1 / 16

KULIAH 4 HUBUNGAN ETNIK ERA 1948 – 1950-AN (ERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN DARURAT)

KULIAH 4 HUBUNGAN ETNIK ERA 1948 – 1950-AN (ERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN DARURAT). TENTANGAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PTM 1948.

fedora
Download Presentation

KULIAH 4 HUBUNGAN ETNIK ERA 1948 – 1950-AN (ERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN DARURAT)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KULIAH 4 HUBUNGAN ETNIK ERA 1948 – 1950-AN (ERA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DAN DARURAT)

  2. TENTANGAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PTM 1948. • PKMM menentang usaha British berunding dgn wakil2 raja2 Melayu & pemimpin UMNO dlm merangka perlembagaan PTM. PKMM yg mewakili golongan Melayu berhaluan kiri diketepikan. • PKMM tolak deraf J/K Kerja yg membincangkan gagasan PTM. • PKMM tidak bersetuju dgn dasar menyekat peluang org bukan Melayu mndpt kwarganegaraan Malaya (menghalang perpaduan pelbagai kaum di Malaya) • PKMM membidas cadangan perlembagaan PTM yg tidak selari dgn kehendak Piagam Atlantik & tidak demokratik (pertahanan & hubungan luar masih dikuasai British & Sultan masih menerima nasihat drp Pesuruhjaya Tinggi British dlm semua hal pd peringkat pusat / negeri).

  3. PKMM telah menggariskan rangka kasar pendirian PKMM terhadap cadangan perlembagaan PTM. PKMM mendesak supaya beberapa perkara dipenuhi oleh kerajaan British, iaitu: • Satu kesatuan Tnh Melayu trmasuk Singapura. • Sebuah kerajaan pusat & negeri yg dipilih melalui pilihan raya. • Sebuah bendera & lagu kebangsaan. • Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara. • Raja2 Melayu mempunyai kuasa yg sebenarnya dgn brtanggungjawab kpd org ramai melalui majlis2 yg dibentuk melalui pilihanraya. • Perlembagaan mesti memperuntukkan kedudukan istimewa org Melayu bagi memajukan politik, ekonomi & sosial org Melayu.

  4. Adat istiadat Melayu & agama Islam mesti dikuasai sepenuhnya oleh org2 Melayu melalui majlis2 khas. • Kerakyatan yg sama rata bagi mereka yg sedia menjadikan T.Melayu sbg tempat tinggal tetapnya & mencurahkan taat setia yg tidak berbelah bahagi kepadanya. • Cawangan PKMM – Angkatan Pemuda Insaf (API) yg dipimpin oleh Ahmad Boestamam menentang PTM. • API terdiri drp pemuda Melayu berumur 16-35 th khususnya ahli2 PKMM yg mendpt latihan ketenteraan . • Perjuangan API lebih tegas & radikal berbanding PKMM dlm menuntut kemerdekaan drp British dgn slogan “Merdeka dgn darah”.

  5. Matlamat politik API: • Menyatukan pemuda2 yg insaf dlm satu barisan. • Mengukuhkan barisan perjuangan utk bangsa & tanah air. • Memberi latihan siasah- rohani & jasmani kpd pemuda2 supaya bersedia menjadi pemimpin apabila dikehendaki. • Membina semula Malaya mengikut faham demokrasi yg sejati & berdasarkan rakyat. • Menuntut perwakilan dlm pemerintahan Malaya.

  6. Drp matlamat tsb, dpt disimpulkan bhw API mahu melahirkan golongan pemuda yg cekap brpolitik, tahan lasak utk menjadi pembela bangsa & negara serta mencorakkan semua kerangka politik & pentadbiran T.Melayu supaya golongan pemuda dpt memberikan sumbangan terus kpd pentadbiran T.Melayu. • Dasar perjuangan API membimbangkan British tetapi menguntungkan UMNO.

  7. Di kalangan masyarakat bukan Melayu- PKM & MDU Berpendirian sama trhadap isu kewarganegaraan & hak2 politik org bukan Melayu. MDU menentang hak istimewa Melayu & memperjuangkan agar persamaan hak harus jadi asas pembentukan bangsa Malaya. • Pertubuhan2 bukan Melayu telah berusaha menyatukan tenaga utk membantah PTM. • Persidangan antara kaum diadakan pd bulan Nov 1946 yg dihadiri oleh 8 pertubuhan politik & bukan politik (PKMM, MDU, Singapore Federation of Trade Union, Clerical Union, Straits Chinese British

  8. Association, Malayan Indian Congress, Indian Chamber of Commerce & Ceylon Tamil Association. • Hasil pertemuan tsb, lahirlah Majlis Tindakan-Bersama atau Council of Joint Action (CJA). CJA memperjuangkan 3 prinsip: • Singapura tidak boleh dipisahkan drp Malaya. • Perlu diwujudkan kerajaan yg dipilih sendiri – secara dipilih. • Hak kewarganegaraan yg sama bagi semua yg menganggap Malaya sbg negara tetapnya & tumpuan taat setianya.

