1 / 31

Wanita, Keluarga & Undang - Undang

Wanita, Keluarga & Undang - Undang . Oleh: TENGKU NAUFAL TENGKU MANSOR LL.B (Hons) IIUM LL.M (Comm & Corp Law) London M.Sc (Corp Comm) Uniputra Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Peguam Syar’ie Wilayah Persekutuan. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG. Wanita di Malaysia.

whitney
Download Presentation

Wanita, Keluarga & Undang - Undang

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Wanita, Keluarga & Undang - Undang Oleh: TENGKU NAUFAL TENGKU MANSOR LL.B (Hons) IIUM LL.M (Comm & Corp Law) London M.Sc (Corp Comm) Uniputra Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya Peguam Syar’ie Wilayah Persekutuan

  2. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG Wanita di Malaysia Common Background = “Inferiority to Men”

  3. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Adakah undang – undang mendiskriminasikan kedudukan wanita? • UN Declaration of Human Rights • - “All human beings are born free and equal in dignity and rights” • Art 8 (1) Federal Constitution • - “All persons are equal before the law & entitled to the protection of the law • Art 8 (2) Constitutional (Amendment) Act 2001 • Memasukkan perkataan “gender” - menegaskan diskriminasi dari segi gender adalah tidak sah

  4. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Undang – undang keluarga di Malaysia • Undang Undang Rujukan: • Muslim • - Akta Undang Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Akta 303) • Bukan Muslim • - Akta Membaharui Undang – Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164)

  5. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak - hak isteri semasa perkahwinan • Islam mengiktiraf hak isteri • Surah Al-Baqarah: Ayat 228 • - “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka dengan cara yang sepatutnya....”

  6. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak terhadap mas kahwin • An Nisa’: Ayat 4 • - “Berilah mahar kepada mereka yang kamu nikahi dengan ikhlas...” • Seksyen 57 Akta 303 • - Hak Mutlak wanita • - Kekal sehingga perkahwinan terbubar

  7. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak nafkah • Al - Talaq: Ayat 7 • - “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah mengikut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepada (sekadar yang mampu)...” • Seksyen 59 Akta 303 / Seksyen 77Akta 164 • - Kuasa mahkamah untuk perintah • - Nafkah mencakupi sehingga selepas bercerai • -> tamat iddah; atau • -> isteri hidup dalam perzinaan; atau • -> nusyuz

  8. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak nafkah (bersambung) • Seksyen 69 Akta 303 / Seksyen 86 Akta 164 • - Tunggakkan nafkah – boleh tuntut sebagai hutang • Hak untuk perintah nafkah sementara • Seksyen 70 Akta 303 • - Kuasa kepada mahkamah untuk beri perintah nafkah interim atas permohonan isteri • Seksyen 79 Akta 164 • - Kuasa kepada mahkamah untuk memerintah cagaran nafkah

  9. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk mendapatkan kasih sayang daripada suami • Ar-Rum: Ayat 21 • - “Dan tanda yang membuktikan kekuasaanya dan rahmatnya bahawa dia menciptakan untuk kamu wahai kaum lelaki, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan berhidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan”

  10. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk dihormati • An – Nisa’: Ayat 19 • - “Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudiaan bila kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang nyata”

  11. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk mendapat bimbingan daripada suami • Suami bertanggung jawab untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri

  12. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk mendapatkan perintah hidup bersama • Seksyen 120 Akta 303 • - Isteri berhak mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya suami hidup kembali bersamanya • - Apabila suami meninggalkan langsung isteri

  13. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk nafkah batin • Menurut ibnu Hazm dalam kitab Muhalah, sekurang kurangnya sekali setiap kali suci • Al-Baqarah: Ayat 222 • - “Bila mereka telah suci, maka campurkan mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.”

  14. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk keadilan • Seksyen 128 Akta 303 • - “Seseorang suami yang tidak memberikan keadilan kepada isteri mengikut hukum syarak adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

  15. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk perlindungan daripada dianiaya • Seksyen 127 Akta 303 • - Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang suami itu menganiaya atau menipu harta isterinya dan sekirannya disabit kesalahan boleh dihukum dengan tidak melebihi RM 1000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya • Hak bantahan dalam permohonan poligami suami • Seksyen 23 (4) Akta 303 • - Isteri boleh membantah semasa menghadiri pendengaran bagi permohonan poligami suami

  16. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak untuk menguatkuasakan perintah nafkah • Seksyen 4 Akta Perempuan Bersuami dan Kanak-Kanak (Nafkah) 1950 • - Jika suami gagal bayar nafkah, suami boleh didenda dan penjara (satu bulan bagi setiap bulan tak bayar) • Seksyen 4 Akta Perempuan Bersuami (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 • - Gaji suami boleh dipotong • Seksyen 12 Akta 1968 • - Jika majikan gagal, boleh dihukum.

