1 / 24

FARMAKOLOGI KAUNSELING DALAM RAWATAN PENYAKIT ASTHMA DAN COPD

FARMAKOLOGI KAUNSELING DALAM RAWATAN PENYAKIT ASTHMA DAN COPD. PENGENALAN. Definisi asthma – penyakit yang dicirikan oleh peningkatan tindak balas trakea dan bronki kepada pelbagai jenis perangsang (stimuli) dan dimanifestasikan dengan penguncupan (penyempitan) saluran pernafasan.

yul
Download Presentation

FARMAKOLOGI KAUNSELING DALAM RAWATAN PENYAKIT ASTHMA DAN COPD

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. FARMAKOLOGI KAUNSELING DALAM RAWATAN PENYAKIT ASTHMA DAN COPD

  2. PENGENALAN Definisi asthma – penyakit yang dicirikan oleh peningkatan tindak balas trakea dan bronki kepada pelbagai jenis perangsang (stimuli) dan dimanifestasikan dengan penguncupan (penyempitan) saluran pernafasan.

  3. Faktor pencenderung – • Allergen (debunga, habuk) • Jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) • Senaman • Perubahan emosi (tekanan) • Pendedahan pada agen (cat, asap, asbestos, sulfur dioksida, asap rokok dll) • Pendedahan persekitaran (cuaca sejuk, panas) • Drug (hipersensitiviti terhadap aspirin, kesan farmakologi berlebihan terhadap perencat beta eg: propranolol)

  4. PENGENALAN Definisi COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) – penyakit yang dicirikan oleh halangan kronik saluran pernafasan bawah secara progresif yang menyebabkan penurunan inspiratori pulmonari dan kapasiti ekspiratori.

  5. Jenis yang biasa berlaku: • Bronkitis kronik – inflamasi dan edema – pokok trakeobronkial mengeluarkan mukus secara berlebihan – penghalangan salur pernafasan. Kronik – sputum > 30ml/24jam selama sekurang-kurangnya 3 bulan setahun untuk 2 tahun berturut-turut. • Emphysema – keadaan dilatasi bronkiol dan sak alveolus. Kerosakan berlaku pada dinding alveolus.

  6. RAWATAN ASTHMA TUJUAN IALAH MENGAWAL ASTHMA: • Simptom kronik yang minima, termasuk simptom nokturnal. • Episod serangan yang minima. • Tiada lawatan kecemasan (emergency visit). • Keperluan yang minima untuk agonis beta (prn) • Tiada had untuk melakukan aktiviti – senaman • Menghampiri nilai PEF normal • Kesan advers ubatan yang minima (tiada langsung).

  7. PENDEKATAN RAWATAN • Mendidik pesakit dan keluarga – digalak untuk merawat asthma sendiri. Meningkatkan komplians pesakit. • Sifat asthma. • Langkah pencegahan. • Drug yang digunakan – kesan. • Penggunaan drug inhalasi dengan betul. • Penggunaan ‘peak flow meter’ dengan betul. • Perbezaan antara terapi ‘halangan’ dan terapi ‘mereda’. • Mengenalpasti bila asthma menjadi lebih teruk. • Bahaya membuat swapengubatan.

  8. PENDEKATAN RAWATAN 2. Mengelak daripada faktor penyebab : • Allergen – debunga, habuk. • Asap rokok. • Persekitaran tempat kerja. • Drug – aspirin, perencat beta. 3. Guna drug yang mudah digunakan dengan dos berkesan terendah serta meminimakan kesan advers.

  9. DRUG ANTIASTHMATIK 1. BRONKODILATOR • Agonis adrenoseptor • Antimuskarinik • Methylxanthene • Sediaan kombinasi 2. ANTIINFLAMMATORI • Kortikosteroid 3. Sodium Cromoglicate 4. Antagonis reseptor leukotriene

  10. BRONKODILATOR • AGONIS ADRENOSEPTOR -Agonis beta2 selektif eg: • Salbutamol – tindakan pendek • Terbutaline – tindakan pendek • Formoterol – tindakan panjang • Salmeterol – tindakan panjang - Agonis adrenoseptor lain eg: Adrenaline (elakkan- aritmia)

  11. FARMAKOLOGI AGONIS BETA2 • Bertindak secara selektif pada reseptor beta2  relaksasi otot licin bronkial. • Merencat pembebasan mediator oleh sel mast eg: histamin, prostaglandin, tromboxane, leukotriene. • Kesan advers – menggigil (tremor), takikardia, nausea, GI upset, insomnia. •  dos dan frekuensi. • Kaunseling – relaks, jangan ambil hampir waktu tidur.

