1 / 28

PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK GXEX 1411

PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK GXEX 1411. Semester 2, Sesi 2007/2008. Penilaian. Markah hasil tugasan = 30% Markah pembentangan = 10% Markah keseluruhan tugasan(A) = 40% Markah peperiksaan akhir(B) = 60% Jumlah markah (A+B) =100%. Pembentukan Kumpulan.

pepper
Download Presentation

PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK GXEX 1411

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PANDUAN MENYEDIAKAN TUGASAN KURSUS HUBUNGAN ETNIK GXEX 1411 Semester 2, Sesi 2007/2008

  2. Penilaian • Markah hasil tugasan = 30% • Markah pembentangan = 10% • Markah keseluruhan tugasan(A) = 40% • Markah peperiksaan akhir(B) = 60% • Jumlah markah (A+B) =100%

  3. Pembentukan Kumpulan • Tugasan disediakan secara berkumpulan • Ahli-ahli mesti terdiri daripada pelbagai etnik. • Dalam keadaan cuma terdapat satu etnik, tajuk tugasan mestilah bertumpu kepada kumpulan etnik yg lain

  4. Pembentangan Kerja Tugasan • Tugasan mesti dibentangkan secara berkumpulan. • Semua ahli wajib hadir ketika pembentangan. • Ahli yang tidak hadir dianggap tidak melibatkan diri dalam penyediaan pembentangan dan tugasan.

  5. Format Hasil Tugasan • Perlu mengemukakan tajuk yang bersesuaian dengan kursus hubungan etnik (sila rujuk kepada pensyarah dan dapatkan persetujuan terlebih dahulu) • Font – Times New Roman, saiz 12. • Langkauan – 2 langkau.

  6. Bentuk Hasil Tugasan • Mesti berdasarkan hasil kajian lapangan (field work) • Pengkaji perlu melakukan kajian lapangan melalui kaedah penyelidikan tertentu bagi mendapatkan maklumat asli. • Kajian perpustakaan/maklumat internet yang hanya bersifat kajian latarbelakang bukan sumber kajian sepenuhnya.

  7. Kumpulan Kerja Tugasan • Kumpulan terdiri daripada 10 orang • Ahli kumpulan yang merangkumi pelbagai kaum • Senarai ahli perlu diserahkan kepada pensyarah selewat-lewatnya minggu ke-5

  8. Tajuk Kerja Tugasan • Tugasan mestilah dalam bentuk KAJIAN LAPANGAN DI LUAR KAMPUS • Tajuk tugasan mesti berunsur hubungan etnik • Tajuk yg dapat mendalamkan pemahaman dan pengetahuan kita tentang kumpulan etnik tertentu dialu-alukan

  9. Contoh Tajuk Hasil Tugasan Penulisan haruslah berdasarkan Tajuk berkenaan etniksiti atau hubungan etnik Contoh tajuk tugasan : • Perubahan sosiobudaya masyarakat Baba dan Nyonya di Baba Street, Melaka. • Unsur-unsur Budaya Melayu di dalam budaya Masyarakat Muslim India dan Peranakan di Kampung Terang Bulan, Pulau Pinang.

  10. Contoh Tajuk Hasil Tugasan • Kefahaman generasi muda terhadap matlamat dan prinsip-prinsip Rukun Negara: Kajian ke atas para pelajar Universiti Malaya. • Persepsi etnik Cina dan India terhadap institusi perbankan dan insurans Islam di Malaysia : Kajian terhadap pelajar Cina dan India di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya. • Aktiviti Kokurikulum di sekolah dan peranannya dalam mengeratkan perpaduan : Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim, Perak.

  11. Objektif Kajian • Objektif kajian adalah perlu untuk memberi langkah-langkah penyelidikan • Nyatakan kaedah-kaedah untuk mengukur pembolehubah berhubungkait untuk mencapai tujuan/ objektif.

  12. Objektif Kajian Contoh: 1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti di Kolej Kediaman yang dapat meningkatkan hubungan antara kaum. 2.Mengetahui penglibatan para pelajar di dalam aktiviti Kolej Kediaman. 3.Membandingkan minat para pelajar daripada pelbagai etnik dalam melibatkan diri dengan aktiviti di Kolej Kediaman.

  13. Kajian Latar Belakang • Apakah bidang yang ingin dikaji? • Sosiologi, Antropologi, Bahasa, Budaya, Nilai, Tradisi, Kepercayaan, Peralatan sesuatu kumpulan etnik / masyarakat • Sorotan Literatur: Kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji terdahulu • Apakah penemuan pengkaji sebelum ini? • Apakah kaedah yang digunakan?

