1 / 34

ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. Pendahuluan.

gabe
Download Presentation

ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

  2. Pendahuluan • Kegiatan sains telah dilakukan oleh manusia semenjak dahulu lagi seperti yang terdapat dalam Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun China dan sebagainya. Tamadun Islam telah belajar daripada tamadun silam seperti Tamadun Greek, Tamadun India, Tamadun Parsi dan Tamadun China, menambah dengan karya-karya mereka sendiri dan juga melakukan inovasi sehingga berjaya muncul sebagai peneraju sains selama 700 lamanya antara tahun 700 sehingga tahun 1400.

  3. Pendahuluan • Tamadun Islam menjadi jambatan antara tamadun Barat dengan tamadun silam kerana Tamadun Islamlah yang telah memindahkan ilmu sains dari tamadun silam dan Tamadun Barat pula mempelajarinya dari Tamadun Islam. Kemerosotan sains dalam Tamadun Islam disusuli oleh kemunculan Tamadun Barat moden telah mengubah keadaan manusia sejagat di mana perubahan yang berlaku kepada tamadun kebendaan manusia selama 200 tahun semenjak revolusi industri hingga sekarang terlalu besar

  4. ETIKA SAINS DALAM TAMADUN ISLAM • Kegiatan sains dalam Tamadun Islam, seperti juga dalam kegiatan-kegiatan hidup yang lain, sentiasa dibimbing oleh peraturan-peraturan al-Quran dan Hadith Nabi Muhamad s.a.w. • Seorang sarjana Muslim yang terkenal dalam bidang kimia, Muhamad Abu Zakaria al-Razi, bapa Kimia Arab, dikatakan telah diperintahkan oleh khalifah untuk membuat racun arsenik, namun beliau telah menolaknya kerana arsenik boleh membunuh kehidupan.

  5. ETIKA SAINS DALAM TAMADUN ISLAM • Tindakan yang dilakukan oleh al-Razi menyerlahkan satu pendekatan berbeza antara dua pendekatan sains iaitu pendekatan di mana usaha dilakukan dengan sedar untuk menjadikan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk kesejahteraan manusia dengan mengambil kira nilai-nilai sosial dan keseimbangan ekologi. pendekatan kedua ialah pendekatan yang menganggap sains sebagai bebas nilai namun ia akhirnya menyebabkan kemusnahan kepada sistem sosial, moral, psikologi, ekonomi dan alam sekitar manusia.

  6. BARAT: AGAMA dan SAINS • Penolakan Barat terhadap agama dalam kegiatan sains disebabkan pengalaman mereka berhadapan dengan gereja pada Zaman Pertengahan dan juga Renaisans. Pada Zaman Pertengahan, ramai ahli sains telah dihukum dengan pelbagai hukuman bahkan ramai dihukum mati kerana mengeluarkan teori-teori sains yang bercanggah dengan dogma gereja. misalnya Guirdano Bruno dan beliau telah dihukum bakar hingga mati Campo dei Fiori pada 17 Febuari 1600.

  7. Galileo Galili • Galileo Galili (1564-1642) juga hampir-hampir menerima nasib yang sama. Beliau telah meletakkan asas bagi teori tentang jasad yang jatuh. Dengan menolak teori Aristotle, beliau telah menyebabkan kemarahan pengikut-pengikut Aristotle dan memaksa beliau mengosongkan kerusi pensyarah di University Pisa. Beliau telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan sains, namun apa yang membimbangkan beliau ialah tentangan daripada Gereja terhadap teori beliau yang mengatakan bahawa bumi bukan pusat alam.

  8. Penghakiman Galileo • Dakwaan bahawa bumi bukan pusat alam ini, atau tidak boleh bergerak tetapi ia bergerak dan dengan tindakan pusingan harian adalah satu yang pelik • Dakwaan bahawa matahari adalah pusat bumi dan tidak bergerak dari tempatnya adalah aneh dan menyeleweng dari ajaran Kitab Suci

  9. Hukuman Kardinal 12 April 1633 • Dengan itu kami mengumumkan hukuman; kami mengistiharkan, penghakiman dan mengumumkan bahawa kamu, Galileo-telah menyeleweng, bahawa dengan mempercayai bahawa doktrin bahawa ia tidak bergerak dari timur ke barat dan bumi tidak bergerak, dan bukan pusat bumi.

