360 likes | 1k Views
KEPIMPINAN. ETIKA KEPIMPINAN. TANGGUNGJAWAB. Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri
E N D
ETIKA KEPIMPINAN TANGGUNGJAWAB • Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah, setia dengan penuh minat, disiplin dan dedikasi • Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementingkan diri sendiri • Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi • Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam melaksanakannya
ETIKA KEPIMPINAN SIKAP • Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling • Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab • Mempunyai fikiran yang terbuka dan sedia menerima teguran daripada semua pihak untuk faedah organisasi dan negara • Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan sejawat di bawahnya.
ETIKA KEPIMPINAN PERAWAKAN DAN PERIBADI • Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti dan perawakan yang baik • Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran • Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan • Menjaga hubungan baik bagi setiap golongan masyarakat
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR • Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain • Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama • Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR • Membimbing pelajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran • Menunjukkan cara berpakaian , pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar • Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan, kursus, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya PnP bermutu tinggi
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak mereka • Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga • Menganggap maklumat yang diberikan ibu bapa tentang rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit. • Memberi dan mengguna maklumat ibu bapa demi kepentingan anak mereka
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA • Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar • Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA • Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara • Memupuk sikap dan nilai yang boleh membantu pelajar menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA • Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai warganegara dan sanggup mengambil bahagian dalam aktiviti masyarakat. • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA • Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendiakawanan masyarakat • Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalankan kehidupan seharian dengan baik
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN • Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru • Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN • Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion ini
TATASUSILA KEGURUAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN • Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan • Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan
IKRAR GURU Bahawasanya Kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa • Guru-guru Malaysia • Dengan ini berikrar • Mendukung terus cita-cita kami • Terhadap tugas kami • Dan menyatakan keyakinan kami • Pada cita-cita murni pekerjaan kami
MENGHARGAI MASA AMALAN POSITIF • Menepati masa • Menyegerakan tugas • Mempunyai perancangan waktu • Bijak menguruskan tempoh masa yang diberi • Menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif • Menetapkan target date untuk menyiapkan kerja • Menyelasaikan tugas dalam masa yang ditetapkan
MENGHARGAI MASA AMALAN NEGATIF • Berbual-bual kosong • Tidak menyegerakan tugas • Tidak ada sense of urgency • Tidak merancang pekerjaan • Tidak ada prioriti • Melayan tetamu yang tidak berkenaan • Tinggalkan pejabat untuk urusan peribadi • Ke kantin dalam waktu tugas
KEMULIAAN KESEDERHANAAN AMALAN POSITIF • Jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan • Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan • Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat • Bersifat pemaaf dalam pergaulan • Boleh menerima teguran • Berlaku adil dalam semua tindakan • Menepati janji • Jujur dan ikhlas • Merendah diri • Bijaksana dalam membuat pertimbangan • Bermaruah dan berhemah tinggi
KEMULIAAN KESEDERHANAAN AMALAN NEGATIF • Kedekut atau berlebihan dalam keperluan organisasi • Berlebihan mengampu ketua • Memperagakan kemewahan dan kedudukan • Membazir dan merosakkan harta kerajaan • Kerap menghias diri di pejabat • Bersifat melampau dalam semua hal • Menonjol-nonjolkan diri • Bercakap dengan menggunakan perkataan bombastic • Berkelakuan mengada-ngada • Sombong dan meninggi diri • Menyukarkan persoalan yang mudah • Memperbesarkan perkara
KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN AMALAN POSITIF • Bersemangat dalam melaksanakan tugas • Dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi • Sanggup berkorban • Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas • Tidak patah semangat • Bercita-cita tinggi • Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar • Rajin dan sentiasa berusaha • Tekun dalam menjalankan tugas • Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan • Berdisiplin dalam setiap pekerjaan • Berpandangan jauh
KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN AMALAN NEGATIF • Mudah tersinggung • Kurang berdisiplin • Mudah putus asa • Tidak tekun • Mudah mengalah • Tidak bercita-cita tinggi • Tidak bersemangat • Tidak tahan kena marah • Tidak ada inisiatif • Tidak kreatif • Suka bertangguh • Disuruh buat, baru buat
TERAS PERKHIDMATAN • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan • Bekerja dengan penuh tanggungjawab • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri • Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan • Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara • Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara • Berpegang teguh kepada arahan agama
NILAI-NILAI MURNI • Kebersihan Mental dan Fizikal • Kejujuran • Kerajinan • Kerjasama • Kesederhanaan • Kesyukuran • Rasional • Semangat Bermasyarakat • Baik hati • Berdikari • Hemah Tinggi • Hormat • Kasih Sayang • Keadilan • Kebebasan • Keberanian