1 / 16

KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH

Andalus Corporation Pte Ltd. KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH. BAB 2: AKHLAK MUSLIM TERHADAP ILMU PENGETAHUAN. AKHLAK MUSLIM TERHADAP ILMU PENGETAHUAN. Ilmu merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. KEUTAMAAN ILMU DALAM ISLAM.

micheal
Download Presentation

KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Andalus Corporation Pte Ltd KBM 4 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: AKHLAK MUSLIM TERHADAP ILMU PENGETAHUAN

  2. AKHLAK MUSLIM TERHADAP ILMU PENGETAHUAN • Ilmu merupakan salah satu alat terpenting dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  3. KEUTAMAAN ILMU DALAM ISLAM Di antara keutamaan ilmu dalam Islam yang disebut dalam hadis Nabi: Dimudahkan baginya jalan ke syurga Para malaikat akan menebarkan sayapnya ke atas penuntut ilmu Semua makhluk di bumi dan di langit akan memohonkan ampunan baginya KBM 4 AKHLAK BAB 2

  4. KEUTAMAAN ILMU DALAM ISLAM Diangkat menjadi pewaris nabi Diumpamakan sebagai orang yang berjuang di jalan Allah KBM 4 AKHLAK BAB 2

  5. ANJURAN MENUNTUT ILMU DAN MENGAMALKANNYA Kita mestilah melengkapi diri dengan pendidikan Islam sebagai asas demi memastikan agar sentiasa berada dilandasan yang betul dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Ibadah tanpa ilmu boleh menjerumuskan seseorang itu ke dalam kekeliruan. Ilmu tanpa amal pula, seperti pokok tidak berbuah serta tidak mendatangkan manfaat. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  6. ANJURAN MENUNTUT ILMU DAN MENGAMALKANNYA Penerimaan ilmu oleh manusia dibahagikan kepada 3 kategori utama: Seperti bumi yang ditimpa hujan serta dapat meresapi air hujan itu sehingga mampu menumbuhkan rumput dan lalang. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  7. ANJURAN MENUNTUT ILMU DAN MENGAMALKANNYA Seperti bumi yang ditimpa hujan serta dapat menahan dan menampung air sehingga mampu memberi minuman, menyiram dan bercucuk tanam. Bumi yang rata dan licin yang mana apabila ditimpa hujan tidak dapat menahan air dan tidak dapat pula menumbuhkan rumput. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  8. SIKAP MUSLIM TERHADAP ILMU DUNIAWI DAN UKHRAWI Islam tidak mewujudkan pemisahan antara ilmu duniawi dan ukhrawi. Kedua-dua ilmu duniawi dan ukhrawi memainkan peranan yang penting dalam proses ketamadunan masyarakat. Kemajuan dan kemunduran sesuatu kaum bergantung di atas penguasaan ilmu pengetahuan secara am dan ilmu agama secara khusus. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  9. ADAB-ADAB DALAM MENUNTUT ILMU Di antara adab-adab menuntut ilmu: Niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t Berusaha dan bertawakkal Bersabar dan berdoa Menjauhi segala bentuk maksiat KBM 4 AKHLAK BAB 2

  10. SEBAHAGIAN TOKOH ILMUWAN SAINS ISLAM Antara tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang terkenal: Al-Khawarizmi (Ahli Matematik) Ibnu al-Haitham (Ahli Optik) Ibnu Sina (Ahli Perubatan) KBM 4 AKHLAK BAB 2

  11. a. AL-KHAWARIZMI Dilahirkan pada tahun 780 Masihi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi Gelaran al-Khawarizmi diberi sempena tempat kelahirannya. Memperkenalkan algebra, hisab dan menghasilkan konsep matematik yang masih digunakan hingga sekarang KBM 4 AKHLAK BAB 2

  12. a. AL-KHAWARIZMI Dikenali juga sebagai ahli dalam ilmu astronomi dan geografi. Antara karya yang beliau hasilkan: Sistem Numeral Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah Al-Jabr wa’l Muqabalah Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah KBM 4 AKHLAK BAB 2

  13. b. IBNU AL-HAITHAM Dilahirkan di Basrah pada tahun 354 Hijrah. Nama sebenarnya Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham. Di barat dikenali dengan gelaran Alhazen. Ahli dalam bidang sains, falak, matematik, geometri, perubatan dan falsafah. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  14. b. IBNU AL-HAITHAM Antara karya yang beliau hasilkan ialah: Al-Jami’ fi Usul al-Hisab Kitab al-Tahlil wa al-Tarkib Kitab Tahlil al-Masa’il al-Adadiyah Maqabalah fi Istikhraj Simat al-Qiblah Maqabalah fima Tad’u Ilaih Risalah fi Sina’at al-Syi’r KBM 4 AKHLAK BAB 2

  15. c. IBNU SINA Dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hussain ibnu Abdallah ibnu Sina. Mula dikenali ramai selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nuh ibnu Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor lain. KBM 4 AKHLAK BAB 2

  16. c. IBNU SINA Antara ratusan hasil karya beliau ialah: Al Qanun Fi al-Tibb ( Precepts of Medicine ) Remedies for the heart Al-Najah KBM 4 AKHLAK BAB 2

More Related