1 / 46

Kursus Induksi

Kursus Induksi. STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Pengenalan kepada struktur dan organisasi. Definisi struktur Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu.

elmer
Download Presentation

Kursus Induksi

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kursus Induksi STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  2. Pengenalan kepada struktur dan organisasi Definisi struktur Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu. Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.

  3. Definisi organisasi • Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu. • Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. • Mempunyai 5 unsur seperti : • 1. dasar yang tegas, • 2. tujuan yang jelas, • 3. adanya kepimpinan wakilan, • 4. anggota yang konkrit serta • 5. usaha yang positif dan kreatif.

  4. Model organisasi dan struktur. • Kementerian Pelajaran Malaysia ; • satu organisasi formal • terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleks • mengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang berasaskan kepada pola-pola kewibawaan. • Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu organisasi. • Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah strukturnya. • Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua dengan guru-gurunya.

  5. Model Organisasi dan Struktur. 2 1 Petunjuk 1-8 : unit-unit yang terdapat di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia 3 8 4 7 5 6 Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

  6. Rasional Struktur dan Organisasi Berdasarkan Rajah 1. mencapai matlamat-matlamat yang khusus. setiap individu atau unit dapat memainkan peranan masing-masing secara berkesan. matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu jasmani, akal, emosi, sosial dan moral. maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan masyarakat dan negara.

  7. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia. • Proses pendidikan menggalakkan; • perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat dan negara. • menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan bertanggungjawab. • Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan.

  8. Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  9. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia. • Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

  10. Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

  11. Carta organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia. • Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. • Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. • Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran. • ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen. • memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan.

  12. CARTA ORGANISASI JABATAN PELAJARAN NEGERI Pengarah Pelajaran Negeri Tim. Pengarah Pelajaran Negeri Petunjuk : 1. SPA 2. SPS 3. SPIM 4. SPPK 5. SPP 6. SPS/PKhas 7. SJK 8. SKPP(2P) 9. Unit ICT 10. Pegawai Pelajaran Daerah (11 ) 1,2 3,4 5,6 7,8 9, Sekolah Pengetua / Guru Besar

  13. CARTA ORGANISASI PEJABAT PELAJARAN DAERAH Pegawai Pelajaran Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Sektor Pengurusan Akademik Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan dan Khidmat Sokongan Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Sekolah Pengetua / Guru Besar

  14. CARTA ORGANISASI SEKOLAH Pengetua/Guru Besar Lembaga Pengelola Sekolah PIBG Lembaga Tatatertib Guru-guru Penolong Kanan Penyelia Petang Ketua Bidang Guru Guru Guru Guru Kakitangan sokongan Kakitangan sokongan

  15. JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAH KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

  16. JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  17. CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAH Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Sekolah Pengarah Bahagian Sekolah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengarah Bahagian Buku Teks Pengarah Bahagian Sukan

  18. FUNGSIJABATAN SEKOLAH Tim. Ketua Pengarah Jabatan Sekolah Bahagian Sekolah melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan pelajar. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang relevan kepada keperluan negara, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan Negara. Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan. Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula buku teks. Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi Nasional di sekolah-sekolah.

  19. JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

  20. CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal Pengarah Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional Pengarah Bahagian Kurikulum Teknikal & Vokasional Pengarah Bahagian Pengurusan Politeknik Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Teknikal & Vokasional Pengarah Bahagian Latihan & Kemajuan Staf Pengarah Bahagian Kolej Komuniti

  21. FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL Tim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal Bertanggungjawab mengawal selia; • Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional, • Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, • Bahagian Pengurusan Politeknik, • Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal dan Vokasional, • Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej Komuniti.

  22. JABATAN JABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

  23. CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan Moral Pengarah Bahagian Pendaftaran & Piawaian Pengarah Bahagian Penguatkuasaan

  24. FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Bertanggungjawab mengendalikan : • pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam sistem pendidikan kebangsaan. Tanggungjawab tersebut meliputi : • perancangan pembangunan dan penyelenggaraan kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan, selaras dengan falsafah dan aspirasi pendidikan negara.

  25. JABATAN PENDIDIKAN SWASTA

  26. CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SWASTA Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pengarah Bahagian Pendaftaran & Piawaian Pengarah Bahagian Penguatkuasaan

  27. FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN SWASTA Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta • Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan; • menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi pendidikan swasta (IPS) • menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan dasar dan peruntukan perundangan dipatuhi. 2. Juga dipertanggungjawabkan untuk; • mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan, • menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta, • menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan dasar dan mempromosikan pendidikan swasta ke luar negara. 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan kepada pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

  28. JABATAN PENDIDIKAN KHAS

  29. CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Khas Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pendidikan Khas Pengarah Latihan & Khidmat Bantu

  30. FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHAS Tim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang berkaitan; • perancangan dan pengurusan dasar, • pengurusan kurikulum, • pengurusan kokurikulum, • pengurusan murid, • pembangunan, • penyenggaraan dan perolehan, • latihan dan perkembangan staf, • khidmat sokongan, • pengurusan dan pentadbiran, dan • pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang upaya.

  31. BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN(EPRD)

  32. FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN (EPRD) Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan berperanan sebagai urusetia Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan perancangan perkembangan dan pembangunan pendidikan.

  33. LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

  34. FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu). Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga diperkenalkan mulai tahun 2000. Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu University of London, Associated Board of the Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds of London Institute, Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), The Chartered Association of Certified Accountants (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire Engineers, London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), Association of Certified Accountants (London), Association of Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of Building, Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan Institute of Statisticians.

  35. BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

  36. FUNGSI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab: • meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu; • memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan teknologi pendidikan; • meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi pendidikan.

  37. INSTITUT AMINUDDIN BAKI

  38. FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKI Pengarah Institut Aminuddin Baki Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab: • memperbaiki kualiti pendidikan di samping mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi sistem pendidikan negara. • IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam semua program latihan yang dilaksanakan setiap tahun. • IAB menyediakan program-program latihan berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan, penyelidikan serta berusaha secara berterusan mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di pelbagai peringkat sistem pendidikan.

  39. JABATAN PELAJARAN NEGERI

  40. FUNGSI JABATAN PELAJARAN NEGERI PENGARAH PELAJARAN NEGERI Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab: • melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan , penempatan, guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus. • Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang bertanggung jawabdidalam semua hal pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah

  41. BIDANG TUGAS KETUA SETIAUSAHA

  42. BIDANG TUGAS • Sebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal: • Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran bertanggungjawab: • menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi. • Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah seperti berikut: • Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar • Pengurusan kewangan • Pengurusan Pembangunan dan Bekalan • Pengurusan dan Pembangunan Personel • Lain-lain tugas

  43. BIDANG TUGAS KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

  44. BIDANG TUGAS • Penasihat utama Menteri Pelajaran berhubung dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal pendidikan pada amnya. • Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan. • Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di semua negeri di Malaysia berjalan lancar. • Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian Pelajaran berfungsi dan berjalan lancar selaras dengan keperluan negara. • Lain-lain tugas.

  45. SOALAN-SOALAN LATIHAN • 1.   Bina semula carta organisasi Kementerian Pelajaran di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah. • 2.   Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama Kementerian Pelajaran Malaysia. • 3.   Anda memohon pertukaran antara negeri dengan mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui status permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu membuat rujukan. • 4.   Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. • 5.  Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan anda?

  46. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related