1 / 19

PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK

liesel
Download Presentation

PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK Oleh: Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Rasdan IsmailB. Eng. (UKM), M. Sc. (UPM), PhD. (UTM)P. Eng., MIEM, MSOSH, MIHANIOSH Oil and Gas Safety PassportRegistered Subject Consultant in Noise and Vibration Department of Environment, Malaysia. [SS0648]Registered Noise Competent Person, Department of Occupational, Safety and Health, Malaysia. [JKKP HIE 127/5/3–1 (NO88)] PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  2. PENGENALAN • Satu dari matlamat utamanya adalah mempromosi kesedaran ergonomik untuk keseluruhan organisasi itu. Program kesedaran ini termasuklah latihan dalaman, latihan jangka pendek dan penyebaran maklumat secara bertulis. • Program ergonomik perlu dijalankan secara reaktif dan proaktif: a) Reaktif - bertindakbalas kepada permintaan dari kawasan pengeluaran b) Pro aktif sebagai projek diri berdasarkan penilaian keselamatan, produktiviti, personel atau lain- lain maklumat boleh digunakan PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  3. OBJEKTIF PROGRAM ERGONOMIK • Objektif utama program ergonomik adalah untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan produktif untuk memenuhi mati am at dan objektif sesebuah organisasi dengan jayanya. • langkah­langkah berikut dicadangkan: a) Menyediakan garis panduan dan maklumat untuk pasukan Ergonomik: • Untuk menentukan kewujudan masalah yang berkaitan dengan kerja di tempat kerja. Masalah ini boleh di selesaikan melalui intervensi ergonomik • Untuk menentukan keadaan dan lokasi masalah yang diperoleh • Mengguna pakai intervensi ergonomik untuk mengurangkan atau menghapuskan masalah yang ada PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  4. b) Mengambil kumpulan data yang kualitatif dan kuantitatif pada keperluan pekerjaan seperti postur, tenaga dan frekuensi. Data ini diperlukan untuk mereka bentuk sistem kerja atau tugasan kerja. Data ini juga berguna untuk perancangan ergonomik di masa hadapan. c) Mengenal pasti fungsi kerja untuk mengklasifikasikan fungsi pekerja dan mesin. d) Penentuan atau reka bentuk kerja untuk individu dan tahap kebolehan nya. e) Mengenal pasti aktiviti kerja yang ringan atau program kembali bekerja untuk pekerja yang pernah terlibat dalam kecederaan semasa bekerja. f) Mengenal pasti faktor risiko pekerjaan PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  5. KOMPONEN-KOMPONEN PROGRAM ERGONOMIK YANG BERKESAN • Sokongan Pengurusan Atasan Pihak pengurusan juga hendaklah komited bagi menyediakan peruntukan untuk perkara-perkara berikut: a) Latihan b) Arahan/maklumat yang lengkap kepada ketua pasukan c) Mendapatkan khidmat pakar runding luaran sehingga kepakaran dalaman dapat dibangunkan d) Mengimplementasikan langkah pembaikan sekiranya diperlukan e) Menyediakan masa/elaun bagi pekerja yang menjalankan tanggungjawab dalam pengurusan ergonomik f) Menyediakan maklumat kepada semua pekerja yang melakukan tugas yang mempunyai risiko ergonomik g) Menyediakan langkah penaziran untuk menilai keberkesanan langkah pembaikan ergonomik. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  6. Penyata Rasmi Program Ergonomik Bertulis Program ini perlu memastikan kesejahteraan pekerja dan juga peningkatan produktiviti. mengandungi dasar, matlamat dan perancangan program. • Kumpulan Kerja (Task Force) Ergonomik Secara amnya, pasukan kecil kepada pasukan ini akan ditugaskan kepada isu ergonomik yang tertentu. melihat dengan meluas segala analisa dan perlaksanaan intervensi ergonomik. • Program Penilaian Ergonomik yang Sistematik menilai kebolehan dan had seseorang pekerja dan mendokumenkan segala keperluan pekerjaan. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  7. PROGRAM MENCEGAH DAN MENGAWAL HAZARD • Kawalan Kejuruteraan a) Reka bentuk tempat kerja b) Reka bentuk cara kerja c) Rekaan Peralatan dan pemegangnya • Kawalan Pentadbiran a) Memberikan masa rehat untuk memulihkan semula kelesuan dari bekerja b) Penambahan bilangan pekerja untuk mengagihkan beban kerja. c) Menggunakan kaedah kerja giliran. d) Peluasan tugas kerja. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  8. e) Mengukuhkan mekanisme yang efektif untuk memastikan kemudahan, peralatan dan alatan di selenggara dengan baik. f) Menjalankan kaedah analisis untuk memastikan setiap kerja boleh dijalankan dengan menggunakan peralatan dan teknik yang betul. g) Menyediakan program latihan yang efektif untuk pekerja yang baru dan latihan berterusan untuk para pekerja yang berpengalaman. • Kelengkapan Pelindung Diri Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peralatan pelindung diri ini termasuklah kesesuaian pemakaian dan pelindung terhadap tekanan fizikal PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  9. PROGRAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN ERGONOMIK • Pendidikan ergonomik membolehkan para pengurus, penyelia dan pekerja memahami hazard-hazard yang berkaitan dengan kerja, cara menghindarinya dan akibatnya. • Latihan untuk para pekerja adalah jalan yang efektif dalam meningkatkan kesedaran kepada isu ergonomik PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  10. PROGRAM PENGURUSAN PERUBATAN • Prosedur pengurusan perubatan ini meliputi langkah-Iangkah berikut: a) Kecederaan perlu dilaporkan kepada penyelia, bahagian sumber manusia dan ETF. b) ETF perlu menyiasat dengan pekerja yang tereedera dan penyelianya. ETF mendapatkan penyelesaian yang berpotensi termasuk reka bentuk tempat kerja/ proses dan penggiliran kerja. c) Pekerja yang cedera boleh dirujuk kepada pakar kecederaan pekerjaan untuk menentukan sama ada kecederaan adalah berkaitan kerja (CTDs) dan untuk pemerhatian, X ray, ujian dan perawatan biasa. