1 / 26

BAB 1 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. KONSEP PENGAJARAN. Aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran Aktiviti seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. THOMAS F. GREEN.

ulla-blair
Download Presentation

BAB 1 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 1KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  2. KONSEP PENGAJARAN • Aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran • Aktiviti seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian

  3. THOMAS F. GREEN • Tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. • Aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.

  4. PENGERTIAN PENGAJARAN • Sebagai perkataan pencapaian (An achievement word) ataupun perkataan tugasan (A task word). • Ertinya ialah sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru dan pembelajaran, ataupun pengajaran merupakan sesuatu tugasan. • Ahli falsafah di negeri China berpendapat pengajaran ialah sesuatu tugasan yang bertanggungjawab menyebarkan budaya dan ilmu pengetahuan, melatih tenaga kemahiran dan menjelaskan keraguan.

  5. PERKEMBANGAN PENGERTIAN PENGAJARAN 1. Pengajaran sebagai suatu proses - konsep pengajaran boleh dihuraikan sebagai sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan - proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik mengikuti langkah-langkah yang sesuai seperti perancangan, pelaksanaan dan penilaian

  6. 2. Pengajaran sebagai suatu bidang komunikasi - kerana pengajaran meliputi aktiviti perhubungan dan interaksi di antara guru dengan murid. - pengajaran hanya boleh berlaku apabila guru dapat berkomunikasi dengan murid secara langsung dalam bilik darjah (interaksi dua hala).

  7. 3. Pengajaran sebagai suatu bidang sains - pengajaran yang berkesan hanya boleh berlaku atas penggunaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang telah dikaji dan diuji oleh pakar-pakar pendidik - Segala aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian dan penilaian dilaksanakan secara sistematik

  8. - Berlandaskan prinsip, teori dan kaedah mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar pendidik. - Berlandaskan hasil kajian atas psikologi perkembangan murid dari segi intelek dan emosi mereka.

  9. 4. Pengajaran sebagai suatu bidang seni - kerana ia melibatkan emosi, nilai dan tingkah laku manusia. - ini kerana setiap individu mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. - guru harus mempunyai bakat atau seni mengajar iaitu boleh mengubahsuai model dan teori pengajaran- pembelajaran sesuai dengan kebolehan murid-murid yang berbeza.

  10. PROSES PENGAJARAN

  11. PENGAJARAN • DEFINISI : • Tugasan dan aktiviti yang dilakukan bersama oleh guru dan murid. • Di rancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti • Di laksanakan menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai. • Proses membimbing,menggalak dan memotivasikan murid supaya lebih inisiatif untuk belajar.

  12. Ada rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, alat bantu mengajar, strategi, kaedah dan teknik mengajar. • Proses libatkan interaksi dua hala antara guru dan murid dalam aktiviti P&P. • Strategi dan teknik pengajaran ada unsur sains dan seni.

  13. KONSEP PEMBELAJARAN • Proses pembelajaran berlaku dari semasa ke semasa,secara formal atau tidak formal. • Berlandaskan kepada empat mazhab teori pembelajaran iaitu: Mazhab Behavioris Mazhab Kognitif Mazhab Sosial Mazhab Humanis

  14. Mazhab Behavioris • Parlov,Thorndike dan Skinner. • Pembelajaran berkait dengan perubahan tingkah laku. • Teori dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan di dalam makmal. • Rangsangan dan gerak balas hasilkan perubahan tingkah laku. • Tingkah laku boleh diperhatikan,dikawal dan diramal.

  15. Mazhab Kognitif • Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel. • Pembelajan adalah suatu proses dalaman yg berlaku dalam akal fikiran • Proses yang tidak dapat dilihat secara langsung daripada tingkah laku manusia. • Kajian terhadap pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. • Dikenali juga sebagai Teori Gestalt (bentuk,pola,tatarajah) • Tertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal,penyelesaian masalah,penemuan,kategori pembelajaran dan resepsi. • Manusia mempunyai struktur kognitif,otak akan menyusun maklumat dalam ingatan sewaktu proses pembelajaran.

  16. Mazhab Humanis • Pembelajaran manusia bergantun kepada emosi dan perasaannya. • Setiap individu ada cara belajar yang berbeza. • Strategi P&P hendaklah mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar. • Mengikut ahli mazhab humanis,termasuk Carl Rogers,individu mempunyai potensi dan keinginan untuk capai kecemerlangan kendiri. • Guru perlu menjaga kendiri pelajar dan beri bimbingan supaya potensi dapat dikembangkan ketahap optimum.

