara serentak. • Perlu berniat untuk umrah dan haji sekali gus di miqat. • Dikenakan dam. KBM 3 FIQH BAB 7

  16. PERBEZAAN ANTARA HAJI IFRAD, TAMATTU’ DAN QIRAN KBM 3 FIQH BAB 7

  17. PERBEZAAN ANTARA HAJI IFRAD, TAMATTU’ DAN QIRAN KBM 3 FIQH BAB 7

More Related