  14. Lokasi • Nyatakan tempat melakukan kajian di dalam tajuk tugasan. • Misalnya mengenai Rukun Tetangga di Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak. • Kajian mikro ini tidak harus meliputi kawasan yang meluas - seluruh Malaysia

  15. Kaedah Penyelidikan • Kaedah / metodologi adalah penerangan tentang bagaimana atau kaedah apakah yang digunakan • Sebelum mengumpul data atau maklumat, perlu jelaskan kaedah seperti pemerhatian, wawancara, soal selidik, analisa kandungan, penafsiran dsb.

  16. Pengumpulan Data • Soal selidik – mengedarkan borang soal selidik berkaitan dengan kajian kepada kumpulan sasaran (responden). • Tugasan mengenai persepsi etnik Cina terhadap sistem perbankan Islam, maka soal selidik tersebut perlulah menjurus kepada sistem perbankan Islam dan borang tersebut perlu diedarkan kepada responden Cina sahaja.

  17. Pengumpulan Data • Temu bual – memperolehi maklumat yang lebih tepat dan lebih banyak. Soal selidik juga boleh disertakan dengan temu bual. Bagi kajian yang tertumpu kepada mendapatkan maklumat daripada tokoh-tokoh tertentu maka kaedah ini digunakan. Sila catatkan maklumat peribadi mengenai individu yang ditemu bual, rakamkan perbualan dan gambar semasa temu bual dijalankan.

  18. Pengumpulan Data • Pemerhatian – mengkaji tingkah laku sosial yang berlaku. Misalnya kajian mengenai adat kelahiran dalam masyarakat Iban. • Temu bual, pemerhatian atau soal selidik dilakukan untuk melihat aktiviti ketika upacara dijalankan. • Rakamkan gambar semasa pemerhatian dilakukan dan huraikan mengenai upacara itu.

  19. Hasil Kajian • Tafsirkan data yang diperolehi (daripada soal selidik) ke dalam bentuk jadual, carta dsb. • Huraikan maklumat-maklumat yang diperolehi. Misalnya kajian mengenai persepsi etnik Cina terhadap sistem perbankan Islam, nyatakan peratusan responden yang menggunakan khidmat perbankan Islam dan lain-lain lagi daripada data-data yang diperolehi.

  20. Cadangan (jika berkenaan) • Sekiranya kajian yang dijalankan mendapati ada kelemahan atau penambahbaikan perlu dilakukan, maka cadangan boleh dinyatakan. • Misalnya, didapati Rukun Tetangga tidak lagi memainkan peranannya dalam mengeratkan hubungan antara etnik masyarakat setempat. Cadangan: mengadakan perjumpaan pada hari perayaan, mengadakan gotong royong.

  21. Kesimpulan • Rumusan yang boleh dibuat mengenai kajian • Berjayakah kajian ini mencapai objektif kajian yang dihasratkan? • Hasil kajian (dapatan) menyeluruh daripada hasil kajian secara ringkas

  22. Senarai Rujukan • Rujukan-rujukan yang dibuat di bahagian latar belakang kajian dan kajian perpustakaan dinyatakan dengan lengkap sumbernya di bahagian ini. • Contoh: Kinloch, Alex. (2004). Minority in United States of America. Boston: Duxbury Press.

  23. Lampiran • Gambar-gambar di lokasi kajian, borang soal selidik dan sebagainya. • Borang penyerahan SKET dan tandatangan semua ahli kumpulan perlu dilampirkan bersama dalam kerja tugasan.

  24. Format Kerja Tugasan • Isikan dan tandatangani borang penyerahan tugasan (disediakan di kaunter SKET semasa penyerahan tugasan). • Di muka hadapan tugasan nyatakan nama pensyarah, nama pelajar, no. matriks dan tajuk tugasan.

  25. Panjang Kerja Tugasan • Tugasan antara 20 – 25 halaman (tidak termasuk senarai rujukan dan lampiran)

  26. PEMBENTANGAN HASIL TUGASAN/KAJIAN LAPANGAN • Markah pembentangan adalah 10% • Pembentangan akan bermula pada minggu ke-10 kuliah • Masa pembentangan hanyalah 10-15 minit sahaja

  27. PEMBENTANGAN HASIL TUGASAN/KAJIAN LAPANGAN • Gunakan MS Powerpoint semasa pembentangan. Pembentangan adalah berdasarkan kepada ringkasan hasil tugasan • Markah diberi berdasarkan penyampaian dan cara pembentangan yang kreatif

  28. Selamat Mencuba!

More Related