220 likes | 621 Views
BAB 5 KONSEP PERADABAN DAN TAMADUN. PENGENALAN. Tamadun wujud dgn wujudnya manusia. Pengertian Tamadun. Asal perkataan Tamadun – ‘ tamaddun ‘ – peradaban / kemajuan
E N D
PENGENALAN • Tamadun wujud dgn wujudnya manusia
Pengertian Tamadun • Asal perkataan Tamadun – ‘tamaddun‘ – peradaban / kemajuan • Civilization – berasal dari perkataan city, civility, civilitas – kehidupan bandar (urbanization). Istilah lain – renaissance dan culture
Ciri-ciri Tamadun • Bermula dgn kehidupan di kota, wujudnya tulisan, tugu peringatan, upacara keagamaan. Penggunaan tulisan = bahan dan ukuran penting dalam pembinaan tamadun. • Proses pembentukan tamadun manusia: • berakhirnya hidup nomad dan penggunaan alat-alat pertanian untuk meramu makanan • bermulanya penternakan dan pembahagian kerja • pembentukan kota dan negara serta kelas sosial • penggunaan sistem pengairan • penggunaan logam drpd tembaga dan gangsa • adanya tulisan, angka dan kalendar • Kesimpulan – pencapaian manusia di kota dlm bidang kesenian, seni bina/ukiran, agama, undang2, politik
Kelahiran Tamadun • Mula mengubah aktiviti kehidupan dgn menggunakan perkakasan seperti logam, batu dsb. yg menunjukkan manusia menggunakan akal bagi menyesuaikan diri dengan persekitarannya – berupaya menguasai alam • Manusia awal tinggal di gua sbg tempat perlindungan kerana pemikiran dan fizikal masih terhad sehingga capai tahap matang barulah membina pondok dan mencipta senjata • Muara sungai adalah sumber terpenting pembinaan sesebuah tamadun dari aspek pertaniaan, perniagaan dan perhubungan • Pemimpin yang bijak, pentadbiran mantap dan undang2 yg ditegakkan menjadi sumber perkembangan tamadun
Perbandingan konsep Tamadun Islam dan Barat Tamadun Islam • Istilah tamadun telah diperkenalkan oleh Jurji Zaidan pada abad 19. • Istilah lain yang membawa makna tamadun: • ‘Madaniah’ : masyarakat bandar (al-Farabi) • ‘Umran’ : kemajuan bandar • ‘Thaqafah’ : kebudayaan • ‘Hadharah’ : peradaban • ‘Nahdhah’ : Kebangkitan (Kurd Ali) • ‘Badawah‘ = hidup dalam kemunduran / hidup cara nomad – bertani, berburu, menternak • Tamadun Islam dibezakan takrifnya kerana agama Islam diletakkan sebagai teras pembinaan tamadun Ibn Khaldun
Tokoh yg membicarakan tentang tamadun Islam: • Ibn Khaldun – al-Muqaddimah • Kurd Ali – al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiyyah • Muhammad Farid Wajdi – al-Madaniyyah wa al-Islam • Sheikh Muhammad Abduh – al-Islam wa al-Nasraniyyah wa al-Ilm wa al-Madaniyyah • Abu Nasr al-Farabi – al-Siyasah al-Madaniyyah • Jurji Zaidan – Tarikh al-Tamaddun al-Islami
Tamadun Barat • Bermula di Eropah selepas kejatuhan tamdun Islam kerajaan Islam Uthmaniyah dan kerajaan Islam di Andalus. Berlaku rebirth/renainssance • Barat telah melalui zaman kegelapan (dark age) – 600 – 1000M kerana kemunduran dalam bidang ekonomi, ilmu dan spiritual kesan pergolakan politik dan penentangan golongan ilmuan dan pihak gereja. • Perkembangan tamadun Islam di Andalus telah menyumbang kepada penyebaran ilmu ke dunia Barat melalui penterjemahan, pemerintahan Islam yang adil dan bersifat terbuka, sumbangan sarjana Islam dsb. • Revolusi yang berlaku di Barat telah mendorong ke arah kebangkitan dan pemodenan dari aspek material spt sains dan teknologi.
Interaksi antara Tamadun Islam dan Barat • Pembinaan Tamadun Barat adalah kesan positif interaksi dgn tamadun Islam menerusi pengembangan ilmu • Interaksi negatif berlaku apabila Barat melakukan penjajahan dan peperangan ke atas wilayah-wilayah di bawah kerajaan Islam yang sedang menghadapi zaman kelemahan dan kejatuhan • Selepas merdeka dunia Islam pula menoleh ke Barat untuk meneroka ilmu bagi membangunkan tamadun Islam. Akhirnya, tamadun yang dibina oleh umat Islam mirip dengan tamadun Barat yang meletakkan doktrin – memisahkan ilmu-ilmu moden dgn ilmu wahyu (dualisme). Hanya prinsip asas Islam sahaja yang dipertahankan.