  17. PENGERTIAN PEMBELAJARAN • BELAJAR – memperoleh ilmu pengetahuan,kemahiran.(Kamus Dewan 1992) • Manusia guna deria untuk dapat rangsangan dan ilmu pengetahuan dari persekitaran. • Deria akan memilih rangsangan yang sesuai untuk diproses di otak menjadi pengalaman @ilmu yg bermakna,seterusnya diamalkan mengikut situasi yang sepadan.

  18. Proses Pembelajaran berlaku berperingkat-peringkat 4.Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan 2.Pemilihan rangsangan yang sesuai oleh organ deria 6.Perubahan tingkah laku. 1.Rangsangan- rangsangan 3.Pemikiran erti rangsangan dalam otak. Mengamalkan dalam situasi yang sepadan

  19. Mengikut mazhab behavioris,perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran kerana berlaku perhubngan stimuli (rangsangan) Melalui proses pelaziman,perhubungan baru terbentuk hasil hubungkait stimuli dgn tindakbalasnya yang akhirnya hasilkan perbahan tingkah laku. Wujud tindak balas terhadap rangsangan baru bermulanya pembelajaran. Berterusan sekiranya terdapat motivasi. Proses berakhir apabila tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Mazhab kognitif percaya proses kognitif hasilkan perubahan tingkah laku dalam pelajaran. Berpendapat pembelajaranadalah proses kognitif untuk hubungkan perkara di persekitaran.

  20. Berpendapat belajar bukan percubaan tetapi ada objektif dan motif tertentu. • Bukan saja melibatkan perhubungan stimuli-tindak balas,tetapi kefahaman terhadap keadaan dan perkara pokoknya. • Menurut mazhab kognitif,pembelajaran berlaku sekiranya pelajar ada cukup pengalaman yang berkaitan untuk pelajari pengalaman baru. • Pelajar juga perlu ada motif serta berinisiatif sendiri untuk jalankan aktiviti pembelajaran.

  21. DEFINISI PEMBELAJARAN

  22. DEFINISI PEMBELAJARAN • Definisi pembelajaran ialahproses dalaman yang dialami oleh individu atau seseorang pelajar melalui pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku secara kekal.

  23. Terdapat pelbagai definisi yang ditafsirkan oleh ahli-ahli psikologi. Antaranya ialah: Gage dan Berliner (1991) - pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku yang dihasilkan daripada pengalaman Bruner (1973), - pembelajaran sebagai proses aktif iaitu membina idea baru atau konsep yang berasaskan pengetahuan lalu dan sedia ada. Ahli kognitif dan konstruktivisme -pembelajaran sebagai proses meneroka dan mencari maklumat dan membina kefahaman sendiri. Ahli Behaviorisme - pembelajaran sebagai perubahan dalaman yang mengubah tingkah laku secara agak kekal. Ramai ahli psikologi pada umumnya mentafsirkan pembelajaran sebagai proses , melalui latihan atau pengalaman seseorang individu atau pelajar yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal.

  24. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN • Merupakan suatu proses melalui peringkat secara sistematik. • Hasil pembelajaran ialah pembentukkan perubahan tingkah laku dari tahap yang rendah kepada yang lebih tinggi. • Perubahan tingkah laku selepas aktiviti adalah lebih stabil dan kekal. • Satu proses yang berterusan kecuali jika kehilangan motivasi dan motif yang sesuai. • Perubahan tingkah laku hendaklah terhasil daripada proses pemikiran dan penanggapan dan tidak dipengaruhi oleh pertumbuhan fizikal atau mental atau akibat pengaruh dadah atau penyakit. • Tanpa motif dan motivasi, proses pembelajaran akan terhenti. Motif merupakan penggerak ‘dalaman’ seperti sifat ingin belajar untuk kemajuan sendiri. Motivasi pula sebagai penggerak ‘luaran’ seperti dorongan ibu bapa atau guru.

  25. PERHUBUNGAN PENGAJARAN DENGAN PEMBELAJARAN Tujuan utama Pengajaran • Mewujudkan aktiviti pembelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada penggunaan kemahiran mengajar. • Bertumpu kepada murid untuk merangsang mereka belajar • Objektif pengajaran - membawa hasil pembelajaran dengan membentuk perubahan tingkah laku dari satu tahap rendah kepada tahap yang lebih tinggi.

  26. Segala pendekatan, strategi kaedah dan teknik mengajar adalah berlandaskan kepada teori-teori dan ciri pembelajaran. • Proses yang dijalankan terus menerus berulang-ulang seumur hidup • Dengan adanya proses ini, murid akan mendapat manfaat dari pembelajaran dan guru pula memperoleh pengalaman tambahan dan dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajarannya dalam aktivti pengajaran dan pembelajaran.

More Related