  10. Perakuan Gereja Katolik • Umpamanya, Konsul Vatican kedua (1960-1965) dengan jelas membuat kenyataan berikut ”Semenjak sekian lama konflik antara sains dan agama”, pihak berkuasa tertinggi Gereja Katolik mengisytiharkan ”Hari ini seperti yang belum pernah terjadi, syukur kepada Tuhan, wujud persamaan yang rapat antara sains dan agama yang benar di mana kedua-duanya adalah hamba kepada yang satu dan satu kebenaran.

  11. Perakuan Vatican • Pada tahun 1984, satu suruhanjaya telah dilantik oleh Pope John Paul II untuk menyemak semula peristiwa-peristiwa yang menyebabkan berlakunya konflik antara sains dan agama, dan mengakui bahawa penguasa-penguasa Gereja telah membuat kesilapan menghukum Galileo.

  12. AGAMA DAN SAINS DI BARAT MASA KINI • Penindasan pihak gereja terhadap ahli sains menyebabkan ahli sains pada Zaman Enlightenment dan Zaman Moden menolak hubungan antara agama dengan sains. Terdapat keinginan di Barat untuk kembali menghayati etika sains berdasarkan kepada agama. Antara penggerak etika yang berdasarkan agama ialah Dr. Bruno Guirdidoni @Abdul Haq, seorang ahli fizik Perancis yang pernah menjadi pengarah Balai Cerap Paris

  13. AGAMA DAN SAINS DI BARAT MASA KINI • Kini muncul pendekatan Intellegent Design dalam pendekatan sains khususnya di Amerika Syarikat. Intellegent Design adalah kesinambungan daripada pendekatan creation yang bertentangan dengan pendekatan evolusi yang menjadi teras kepada sains moden. Intellegent Design dan Crationism menekankan bahawa kejadian alam ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Bible sedangkan evolusi pula menyatakan bahawa alam ini terjadi secara evolusi. Senario ini menggambarkan krisis dalam pendekatan sains masa kini, sekurang-kurangnya di Barat.

  14. IMPLIKASI PEMISAHAN SAINS DARI AGAMA • Dalam ajaran Islam, sains merupakan ilmu yang berkaitan dengan alam dan alam ini menurut Islam adalah ayat-ayat Allah s.w.t. yang dilihat (al-Manzuroh). Al-Quran pula adalah ayat Allah s.w.t. yang dibaca (al-Maqru’ah). Allah s.w.t. memerintahkan manusia membaca kedua-duanya; yang dilihat (al-manzuroh) dan yang dibaca (al-Maqruah). Kedua-duanya datangnya daripada Allah s.w.t. dan oleh sebab itu sekiranya kedua-duanya dikaji, nescaya berlaku pertemuan antara keduanya.

  15. Surah Fusilat ayat 53 • “ Kami akan tunjukkan ayat-ayat Kami pada ufuk-ufuk dan dalam diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Ia (al-Quran) adalah benar. Tidakkah cukup bagi kamu bahawa Tuhan kamu sebagai saksi kepada semuanya?”. Oleh sebab itu jelas bahawa dalam Islam sains tidak boleh dipisahkan dengan agama dan melakukannya secara sedar adalah satu kesalahan yang perlu diperbetulkan. Bahkan sehingga sekarang tidak ada satupun penemuan sains yang bertentangan dengan al-Quran.

  16. MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT • Manusia kini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah besar, antaranya adalah peperangan, perlumbaan senjata, keruntuhan akhlak, pelbagai penyakit kronik seperti AIDS, selsema burung dan sebagainya. Namun masalah yang paling besar yang dihadapi oleh manusia sejagat ialah masalah kemusnahan alam di mana manusia itu sendiri hidup. Kemusnahan alam sekitar akan menjejaskan kehidupan manusia itu sendiri dan kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri.