Sifat-sifat Tamadun Islam • Sejagat • Tidak terikat pd bangsa / tempat tertentu • Terbuka • Tidak terbatas kpd had tertentu / menerima tamadun lain • sepanjang zaman • toleransi terhadap agama/budaya lain • kesatuan dalam kepelbagaian • Kemajuan dalam pelbagai bidang disatukan oleh aqidah Islam
Ciri yang melahirkan tamadun Islam • datang dari Allah • menyeluruh • kesederhanaan • tetap dan anjal • ideal dan realistik • hubungan dua pihak
Uniknya tamadun Islam berbanding dgn tamadun lain • agama menjadi asas kelahiran tamadun • bermula dengan melahirkan umat berperadaban dan berakhlak tinggi • tempat kelahiran berbeza dengan tamadun lain dan terus berkembang luas • berkonsepkan ummah tanpa mengira bangsa/tempat dsb
Sumber Tamadun Islam • Wahyu • Membentuk tamadun menerusi perintah menguasai ilmu, kemahiran dan bersikap kreatif dan inovatif • Pemikiran • Melalui pemikiran, perkara baru boleh diteroka. Namun perlu dipandu oleh wahyu • Penerokaan dan ciptaan baru • Potensi yang ada pada setiap manusia • Ciptaan baru berkembang melalui kebijaksanaan dgn melakukan penyelidikan, ujikaji, pemerhatian dsb • Pengubahsuaian dan pembentukan semula
Faktor Kejayaan • Islam sebagai al-din • Sumbangan wahyu/al-Quran • Rasulullah sebagai model ikutan • Umat Islam sebagai umat terbaik • Kejadian Alam dan pemberian ilmu kepada manusia
Sumbangan Tamadun Islam Dalam pelbagai Bidang • Sains • Perubatan • Matematik • Sains sosial dan kemanusiaan • Teknologi dan kejuruteraan
Sains • Bidang fizik – fenomena tenaga, daya, gerakan, graviti, cahaya, bunyi dsb • Ibn Sina ketengahkan konsep kecenderungan – gerakan sesuatu objek dan tlh diperincikan oleh Abu al-Barakah al-Baghdadi • Ibn al-Haythami – konsep momentum (kitabnya: al-Manazir), pembentukan imej di atas cermin dan pemebesaran imej menerusi kanta. • Musa b Sakir – hukum mekanik dan masalah kestabilan • Al-Jaldaki – proses kejadian bunyi dan gempa bumi. • Al-Khazani – mekanik dan hidrostatik
Samb… • Biologi: • Jabir ibn Hayyam – botani dan ilmu pertanian • Abu Hanifah al-Diwari – mengenai filologi (sejarah nama tumbuhan) • Al-Ghafiqi – tanaman herba dan ubatan • Al-Jahiz – bidang zoologi – klasifikasikan lebih 750 jenis haiwan • Al-Biruni – kajian tentang biak baka haiwan
Perubatan • Al-Razi – org pertama bezakan penyakit cacar dgn campak, menyediakan pelbagai jenis ubatan drpd tumbuhan dan tanaman, bezakan ubat – 3 kategori: galian, sayuran dan benda hayat serta menjelaskan fungsinya • Al-Ahwazi – terangkan hubungan rangkaian urat dgn arteri • Al-Zahrawi – pakar bedah • Ibn Sina – mengubat penyakit meningtis, tibi dan demam kuning • Ibn Jazlah – pathologi • Ibn Rushd – bindang anatomi dan fisiologi
Matematik • Al-Khawarizmi; • perkenalkan permasalahan darab dan bahagi mengikut cara algebra dan dianggap pengasas algebra moden. • Perkenalkan angka sifar • Al-Karmani, Yusuf al-Mu’tamin – pelopor bidang trigonometri, satah dan sfera
Sains Sosial dan Kemanusiaan • Ibn Khaldun: • menghasilkan karya ‘al-muqaddimah’ – kajian tentang kedudukan dan peranan manusia dlm membina tamadun • Mengemukakan idea kewajaran penguasa memenuhi keperluan asas masyarakat
Teknologi dan Kejuruteraan • Ibn Haytham – perkenalkan jam air dan jam mekanik, cipta kincir air, cipta kinci angin • Bani Musa menghasilkan hidraulik bagi memudahkan urusan kerja • Ibn al-Razzaz – cipta peralatan dan pekakasan hidraulik