  17. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG Tuntutan cerai wanita muslim “Gantung tak bertali?”

  18. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Jenis perceraian yang boleh dituntut wanita muslim • Ta’liq (Seksyen 50 Akta 303) • - paling mudah bagi wanita untuk mendapatkan perceraian • - perlu buktikan suami langgar perjanjian • -> tinggalkan isteri lebih 4 bulan hijrah berterusan • ->tiada nafkah daripada suami atau wakil • ->isteri setia • ->menyebabkan kecederaan isteri • - membuat laporan kepada Mahkamah Syariah + RM1.00

  19. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Khulu’ (Seksyen 49 Akta 303) • - suami tidak bersetuju untuk menceraikan isteri kemudian bersetuju dengan syarat isteri menebus kebebasannya • - sejumlah wang yang dipersetujui • - melayu – tebus talak • - mahkamah boleh menaksirkan nilai – seksyen 49 (akta 303)

  20. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Fasakh’ (Seksyen 52 Akta 303) • - perintah pembubaran perkahwinan atas alasan alasan yang terdapat di bawah seksyen 52 • -> suami tidak diketahui selama tempoh lebih satu tahun • -> suami cuai / tidak memberi nafkah – 3 tahun • -> suami dihukum penjara 3 tahun atau lebih • -> suami tidak memberi nafkah batin tanpa sebab munasabah selama satu tahun

  21. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • -> suami menganiayai isteri • *menyakiti dan menyebabkan penderitaan isteri • *berkawan dengan perempuan jahat • *berperangai keji pandangan syarak • *memaksa isteri hidup secara lucah • *melupuskan harta isteri • *melarang isteri gunakan haknya • *menghalang isteri menjalankan kewajipan agama • *tidak adil melayani isteri jika berpoligami

  22. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • -> enggan bersetubuh dengan isteri walaupun telah berkahwin 4 bulan • -> alasan – alasan lain yang diiktiraf oleh hukum syarak

  23. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Li’an (Seksyen 50A Akta 303) • - apabila suami menuduh isterinya berzina • - tiada 4 saksi • - isteri boleh pohon perpisahan • - suami tidak boleh rujuk buat selama lamanya

  24. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Anggapan kematian (Seksyen 53 Akta 303) • - isteri boleh pohon mahkamah untuk perakuan kematian • - tiada perkhabaran berita suami • - tempoh 4 tahun atau lebih

  25. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Jenis perceraiaan yang boleh dituntut wanita bukan muslim • Persetujuan bersama (Seksyen 52 Akta 164) • - lebih 2 tahun dari tarikh perkahwinan • - kedua-dua suami isteri rela hati dan bebas • - peruntukan tentang nafkah anak-anak dan isteri, hak penjagaan anak-anak selesai

  26. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Kepecah-belahan perkahwinan (Seksyen 53 & 54 Akta 164) • - zina • - tingkah laku yang zalim • - isolasi (lebih 2 tahun) • - tinggal berasingan (lebih 2 tahun)

  27. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Pasangan masuk Islam (Seksyen 51 Akta 164) • - hak kepada pasangan tidak masuk Islam untuk fail petisyen • - sebelum tamat tempoh 3 bulan dari masuk Islam

  28. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Perpisahan kehakiman (Seksyen 64 Akta 164) • - dekri untuk suami isteri berpisah - menamatkan hubungan • - membenarkan suami isteri tinggal berasingan • - tiada kewajipan seperti dalam perkahwinan • - persetubuhan jika berlaku tanpa persetujuan isteri, suami boleh disabitkan dengan tuduhan rogol • - perkahwinan dengan pihak-pihak ketiga ditegah • - suami tidak boleh mendapat harta isteri jika isteri mati semasa perpisahan kehakiman

  29. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak wanita selepas perceraian • Muslim • - nafkah iddah (seksyen 52 Akta 303) • - nafkah anak (Seksyen 72 & 73 Akta 303) • - harta sepencarian (Seksyen 58 Akta 303) • - muta’ah (seksyen 56Akta 303) • - tunggakkan hutang • -> mas kahwin (seksyen 57) • ->saraan hidup dalam tempoh kahwin (seksyen 69) • ->tunggakkan nafkah anak ( seksyen 77) • - tempat tinggal (seksyen 71)

  30. WANITA, KELUARGA & UNDANG - UNDANG • Hak wanita selepas perceraian • Bukan Muslim • - nafkah anak (Seksyen 92, 93 & 99 Akta 164) • - asset matrimoni (Seksyen 76 (1) Akta 164) • - tunggakkan hutang • ->saraan hidup dalam tempoh kahwin (seksyen 86 Akta 164) • ->tunggakkan nafkah anak ( seksyen 98 Akta 164)

  31. TERIMA KASIH

More Related