  9. CJA kemudian diubah menjadi Pan Malayan Council of Joint Action (PMCJA) atau Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya setelah disertai oleh Pan-Malayan Federation of Trade Union & MPAJA Ex-Services Comrades Association. • PMCJA dipengaruhi oleh komunis. Badan ini menuntut agar British hanya mgiktiraf PMCJA sbg badan yg sah / wakil semua kaum. Segala rundingan & perjanjian British dgn raja2 Melayu & UMNO hendaklah dibatalkan. • PKMM akhirnya keluar drp PMCJA & menubuhkan PUSAT TENAGA RAKYAT (PUTERA) pd 22 Feb 1947 sbg pertubuhan Melayu yg setaraf dgn PMCJA.

  10. PUTERA dianggotai 100 buah pertubuhan Melayu (PKMM, API & AWAS, BATAS, GERAM dll.) – memperjuangkan kemerdekaan Malaya Indonesia Raya; cara berorganisasi banyak dipengaruhi oleh politik dari Indonesia. PUTERA kemudiannya brgabung dgn PMCJA sbg perikatan yg longgar & menggabungkan pertubuhan2 kiri anti-kolonial. PMCJA ditukar kpd AMCJA. Gabungan PUTERA-AMCJA adalah Perikatan parti2 Melayu & bukan Melayu yg pertama ditubuhkan & brgerak atas kerjasama antara kaum.

  11. PUTERA-AMCJA mengemukakan Perlembagaan Rakyat utk menentang perlembagaan PTM. PRINSIP2 PERLEMBAGAAN RAKYAT: • Semua org yg lahir di Malaya secara automatik hendaklah diberi kewarganegaraan Melayu & menanggalkan hak kewarganegaraan di dlm negara asing. • Bagi mereka yg tidak lahir di Malaya, mereka pun boleh diterima sbg w/negara T.Melayu dgn syarat: berusia lbh 18 th, berkelakuan baik; telah tinggal di Malaya selama 8 drp 10 th sebelumnya; lulus ujian B.Melayu & bersumpah taat setia kpd Malaya.

  12. Semua w/negara haruslah memiliki hak & peluang yg sama dlm politik, ekonomi, pendidikan & kebudayaan tanpa mengira bangsa keturunan, warna atau jantina. • BM hendaklah menjadi bahasa rasmi Malaya, tetapi penggunaan bahasa asing dibenarkan. • Untuk 9 th yg pertama, tidak kurang drp 55% wakil2 di dlm Dewan Perundangan Pusat mestilah terdiri drp org Melayu. • Singapura hendaklah dicantumkan dlm PTM. • Semua ahli Dewan Perundangan mestilah dipilih oleh w/negara PTM. • Ahli Majlis Eksekutif hendaklah dipilih oleh Dewan Perundangan drp kalangan ahli-ahlinya.

  13. Hendaklah ditubuhkan sebuah Majlis Bangsa-bangsa dgn kuasa utk melambat-lambatkan pengesahan undang-undang selama tempoh 3 th jika difikirkan sesuatu perlembagan itu akan membawa implikasi perkauman. • Raja2 Melayu hendaklah dikekalkan sbg raja berperlembagaan. • Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh British. • Kesannya: PUTERA-AMCJA melancarkan ‘Hartal’ (menutup kedai & mghentikan kegiatan ekonomi di kalangan peniaga Cina) • Gabungan PUTERA-AMCJA retak, MDU dibubarkan pd 23 Jun 1948 & PKM melancarkan pemberontakan bersenjata - Darurat diisytiharkan di T.Melayu.

  14. Langkah-langkah British mengatasi ancaman komunis • Penubuhan kampung baru (Rancangan Briggs) • Undang2 Darurat : hukuman berat kpd penduduk yg bekerjasama dgn komunis & sistem Curfew (perintah berkurung) • Sistem kad pengenalan. • Menambah pasukan keselamatan- khidmat negara (national service) 1950. • Penubuhan ‘Home Guard’ • Gerakan kelaparan – catuan makanan.

  15. Pengharaman parti2 berhaluan kiri (API & PKMM) • Penubuhan Jawatan Kuasa Perhubungan Kaum (Communities Liason Committee) – Januari 1949. • Penubuhan parti MCA – 27 Feb 1949. • Melonggarkan syarat kewarganegaraan (1952) • Pengenalan Sistem Ahli. • Mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran. • Membuka peluang kpd org bukan Melayu mengisi jawatan penting dlm perkhidmatan awam pd th 1952 berasaskan kuota 4:1 • Pengenalan kawasan ‘hitam’ / ‘putih

  16. Dalam tempoh Darurat – penduduk T.Melayu Melalui zaman yg getir & mghadapi penderitaan hidup. Kerajaan membelanjakan $300,000.00 sehari utk menentang komunis dlm tempoh 12 tahun Darurat. • Seramai 6,710 org komunis terbunuh & 3,989 org ditangkap & menyerah diri. Seramai 1,346 org polis terbunuh, 519 org tentera terbunuh manakala 2,473 org awam terbunuh & 810 org yg hilang. • Darurat melambatkan perkembangan politik & perlembagaan T. Melayu kerana tumpuan kerajaan lebih kpd usaha ketenteraan mengatasi ancaman komunis.

More Related