1 / 30

TOPIK 1 : Pengenalan

TOPIK 1 : Pengenalan. Konsep Pembangunan Konsep pembangunan adalah lebih luas dari pembangunan kebendaan semata-mata ianya meliputi pembangunan sosial,politik,moral dan lain-lain, namun keutamaan negara ialah pembangunan ekonomi

dysis
Download Presentation

TOPIK 1 : Pengenalan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TOPIK 1 : Pengenalan

  2. Konsep Pembangunan • Konsep pembangunan adalah lebih luas dari pembangunan kebendaan semata-mata ianya meliputi pembangunan sosial,politik,moral dan lain-lain, namun keutamaan negara ialah pembangunan ekonomi • Pembangunan ekonomi merupakan pembangunan asas bagi keseluruhan negara di dunia kerana ia menjamin kemudahan-kemudahan asas kepada rakyat seperti pendidikan,bekalan tenaga, air bersih,perkhidmatan kesihatan, perumahan dan peluang-peluang pekerjaan.

  3. Ukuran tahap pembangunan mempunyai implikasi kuantitatif dan kualitatif. • Pembangunan ekonomi ialah perubahan-perubahan kuantitatif dan kualitatif kepada angkubah-angkubah ekonomi yang utama di peringkat makro/agregat dan di peringkat mikro/individu

  4. Angkubah-angkubah ekonomi yang boleh di ukur secara kuantitatif (antara lain) termasuk: • Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau keluaran negara kasar (KNK) • KDNK atau KNK per kapita • Tahap tabungan dan pelaburan negara • Jurang perbezaan pendapatan antara kelompok masyarakat dalam negara • Jam bekerja dalam seminggu • Bilangan doktor per 1000 orang penduduk

  5. Dari sudut kualitatif pembangunan sesebuah negara yang menghasilkan pendapatan per kapita masyarakat yang tinggi adakah dengan mengorbankan keindahan alam sekitar,mengurangkan kualiti hidup masyarakat, keselesaan di tempat kerja,keteganan kaum dalam negara dan berbagai-bagai lagi

  6. Matlamat Pembangunan Ekonomi • Menjamin pertumbuhan ekonomi yang berterusan yang di ukur dengan peningkatan KDNK atau KNK • Meningkatkan pendapatan per kapita • Meluaskan peluang pekerjaan dan menjamin tingkat upah buruh yang munasabah • Meningkatkan hasil tukaran asing melalui peningkatan eksport dan mengurangkan pergantungan negara ke atas import

  7. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan melalui perlaksanaan dasar mengagihkan semula pendapatan • Memperbaikki tahap kesihatan rakyat, meningkatkan kadar kenal huruf dan lain-lain bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pekerja

  8. Strategi Pembangunan • Penglibatan pihak swasta melalui pelaburan yang dibuat oleh sektor swasta dalam pelbagai bidang seperti projek-projek perindustrian, pertanian,perkhidmatan dll. • Penglibatan pihak kerajaan melalui pelaburan kerajaan keatas pelbagai projek infrastruktur seperti jalan raya, empangan untuk pengairan atau menjana tenaga letrik dll.

  9. Konsep Perancangan • Perancangan (planning) ialah aktiviti yang dilakukan oleh manusia melalui perbincangan,perundingan dan perhitungan untuk membuat persediaan yang lengkap mengenai tindakan-tindakan yang akan diambil pada masa hadapan untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan ( sumber: Little and Mirless ; Project Appraisal and Planning for Developing Countries)

  10. Perancangan menjadi asas kepada tindakan,yakni tindakan hanya diambil berasaskan garis-garis panduan yang ditetapkan dalam perancangan dan bukan secara ad hoc

  11. Peringkat-peringkat Perancangan • Peringkat makro / negara • Rancangan Perpektif 10 – 20 tahun • Rancangan Malaysia lima tahun ( RMK9 2006-2010 ) • Kajian semula pertengahan penggal • Bajet tahunan

  12. Peringkat mikro / projek • Perancangan dibuat untuk projek-projek pembangunan bagi sektor-sektor tertentu seperti pertanian, perindustrian, perlombongan, pembinaan dll. Mengapa perlunya perancangan ? • kekurangan sumber (resource scarcity ) berbanding permintaan terhadapnya adalah tak terhad (unlimited) maka adalah perlu sumber yang terhad ini diperuntukan secara yang wajar.

