170 likes | 394 Views
Kursus hhhc 9801 KREATIF DAN INOVATIF. PROGRAM “SEE NATURE” FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH 4-13 APRIL 2014 TEMPAT KUALA GULA, PERAK ANJURAN HAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT(HEJIM), UKM TEMA “ SEEK EDUCATE EMBRACE ”.
E N D
Kursus hhhc 9801 KREATIF DAN INOVATIF
PROGRAM“SEE NATURE”FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGIUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH4-13 APRIL 2014 TEMPATKUALA GULA, PERAK ANJURANHAL EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT(HEJIM), UKM TEMA“ SEEK EDUCATE EMBRACE ”
Program SEE Nature bertujuan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mendekatkan diri dengan kepelbagaian biologi serta menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam usaha menghijaukan alam. • Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini adalah: • Lawatan ke tapak semaian untuk menanam pokok bakau serta relau arang kayu untuk melihat pembuatan arang dari pokok bakau. • Ceramah biodiversiti bagi pendedahan pelajar terhadap kepelbagaian hidupan serta interaksi sesama mereka. • Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong, sukan belia, membasuh bot dan membuat kraftangan serta makanan dari pokok bakau bersama masyrakat setempat.
Program ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu: Seek - Peserta program akan dibawa untuk melihat sendiri alam serta kegunaannya kepada manusia dan haiwan. Para peserta dibawa melawat ke tapak semaian, pusat biodiversiti, kilang arang, tempat kelip-kelip dan pelbagai lagi untuk menambahkan ilmu mengenai alam secara menyeluruh. Educate – Peserta dibahagikan kepada 3 modul iaitu bakau, serangga dan burung. Di sini, peserta akan mula mengkaji serta menganalisa dengan lebih mendalam skop alam masing-masing. Kami juga dapat menghasilkan makanan dari pokok bakau serta kraftangan dari hidupan marin melalui kerjasama masyarakat tempatan. Kami juga perlu mengumpul serta mengawet bahan kajian masing-masing bagi sesi pembelajaran kepada pelajar sekolah rendah semasa fasa embrace.
iii) Embrace – Fasa terakhir serta kemuncak program SEE Nature. Hal ini kerana, Kempen Kesedaran Alam (KKA) dijalankan pada fasa ini. Para peserta akan mula mengajar pelajar sekolah rendah mengenai modul masing-masing serta mengajak mereka untuk bersama-sama dalam memelihara alam sekitar. Dalam fasa ini terdapat sesi LDK di mana pelajar sekolah rendah akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu permainan yang melibatkan kemahiran kreatif mereka seperti membuat gunung berapi, mengapungkan jarum di dalam air, membuat kapal terbang kertas, menghasilkan binaan dari suratkhabar yang basah, mencipta rantaian makanan, mengisi air di dalam botol yang berlubang dan ‘smart tunnel’.
APAKAH KESAN-KESAN PROGRAM Antara kesan projek ini kepada individu dan masyarakat ialah: Sikap tanggungjawab dapat dilahirkan dalam diri masyarakat terutama para AJK dan peserta kerana menjalankan tugas yang diberikan agar program ini berjalan dengan lancar. Perpaduan dapat dipupuk antara para fasilitator dan peserta sepanjang program ini dijalankan di samping meningkatkan kemahiran sosial dalam diri masing–masing. Minda para mahasiswa dan para peserta dapat dilatih untuk lebih berimaginasi, kreatif dan inovasi melalui pengisian-pengisian program yang dijalankan. Para pelajar daripada sekolah rendah dapat dibimbing dan diberi motivasi untuk menceburi bidang yang mereka minat terutama bidang sains dsan alam sekitar. Nilai tambah atau ‘soft skill’ dapat dibina dalam diri mahasiswa sepertimana menjadi tuntutan marcapada kini.
MASALAH DAN PENYELESAIAN Antara masalah yang dihadapi sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung adalah;
CARTA ALIR PROJEK Projek Bermula Rangka Kerja dan Pembahagian Tugas Menganalisis Masalah Pelaksanaan Projek Projek Berakhir/ Laporan Akhir Merancang Strategi
CARTA GANTT & BATUKALA KESELURUHAN PROGRAM
KEMAHIRAN INTERPERSONAL YANG DAPAT DITUNJUKKAN DALAM PROJEK INI Kemahiran Kreatif dan Inovatif (HPP8) : Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai. Contohnya : Menunaikan tanggungjawab untuk menjalankan tugas sebagai exco kebajikan dan makanan bagi menjaga kebajikan peserta sepanjang program berlangsung. Bersama- sama ahli jawatankuasa program yang lain untuk melancarkan perjalanan program. Bersama-sama ajk publisiti dan tugas-tugas khas menyediakan hamper dan cenderamata kepada peserta dan tetamu jemputan. Semua ajk turut menyumbang dari segi tenaga dan idea dalam perbincangan . Membina kemahiran kreatif dan inovatif melalui latihan dalam kumpulan (LDK).
JAWATAN YANG DISANDANG DAN BAGAIMANA TANGGUNGJAWAB INI DILAKSANAKAN Jawatan: Exco Kebajikan dan Makanan Tugas-tugas: Berhubung dengan pihak Pusat Kesihatan, UKM untuk mendapatkan stok lengkap First Aid. Sentiasa menyediakan bekalan air mineral dan First Aid setiap kali lawatan luar. Memastikan pelajar yang sakit mendapat ubat-ubatan yang lengkap. Membawa pelajar yang migrain ke klinik kesihatan terdekat. Berhubung dengan pihak kafe untuk menyediakan makanan tepat pada waktunya. Memastikan bekalan makanan cukup dan semua pelajar turun makan. Memastikan bekalan air masak sentiasa disediakan di dalam dewan.
PENUTUP Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh hasil daripada program ini. Selain daripada membantu mahasiswa dan mahasiswi menambahkan elemen kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah, ianya juga secara tidak langsung membina pelbagai kemahiran lain yang pelajar tidak akan dapat melalui sesi pembelajaran di dalam kelas. Melalui penyertaan program, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman serta pemandangan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih meluas lagi.