  17. MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT • Kebocoran lapisan ozon, peningkatan suhu bumi, pencemaran air dan udara adalah hasil daripada amalan sains yang tidak beretika. Manusia dengan penggunaan alat teknologi canggih mengeksploitasi semahunya sumber-sumber alam demi memenuhi keinginan kebendaan manusia, bukan untuk diagih-agihkan sesama manusia secara saksama antara manusia menerusi pemindahan teknologi dan sebagainya. Justeru, sains dan teknologi digunakan untuk memaksimakan eksploitasi sumber alam seperti yang menjadi matlamat kapitalisme

  18. MANUSIA DAN KRISIS SEJAGAT • Manusia menerusi falsafah etika hedonisme, liberalisme dan individualisme yang menjadi teras kepada modenisme sebenarnya bertentangan atau bercanggah dengan etika dan moral agama • Implikasinya kepada manusia moden masa kini juga amat jelas menjejaskan kehidupan sosial manusia seperti kemerosotan bilangan penduduk, peningkatan jenayah berat dan kehilangan kepercayaan kepada orang lain di semua negara maju

  19. Persoalannya? • Adakah manusia dapat menghalang kemusnahan tamadun manusia ini dengan hanya membuat peraturan-peraturan yang lebih ketat terhadap pencemaran alam sekitar, bahan buangan industri dan sisa nuklear? • Adakah mungkin manusia mengembalikan keadaan alam sekitar kepada keadaan asalnya hanya dengan membuat polisi-polisi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa?

  20. Mengapa? • Dalam konteks perdebatan tentang alam sekitar, pandangan Islam sebenarnya diabaikan. Nilai dan tradisi Islam menyediakan jawapan yang berkesan dan komprehensif terhadap kerosakan dan kemusnahan alam sekitar yang yang berlaku masa kini.

  21. ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS ISLAM PADA MASA KINI • Pada akhir abad ke 20, sarjana-sarjana Muslim, ahli sains dan ahli falsafah di seluruh dunia Islam berusaha untuk merumuskan falsafah sains Islam versi masa kini, termasuk etika dalam kegiatan sains Islam. • kelompok pertama mistik sufi yang berhujah bahawa ’tradisi’ dan ’suci’ seharusnya menjadi teras kepada pendekatan sains Islam. • Kelompok kedua pula berhujah bahawa isu sains dan Islam harus ditangani dalam kerangka konsep yang membina matlamat masyarakat Islam.

  22. ETIKA DALAM KEGIATAN SAINS ISLAM PADA MASA KINI • Sepuluh konsep Islam dikenal pasti sebagai kerangka di mana inkuiri sains Islam harus dilaksanakan, empat berdiri sendiri dan tiga pasangan yang berlawanan iaitu: tawhid, khilafa,'ibadah, 'ilm, halal dan haram, 'adl dan zulm, dan istislah (kepentingan awam) dan menginstitusikan satu sistem untuk pengetahuan yang berasaskan kepada kebertangungjawaban dan tanggungjawab sosial.

  23. ETIKA DALAM ISLAM • Dalam konteks ajaran Islam, perkataan yang paling hampir kepada maksud etika ialah akhlak. Pengertian akhlak dianggap lebih kuat dan berkesan kerana ia bertunjangkan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. berbanding dengan etika yang berasaskan kepada teori-teori ciptaan manusia. Akhlak Islam berasaskan kepada ajaran al-Quran dan ajaran Hadith Nabi Muhammad s.a.w.

  24. ETIKA DALAM ISLAM • Perbuatan dan kegiatan seorang individu Muslim boleh diklasifikasikan kepada perbuatan wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Sehubungan itu, kegiatan seorang ahli sains Islam juga boleh diklasifikasikan sebagai wajib, sunat, harus, makruh atau haram. Apakah hukumnya membuat sesuatu alat atau bahan yang fungsinya hanya untuk membunuh sahaja seperti membuat racun arsenik atau membuat bom nuklear dan sebagainya, atau melakukan pemindahan organ, kloning, penyelidikan stem cell, pemetaan genome, penukaran jantina dan sebagainya yang kini menjadi isu besar?

  25. GARIS PANDUAN KEGIATAN SAINS ISLAM • Semua aktiviti membangunkan alam yang dilakukan oleh orang Islam sewajarnya berlandaskan kepada asas-asas falsafah yang bertunjangkan ajaran Islam. Dalam kegiatan sains, seperti juga dalam kegiatan pembangunan yang lain seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya, perlu berlandaskan kepada lima asas iaitu Tawheed Uluhiyyah, Tawheed Rububiyyah, Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah.