  13. Pendekatan dalam Merancang • Pendekatan dari atas kebawah ( top down approach) • Para perancang terdiri dari pemimpin,pengurus atau dari pehak atasan bagi negara atau organisasi membuat keputusan tanpa mengambilkira kehendak kumpulan bawahan • Kehendak golongan sasaran tidak diambilkira langsung atau jika ada pun cuma secara kebetulan semata-mata • Golongan atasan merasakan mereka lebih bijak dan lebih mengentahui apa yang terbaik untuk golongan bawahan

  14. Pendekatan dari bawah keatas (bottom up approach) • Perancangan mengambilkira kehendak dan pandangan golongan sasaran atau golongan bawahan • Mereka diwakili dalam perbincangan sejak awal lagi untuk menggubal sesuatu program yang kejayaannya bergantung kepada penyertaan mereka • Tidak digemari oleh perancang kerana penglibatan ramai orang memungkinkan kelewatan dan kurang berkesan dalam perlaksanaan sesuatu program

  15. Rancangan Memerlukan Projek • Pembangunan ekonomi memerlukan perancangan yang teratur dan teliti bagi mempastikan kejayaan dan memberi faedah maksima kepada ekonomi negara. • Manakala setiap rancangan pembangunan memerlukan banyak projek projek sebagai alat untuk mencapai matlamat pembangunan negara.

  16. Perancangan projek-projek pembangunan adalah perlu kerana sumber negara adalah terbatas pada satu satu ketika dan bergantung kepada tingkat teknologi yang ada, oleh itu penggunaan mesti diatur dan diuruskan dengan baik supaya ianya tidak merugikan negara. • Konsep kos lepas (opportunity cost) menjadi asas ukuran- yaitu jika sesuatu sumber tidak digunakan dalam sesuatu projek yang memberi faedah bersih yang maksima maka sumber tersebut telah dianggap disalahgunakan kerana kos lepasnya adalah tinggi.

  17. Konsep Projek • Projek boleh kita takrifkan sebagai satu aktiviti pelaburan yang mana sumber-sumber kewangan digunakan dengan harapan untuk mewujudkan satu aliran faedah atau pulangan bagi satu-satu tempoh masa tertentu • Project as an investment activity in which financial resources are expended to create capital asset that produce benefits over an extended period of time ( Gittenger,1982)

  18. Ciri-ciri Projek • Merupakan satu aktiviti pelaburan • Dijangka akan dapat memberi pulangan • Dapat dirancang,dibiayai dan dikendalikan secara satu unit tersendiri • Unit operasi terkecil dalam rancangan nasional atau dalam program pembangunan sektor seperti pertanian,perindustrian dll.

  19. Ia adalah aktiviti khusus, mempunyai titik permulaan dan titik tamat yakni ianya mempunyai jangkamasa hayat • Ianya dijalankan untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan tertentu dan dalam jangkamasa tertentu • Ia mempunyai aktiviti pengeluaran samaada barangan atau perkdmatan dengan faedah dapat dikenalpasti dan dinilai.

  20. Kitaran Projek (Project Cycle) • Merupakan perancangan diperingkat projek / mikro • Perancangan ini adalah penting bagi menjamin kejayaan perlaksanaan satu satu projek • Perlaksanaan projek tanpa ada apa apa perancangan akan meningkat kemungkinan ianya gagal dan akan merugikan negara atau pelabur berkenaan.

