1 / 17

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

2. PENGENALAN. Bidang komunikasi dipelopori oleh sarjana Barat khususnya USA. Kebanyakan kajian awal komunikasi bertujuan mengkaji pengaruh komunikasi bagi kepentingan ketenteraan, kerajaan

ling
Download Presentation

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. SYED AGIL ALSAGOFF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

    2. 2 PENGENALAN Bidang komunikasi dipelopori oleh sarjana Barat khususnya USA. Kebanyakan kajian awal komunikasi bertujuan mengkaji pengaruh komunikasi bagi kepentingan ketenteraan, kerajaan & industri media. Maka, wujud teori & model komunikasi yang diolah drpd bidang sosiologi, matematik & pengurusan yg menjadi sebahagian drpd teori dlm. komunikasi. Paul Lazarfeld, Carl Hovland, Claude Shannon, Warren Weaver, David Berlo, Harold Laswell, Wilbur Schramm & Charles Osgood merupakan penyumbang kpd pembangunan model komunikasi & mencorakkan pengajian komunikasi.

    3. 3 Justeru, perspektif pengajian komunikasi di Malaysia masih terikat dgn model dr Barat disebabkan paradigma yg dibentuk pd asalnya dikuasai sarjana Barat. Bidang komunikasi di Malaysia meliputi aspek kewartawanan, periklanan, perhubungan awam, komunikasi pembangunan, komunikasi korporat & yg terkini - komunikasi teknologi maklumat. Tanpa elemen komunikasi yg efektif dlm sesuatu transaksi akan mewujudkan salah faham yg akhirnya membawa kpd krisis komunikasi yg sukar dibendung.

    4. 4 Kajian Pitney-Bowes Inc. & Institute for the Future (Clark, 1999), menunjukkan secara purata pekerja pejabat di US menghantar & menerima 201 pesanan (mesej) sehari melalui pelbagai saluran. 52 panggilan telefon, 32 e-mel, 22 mesej pesanan suara, 18 keping surat antara pejabat, 18 keping US Postel Service, 15 faks, 11 post-it notes, 10 keping mesej telefon, 4 overnight letters/packages, 4 mesej oleh pagers, 3 penghantaran US Postel Service Express Mail & 3 panggilan tel. selular.

    5. 5 TAKRIF KOMUNlKASI Komunikasi adalah terjemahan drpd istilah Inggeris, ‘communication’, yg asalnya istilah latin iaitu ‘communcare’ bermaksud “to make common” (mewujudkan persamaan). Menurut Dance (1970), terdapat 15 aspek komunikasi yg berbeza. Takrifan komunikasi meliputi konsep spt. simbol, pemahaman, perhubungan, pengurangan ketidakpastian, proses, replikasi memori, perubahan sikap, rangsangan, niat & kuasa.

    6. 6 Komunikasi ditafsirkan sebagai proses pemahaman maksud yg disampaikan oleh pengirim kpd. penerima dgn. tujuan kebaikan bersama. lni kerana sebarang proses komunikasi yg. tdk. mewujudkan kefahaman adalah tdk. bermakna. Jika ia bukan bertujuan kebaikan bersama tdk. akan wujud keberkesanan proses komunikasi. Dengan kata lain takrifan komunikasi melibatkan 4 perkara penting -Pengiriman, penyebaran, pemindahan & tindak balas.

    7. 7 FUNGSI KOMUNIKASI Laswell & Wright (Baran & Davis, 2000), fungsi komunikasi dikategorikan kpd. 4 - penyebaran informasi & amaran, menjalinkan hubungan dgn. kelompok2 di dlm. masy., transmisi budaya masy. & hiburan. PENYEBARAN INFORMASI & AMARAN Komunikasi berfungsi utk. menyebarkan informasi semasa & terkini mengenai keadaan persekitaran manusia. Juga bertindak menyampaikan amaran yg. berupa peringatan kpd. masyarakat/kelompok yg. terbabit. Cth. - berlaku banjir kilat, jerebu & ketiadaan air.

    8. 8 MENJALINKAN HUBUNGAN DGN. MASY. Komunikasi berperanan menghubungkan kelompok2 dlm. masy. menerusi isu2 yg. dibincangkan terutama berkaitan kepentingan & keperluan kelompok tersebut. Contoh: - sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina & Deepavali. Dalam konteks ini, komunikasi dpt. menjalinkan hubungan yg. harmoni antara kelompok2 utama di M’sia yg. berlainan budaya, agama & amalannya.

    9. 9 TRANSMISI BUDAYA MASYARAKAT Media massa berjaya memaparkan budaya sesebuah masy. menerusi siarannya. Kita dapat melihat budaya kehidupan di M’sia yg. mempunyai pelbagai bangsa ttp. masih mengamalkan dasar toleransi & perpaduan yg. kukuh. Kita berpeluang untuk meneroka budaya hidup masy. Barat & Timur yg. agak berbeza dgn.menonton, mendengar & membaca mengenainya di media massa. lni membolehkan kita mendapat informasi mengenai budaya orang luar & memudahkan kita utk. mengadaptasikan diri dgn. budaya asing.