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  11. d) Kecederaan mesti direkodkan. e) Pekerja yang cedera dirujuk kepada ortopedik (atau pakar tangan) oleh pakar kecederaan pekerjaan jika kecederaan ini jenis CTD (eontoh: CTS) f) Pakar ortopedik akan memeriksa pekerja untuk menentukan keterukan keeederaan tersebut. g) Jika perlu, pekerja yang eedera akan menerima rawatan biasa seperti terapi, suntikan dan ubatan, senaman dan rehat melalui penggiliran kerja, kerja ringan atau cuti rehat di bawah perhatian pakar ortopedik. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  12. h) Pakar ortopedik ini boleh menjalankan pembedahan jika ianya serius. i) Pekerja akan diberi rehat untuk pemulihan dan dalam pemerhatian ahli fizikal untuk penentuan pemulihan dan kembali bekerja atau kerja ringan. j) Bahagian sumber manusia perlu memberi tahu ahli fizikal akan tugas ringan yang ada. k) Tugas ringan atau kerja yang telah diubah dibuat untuk pekerja berkenaan bila ahli fizikal telah mengesahkan boleh bertugas pada aktiviti kerja yang terhad. I) Pekerja boleh kembali ke kerja asal jika ianya telah disahkan sihat. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  13. PROGRAM SENAMAN • Kelebihan senaman a) Memperbaiki postur dan pernafasan. b) Meningkatkan keanjalan sambungan dan ketegangan otot. c) Mengimbang ton otot. d) Meningkatkan pengaliran darah e) Mengurangkan risiko keradangan oto, tendon, ligamen dan sendi f) Mengurangkan tekanan. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  14. JUSTIFIKASI UNTUK PROGRAM ERGNOMIK • Tiga jenis kaedah justifikasi pada aktiviti ergonomik: a) Justifikasi berdasarkan peningkatan produktiviti (keuntungan-kos). b) Justifikasi berdasarkan mengurang masa tidak produktif dan perbelanjaan langsung. c) Justifikasi berdasarkan tanggungjawab sosial. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  15. Justifikasi berdasarkan Peningkatan Produktiviti Faedah Perlaksanaan Ergonomik a) Mengurangkan kos perubatan seeara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan kemalangan dan kecederaan. b) Mengurang rungutan dari pekerja, terutama yang berkaitan MSO's (contoh sakit belakang dan lain-lain CTDs) dan kekerapan pergi ke klinik c) Mengurangkan premium insurans perubatan. d) Mengurangkan premium pampasan pekerja. e) Mengurang ketidakhadiran. f) Merendahkan kadar berhenti kerja. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  16. g) Mengurangkan kehilangan masa kerja dan kerja lebih masa. h) Pengurangan kos pengeluaran semula dan bahan. i) Meningkatkan produktiviti terutamanya yang berkaitan dengan kualiti yang tinggi. j) Meningkatkan kualiti pengeluaran dan kepuasan pelanggan. k) Mempunyai kebolehan menangani kecemasan. l) Mempertingkatkan moral di kalangan pekerja. m) Meningkatkan hubungan pekerja - pengurusan. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  17. Kos-Kos Perlaksanaan Ergonomik a) Kos reka semula tempat kerja jika diperlukan. b) Kos penggantian peralatan. c) Yuran dibayar untuk penasihat ergonomik. d) Gaji dan kemudahan untuk pakar ergonomik dalaman. • Justifikasi berdasarkan Pengurangan Masa Tidak Produktif dan Kos Langsung Pengurangan masa tidak produktif dan kos langsung boleh dihapuskan dengan: - mengurangkan ketidakhadiran, - pertukaran pekerja, - kehilangan masa akibat dari sesuatu kejadian yang mengganggu operasi, - masa penyelia menyediakan laporan kecederaan PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  18. - penyiasatan dan mengambil bahagian dalam perundangan. - masa tidak bekerja pekerja yang cedera bila mendapatkan rawatan dan pemulihan dan kos produktiviti akibat penggantian pekerja atau pekerja baru. - meningkatkan kos pampasan pekerja yang berkaitan dengan kecederaan pekerjaan juga menambahkan kepada kos tidak produktif dan kos langsung. • Justifikasi berdasarkan Tanggungjawab Sosial - Kaedah ini berdasarkan kepada peningkatan kualiti hidup pekerja sebagai asas justifikasi aktiviti ergonomik. - Peningkatan ini adalah sebahagian tugas majikan dalam tanggungjawab sosialnya. PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  19. HALANGAN PERLAKSANAAN • Kesukaran menerima perubahan • Ergonomik sebagai kejuruteraan ringan • Justifikasi faedah dan kos • Kes-kes baru PENGGUNAAN DAN PERBINCANGAN Analisa akan mengenal pasti faktor risiko kepada pekerja yang mana ianya mungkin melebihi keupayaan dan kebolehan para pekerja pemilihan para pekerja dengan kebolehan yang bersesuaian adalah langkah yang terakhir yang boleh diambil PROGRAM PENGURUSAN ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

More Related