  21. Kitaran Projek • Terdapat beberapa bentuk kitaran projek seperti kitaran Baum dan kitaran Rondinelli • Kitaran Baum mempunyai 5 tahap • Pengenalpastian • Penyediaan atau penilaian awal projek • Penaksiran • Perlaksanaan • Penilaian atau penilaian akhir projek

  22. Pengenalpastian Projek • Kenalpasti projek-projek yang berpotensi dan pilih yang paling baik. Dapatkan maklumat mengenai projek-projek yang berpotensi tersebut • Sumber sumber maklumat (antara lain) • Pakar pakar dalam bidang berkaitan • Idea dari projek yang telah ada • Pemimpin-pemimpin,ketua masyarakat atau orang awam

  23. Kenalpasti kelemahan kelemahan dan peluang peluang baru (new opportunities) dalam satu satu industri • Projek projek yang dicadangkan adalah diasaskan kepada faktor faktor berikut • Berasaskan sumber • Berasaskan pasaran • Berasaskan keperluan dan matlamat matlamat negara.

  24. Penyedian atau penilaian awal projek • Kajian pra-kemungkinan atau kajian kemungkinan akan dilakukan • Objektif yang hendak dicapai mestilah dinyatakan dengan jelas • Feasibiliti projek dikaji dari sudut • Teknikal • Institusi • Kewangan • Ekonomi • Sosial -Input dari pakar pelbagai bidang adalah diperlukan

  25. Penaksiran projek • Diperingkat ini juga dipanggil dengan Pemeriksaan ianya merupakan penelitian oleh panel penilai semula (review panel) • Panel ini mungkin terdiri dari beberapa ahli yang ditubuhkan oleh EPU (Economic Planning Unit) Jabatan Perdana Menteri untuk menilai semula projek-projek awam atau dari institusi kewangan yang bakal memberi pinjaman untuk membiayai projek tersebut.

  26. Perlaksanaan projek • Perkara perkara penting dalam perancangan projek • Jika perancangan projek adalah lengkap dan realistik maka lebih senang dilaksanakan dan berjaya • Perlaksanaan projek mestilah ‘flexible’ kerana keadaan akan berubah,oleh itu pengurus projek mestilah berupaya untuk menyesuaikan perlaksanaan projek dengan perubahan perubahan itu

  27. Antara perubahan perubahan termasuk • Perubahan teknikal seperti teknologi pengeluaran dll. • Perubahan harga samaada output atau input • Perubahan persekitaran ekonomi dan politik -Peringkat perlaksanaan Jangkamasa pelaburan (investment period) Jangkamasa pembangunan (development period) Jangkamasa pembangunan penuh (full development period)

  28. Sebab-sebab kegagalan projek • Teknologi yang tak sesuai • Sistem bantuan tak mencukupi (inadequate support systems) dalam pemasaran,pembekalan input,pengangkutan,pengembangan, sumber kredit,penyelidikan dll. • Kegagalan mengambilkira persekitaran sosial • Masalah pentadbiran • Polisi atau dasar seperti dasar harga, polisi cukai dan subsidi

  29. Penilaian akhir projek • Penilaian diperingkat ini akan cuba menjawab persoalan berikut • Adakah matlamat matlamat projek dicapai • Adakah teknologi yang digunakan dalam projek itu sesuai • Adakah institusi dan corak pengurusan sesuai bagi keadaan yang wujud dikawasan projek • Adakah andaian andaian yang dibuat semasa penyediaan projek realistik atau munasabah

  30. Adakah aspek perdagangan sama atau berbeza seperti yang diandaikan sebelum projek dilaksanakan • Adakah tindakbalas pehak pengurusan projek selaras dengan keadaan yang berubah • Adakah struktur organisasi projek sesuai dan berupaya untuk menangani masalah yang dihadapi Berasaskan keputusan penilaian yang dibuat cadangan untuk meningkatkan prestasi projek akan diberi.

More Related