  12. BRONKODILATOR 2. ANTIMUSKARINIK • Ipratropium, oxitropium. • Menghalang tindakan asetilkolin di otot licin bronkial  bronkodilatasi • Onset perlahan tapi berpanjangan. • Asthma noktural. • Kesan advers – Mulut kering, nausea, dizziness, GI upset, lesu (fatigue). • Kaunseling – kumur, minum air / basahkan mulut bila rasa mulut kering.

  13. BRONKODILATOR 3. Methylxanthene • Teofilin (IV aminofilin) • Merencat enzim fosfodiesterase   kepekatan cAMP dalam otot licin  bronkodilatasi. • Merencat pembebasaan mediator dari sel mast eg: histamin dan leukotriene. • Kesan advers – takikardia, nausea, GI upset, insomnia, nervousness. • Kaunseling – relaks, jangan ambil hampir waktu tidur.

  14. BRONKODILATOR 4. Sediaan gabungan bronkodilator • Combivent – ipratropium bromide + salbutamol sulphate. •  komplians. • Kesan advers adalah gabungan.

  15. KORTIKOSTEROID • Prednisolone • Dexamethasone • Budesonide • Beclomethasone • Fluticasone

  16. KORTIKOSTEROID • Tindakan antiinflammatori •  sensitiviti tisu terhadap antigen •  hiperaktiviti bronkial • Merencat fosfolipase A2  merencat penghasilan mediator.

  17. INHALASI KORTIKOSTEROID • Rawatan mencegah serangan • Kurang toksisiti vs oral – ulser peptik, osteoporosis, Cushing syndrome, diabetes, adrenal supression, katarak. • Oral thrush – kumur selepas menggunakan inhaler.

  18. SODIUM CROMOGLYCATE • Drug antialergik. • Profilaksis serangan asthma. • Tiada kesan untuk serangan asthma akut. • Route - inhalasi • Tindakan menghalang pembebasan mediator.

  19. RAWATAN COPD OBJEKTIF RAWATAN: • Menyembuhkan simptom – hidup secara normal. • Membaiki fungsi pulmonari. • Mengawal serangan – boleh membawa maut. • Mendidik pesakit berkenaan penyakit dan ubat-ubatan – meningkatkan komplians.

  20. RAWATAN COPD • Rawatan serupa dengan penyakit asthma cuma potensi yang kurang dalam memberi respon terhadap terapi. • Memerlukan masa yang lebih lama untuk menghasilkan respon terapi. • Ipratropium bromide – pilihan utama terapi COPD. • Agen adrenoseptor beta – mengawal dipsnea dan meningkatkan tolerans senaman. • Teofilin – kegunaan berkurang, sebagai aditif kepada terapi antimuskarinik dan beta adrenergik.

  21. RAWATAN COPD • Kortikosteroid – peranan tidak begitu penting; aditif kepada terapi lain. IV metilprednisolone bagi keadaan akut yang tenat. • Antibiotik – rawatan jangkitan / profilaksis risiko jangkitan. • Terapi oksigen. • Fisioterapi dada – melonggarkan sekresi, membantu ‘re-expand’ paru-paru dan meningkatkan keberkesanan penggunaan otot pernafasan.

  22. SENARAI TURBUHALER HOSPITAL SELAYANG • BUDESONIDE TURBUHALER 200MCG(PULMICORT TURBUHALER) • FORMOTEROL TURBUHALER 4.5MG,9MG(OXIS TURBUHALER)

  23. SENARAI INHALER , HOSPITAL SELAYANG • BECLOMETHASONE DIPROPIONATE 100MCG (BECOTIDE INHALER) • BECLOMETHASONE DIPROPIONATE 250MCG (BECLOFORTE INHALER) • COMBIVENT MDI (IPRATROPIUM BROMIDE & SALBUTAMOL MDI) • SALMETEROL 25MG/DOSE (SEREVENT INHALER) • SODIUM CROMOGLYCATE 5MG INHALER(INTAL INHALER 5)

  24. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related