1 / 28

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA. Faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. Kelengkapan perang tentera Jepun Pakatan Jepun-Thailand Taktik serangan Jepun Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM) semangat tentera Jepun kelemahan tentera British

Download Presentation

BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 1 PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

  2. Faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu

  3. Kelengkapan perang tentera Jepun • Pakatan Jepun-Thailand • Taktik serangan Jepun • Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM) • semangat tentera Jepun • kelemahan tentera British • perancangan awal perang

  4. Kelengkapan perang Tentera Jepun Jepun mempunyai banyak kapal terbang pejuang yang moden seperti “Zero Fighter” Jepun menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi di Tanah Melayu

  5. Pakatan Jepun - Thailand Thailand memberi laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya. Sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand

  6. Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii, yang menjadi pengkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik Tektik serangan Jepun Jepun memulakan serangan dari utara Tanah Melayu kerana pertahanan British tertumpu di Singapura

  7. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM) • KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang melayu • KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanh melayu • KMM menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun

  8. Semangat tentera Jepun Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan Negara mereka Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun Tentera Jepun berpengalaman kerana pernah Terlibat dalam Perang China-Jepun

  9. Kelemahan tentera British • Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah • Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang • Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British • Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura

  10. Perancangan Awal Perang • Jepun menggunakan propaganda untuk • Memenangi hati dan mendapatkan kerjasama • Penduduk di Tanah Melayu • -Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah • Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk • memudahkan serangan

  11. KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN POLITIK EKONOMI SOSIAL

  12. POLITIK Slogan “Asia untuk orang Asia” berjaya mempengaruhi penduduk tempatan untuk menentang penjajahan Barat. Bagi mengatasi kekurangan pegawai awam, Jepun telah menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) untuk melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran misalnya : Abang Haji Openg (Kuching), Kapten Mohd Salleh Hj Sulaiman (Hulu Perak) dilantik sebagai Pegawai Daerah. Ibrahim Hj Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel Pasukan pembela Tanah Air (PETA) yang diberi latihan ketenteraan oleh Jepun untuk menentang tentera bersekutu.

  13. POLITIK Dasar Jepun untuk membela negara Asia Tenggara tidak dilaksanakan malah telah mengongkong dan menyusahkan rakyat. Hal ini dapat dilihat dalam keadaan seperti : Kegiatan politik diawasi ketat oleh Jepun. Kebebasan bersuara rakyat disekat kerana surat khabar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun.

  14. POLITIK Dasar Jepun mula berubah apabila menerima tekanan daripada tentera bersekutu kerana ingin mendapatkan sokongan dari penduduk tempatan. Langkah-langkah yang dijalankan oleh Jepun ialah : Membenarkan pertubuhan politik seperti KMM bergiat semula Tanah melayu dijanjikan kemerdekaan bersama dengan Indonesia. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesia yang selari dengan konsep Melayu Raya. Orang India berusaha untuk memerdekakan India manakala orang Cina pula bersikap Anti Jepun dengan menubuhkan MPAJA dan bekerjasama dengan Force 136 menentang Jepun.

  15. EKONOMI Ekonomi dan taraf hidup penduduk Tanah Melayu merosot. Peningkatan kadar pengangguran. Mata wang Jepun yang dikenali sebagai Wang Pokok Pisang telah dicetak tanpa kawalan telah menyebabkan berlaku inflasi dan nilai mata wang Jepun jatuh teruk. Berkurangan bekalan barangan pengguna menyebabkan timbulnya pasaran gelap atau kegiatan menyorok barang.

  16. EKONOMI Untuk mengatasi kekurangan makanan Jepun telah mengenakan catuan. Kad catuan diedarkan untuk memastikan setiap keluarga mendapat makanan. Kekurangan beras menyebabkan ubi kayu dan keledek menjadi makanan gantian. Munculnya begitu banyak industri baru berasaskan sumber tempatan seperti kain benang nanas dan kertas daripada buluh, daun getah.

  17. SOSIAL Masalah kekurangan makanan dan kebuluran yang berleluasa. Taraf kesihatan penduduk merosot. Akibatnya penyakit seperti malaria, taun, beri-beri merebak dan kadar kematian meningkat. Ubat-ubatan berkurangan akibat dirampas oleh Jepun bagi merawat askarnya. Tentera Polis Jepun (Kempeitai) membunuh ramai Anti Jepun terutamanya orang Cina kerana ketika itu Jepun bermusuhan dengan negara China. Jepun juga telah melaksanakan buruh paksan yang tidak diberi gaji dan ada yang dihantar ke sempadan Thailand-Burma untuk membina “Jalan Kereta Api Maut”.

  18. KOA KUNRENJO Pelajar Sekolah Latihan Kepimpinan yang mendapat latihan pentadbiran daripada Jepun

  19. WANG POKOK PISANG Mata wang Jepun atau dikenali sebagai “wang pokok pisang” digunakan semasa pendudukan Jepun. Wang ini begitu rendah nilainya.

  20. CATUAN MAKANAN Catuan makanan dikuatkuasa kepada penduduk tempatan

  21. JALAN KERETA API MAUT Buruh paksa sedang bekerja membina jalan kereta api yang dikenali sebagai “Jalan Kereta Api Maut”

  22. UJI MINDA JOKORUUNEK K U O K U N R E N J O

  23. UJI MINDA UKIBAYU U B I K A Y U

  24. UJI MINDA KOKOPANGPANGSIW W A N G P O K O K P I S A N G

  25. UJI MINDA PKEIMATEK K E M P E I T A I

  26. UJI MINDA DACKANUTA K A D C A T U A N

  27. RUMUSAN Pendudukan Jepun telah membawa kesengsaraan dalam semua aspek kehidupan penduduk negara kita. Semangat kebangsaan semakin bersemarak di kalangan penduduk tetapi berpaksikan negara asal masing-masing. Pendudukan Jepun memberi pengajaran kepada kita untuk menolak semua bentuk penjajahan sama ada dari Barat atau Timur.

  28. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related