  26. TAWHEED ULUHIYYAH • Tawheed Uluhiyyah bermaksud kepercayaan bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini adalah hak kepunyaanNya. Dalam hubungan ini, alam adalah ciptaan Allah s.w.t. dan kewujudannya bukan berlaku secara kebetulan. Setiap yang diciptakanNya mempunyai tujuan dan matlamat.

  27. TAWHEED RUBUBIYYAH • Tawheed Rububiyyah ialah kepercayaan bahawa Tuhan sahajalah yang menentukan rezeki kepada manusia. Dan akan membimbing orang-orang yang beriman kepadaNya ke arah kejayaan. Dalam usaha pembangunan, manusia harus menyedari bahawa mereka wajib berusaha dan juga mereka perlu berserah (berdoa) kepada Tuhan untuk mencapai matlamat pembangunan. Sikap berserah semata-mata (kadariyyah) merupakan sifat yang tidak baik. Manakala sifat yang sebaliknya pula (Jabbariyyah) , iaitu percaya semata-mata kepada usaha manusia, dianggap tidak adil kepada Penciptanya.

  28. KHILAFAH • Manusia adalah khalifah atau duta Allah di atas muka bumi ini. Manusia telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan semua ciri-ciri kerohanian dan mental, dan juga sumber-sumber material, untuk membolehkan manusia melaksanakan tugas dengan berkesan. Dalam aspek tugasnya sebagai khalifah, manusia diberi kebebasan dan berupaya untuk berfikir dan memberi sebab, untuk memilih antara betul dan salah, adil dan tidak adil untuk merubah keadaan hidupnya, masyarakatnya dan juga perjalanan sejarah, sekiranya dia mahu.

  29. KHILAFAH • Manusia secara tabeiinya adalah bersifat baik dan mulia (al-Quran, 15:29,30:30 dan 95:4). Manusia mampu mengekalkan sifat-sifat ini dan bangkit untuk menghadapi cabaran yang ada sekiranya ia menerima pendidikan dan bimbingan yang betul serta diberi galakan. Oleh sebab manusia sifatnya adalah baik, manusia secara psikologinya akan gembira dan puas selagi ia berada, atau menghampiri sifat dalamannya, dan akan berasa tidak gembira serta kecewa apabila ia menyeleweng daripadanya

  30. Al-Hijr:29 & ar Ruum: 30 • “Maka apabila Aku (Allah) telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan) Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud” • “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

  31. TAZKIYYAH AN-NAFS • Tazkiyyah an-nafs merujuk kepada pertumbuhan dan pembersihan jiwa manusia sebagai langkah awal yang penting sebelum manusia mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka sebagai khalifah. Manusia merupakan agen perubahan dan pembangunan. Maka amat sesuailah jika perubahan dan pembangunan yang muncul daripada usaha-usaha manusia adalah untuk kebaikan untuk orang lain, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri serta tidak mengandungi unsur-unsur akhlak dan moral. Tazkiyyah an-nafs melibatkan proses penyucian dinamik yang perlu dilakukan setiap orang Islam sekiranya ia mahu berada dalam keadaan Islam yang tetap.

  32. AL-FALAH • Al-falah merupakan konsep kejayaan dalam Islam di mana kejayaan yang dicapai dalam kehidupan di dunia ini akan meyumbang kepada kejayaan di akhirat selagi kejayaan di dunia ini dicapai menerusi usaha yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t. Maka dalam Islam tidak ada pertentangan antara kepentingan dunia dengan kepentingan akhirat.

  33. KEGIATAN SAINS DAN FALSAFAH PEMBANGUNAN MANUSIA • Wujud hubungan yang kuat antara kegiatan sains dengan pembangunan sosio-ekonomi masyarakat. Sehubungan itu, kegiatan sains dicorakkan oleh falsafah pembangunan yang diamalkan. Sekiranya falsafah pembangunan adalah berasaskan kepada falsafah yang menolak agama, maka kegiatan sains juga bersifat menolak agama. Oleh itu, kegiatan sains dalam Islam bergantung kepada asas falsafah pembangunan yang digariskan.

  34. KESIMPULAN • Sains dalam konteks Islam merupakan suatu ibadah yang tidak boleh dipisahkan daripada agama. Pemisahan tersebut akan melahirkan suatu kepincangan yang besar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia umumnya. Isu-isu yang terlibat sewajarnya mengambil kira isu-isu etika secara menyeluruh.

More Related