    10. 10 HIBURAN Hari2 kita mendapat hiburan melalui media massa. Fungsinya sebagai penghibur banyak membantu manusia menangani tekanan akibat masalah yg. timbul dlm. kehidupan seharian. Media cetak & elektronik menyediakan pelbagai bentuk hiburan yg. ada bercorak lisan & bukan lisan. Pelbagai rancangan hiburan disajikan kpd. kita setiap masa & terpulang kpd. individu utk. memilih yg terbaik untuknya.

    11. 11 Gamble & Gamble (1999) - 2 fungsi media massa yg. relevan dgn. konteks semasa - menentukan agenda masyarakat & pemujukan. PENENTUAN AGENDA Bermaksud media massa berperanan menentukan mesej yg. ingin disampaikan kpd. masy. Paparan media yg diterima setiap hari mempunyai mesej tertentu. Apabila membaca, menonton & melihat isu utama yg. mendapat perhatian dlm.media, selalunya isu itu telah ditetapkan oleh mereka. Cth.: - isu pembangunan yg. selalu mendapat perhatian utama media di M’sia. Pihak media berpendapat isu ini masih relevan dgn. keadaan semasa.

    12. 12 PEMUJUKAN Dalam konteks ini, ia byk. digunakan dlm. periklanan yang bercorak ekonomi, politik & sosial. Fungsi ini penting kerana melibatkan kesan terhadap audien yg. menggunakan media. Mesej yg. menarik & cara penyampaian yg. berkesan lazimnya dpt. memikat hati audien & secara tdk.langsung berjaya mempengaruhi minda & sikap mereka secara beransur2.

    13. 13 Pilgrim (2001), fungsi komunikasi - pendidikan, ekonomi, pemerhati & politik. PENDIDIKAN Komunikasi bertindak sebagai medium yg. mendidik masy. tentang sesuatu bidang. Pendidikan secara ini adalah mudah & senang difahami masy. kerana ia bersifat mesra-pengguna. Cth.- pendidikan tdk. formal spt. cara menjaga kesihatan, kawalan penyakit, menjaga kebersihan & mencegah kebakaran. Ada juga rancangan media yg. secara terus ke arah pendidikan formal spt. tv pendidikan. Fungsi ini membantu membentuk masyarakat berilmu pengetahuan & berdaya saing dlm. persekitaran global.

    14. 14 EKONOMI Fungsi ini pentingkan keuntungan yg. diperolehi syarikat & institusi. Media berperanan meningkatkan keuntungan sesebuah syarikat. Periklanan memainkan peranan penting dlm. fungsi ini. Ia memperkenalkan produk/idea supaya masy. terpengaruh & membeli produk/mengikuti idea yg. disebarkan oleh pihak media. PEMERHATI Media massa bertindak sebagai pemerhati masy. yg. berkaitan dgn.kerajaan, swasta & NGO. Tugas utama pemerhati adalah untuk memantau pergerakan & aktiviti pihak2 terbabit supaya selaras dgn. peranannya dlm. masy. Cth.- penyelewangan kuasa oleh pegawai penguatkuasa akan disiarkan dlm. media bertujuan beri kesedaran akan tanggungjawab mrk. terhadap masy. Peranan pemerhati di sini adalah untuk menyeimbangkan elemen sosial, politik & ekonomi sesebuah masy.

    15. 15 POLITIK Komunikasi berfungsi utk. mengekalkan sokongan terhadap sistem pemerintahan. Ini dapat dilihat dgn. penentuan agenda media massa. Gaya bahasa yg. digunakan beserta slogan & kandungan menggambarkan penggunaan fungsi media massa sebagai pengerak/pemangkin kpd. sistem politik sesebuah negara. Didapati setiap negara mempunyai corak media yg. berbeza2 sesuai dgn. sistem pemerintahannya, membuktikan fungsi politik penting utk. diterapkan oleh media mengikut corak politik kerajaan.

    16. 16 POLITIK (samb.) Walaupun fungsi komunikasi yg. diterangkan secara keseluruhannya adalah berdasarkan konteks media massa, ianya merupakan fungsi yg. relevan dgn. konteks komunikasi secara umumnya. Oleh itu, apabila kita melihat kepada jenis2 komunikasi - komunikasi intrapersonal, interpersonal, kumpulan kecil, awam, organisasi, pembangunan dan teknologi, semuanya mempunyai fungsi2 yang tersendiri berdasarkan ciri2nya yang unik itu. Justeru, apa yang diutarakan di dalam kuliah ini merupakan fungsi2 komunikasi secara umum menurut perspektif media massa yg. menjadi asas bidang komunikasi dr. segi akademiknya.

    17. 17 KESIMPULAN Komunikasi adalah satu proses pemindahan makna yg. tersirat dr. sumber kpd. penerima utk. kebaikan bersama. Tujuan utama adalah supaya maksud mesej yg. disampaikan oleh sumber difahami penerima. Sekarang, manusia berupaya menafsir sendiri fungsi2 komunikasi berdasarkan keadaan persekitaran & penggunaan media massa. Tidak dapat dinafikan, fungsi ini akan terus berubah sesuai dgn. peredaran zaman & teknologi baru yg. bakal muncul kelak.

More Related