1 / 76

BAB 3

BAB 3. KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN. Pengenalan Kreativiti. Bila kita menyebut tentang kreativiti, dapatkah anda senaraikan produk-produk di pasaran yang telah mendapat sentuhan kreativiti??? Apakah jenis/kaedah kreativiti yang digunakan?. PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH.

karl
Download Presentation

BAB 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 3 KREATIVITI DAN INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

  2. Pengenalan Kreativiti • Bila kita menyebut tentang kreativiti, dapatkah anda senaraikan produk-produk di pasaran yang telah mendapat sentuhan kreativiti??? • Apakah jenis/kaedah kreativiti yang digunakan?

  3. PERHATIKAN GAMBAR DI BAWAH 1. 2. 3. 4.

  4. OBJEKTIF PEMBELAJARAN • Menerangkan komponen-komponen utama di dalam proses kreatif, cara membangunkan kreativiti serta kaedah-kaedah menjana kreativiti yang utama. • Mengenal pasti empat halangan kepada kreativiti serta jenis-jenis inovasi yang utama. • Menganalisis mitos-mitos berkaitan inovasi dan menerangkan prinsip-prinsip inovasi. • 4. Mengenali konsep keusahawanan tekno dan usahawan tekno. • 5. Membincangkan prospek bidang sains dan teknologi kepada usahawan.

  5. PENGENALAN • Pengetahuan berkaitan kreativiti dan inovasi harus didedahkan kepada para usahawan/masyarakat untuk mewujudkan negara dan masyarakat yang kreatif. • Penekanan utama haruslah diberikan kepada pembangunan sains dan teknologi serta kemudahan prasarana yang membolehkan seseorang usahawan itu berkreativiti dan berinovasi. • Usahawan yang menekankan aspek teknologi dlm produk yang dihasilkan juga dikenali sebagai usahawan tekno (technopreneur)

  6. KREATIVITI DAN USAHAWAN Definisi dan Peranan Kreativiti • Kreativiti adalah penghasilan idea yang dapat meningkatkan kecekapandan keberkesanan sesuatu sistem. • Aspek utama kreativiti adalah prosesdanmanusia. • Proses berorientasikan matlamat serta digunakan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah. Manusia pula adalah sumber yang boleh mengenal pasti jalan penyelesaian tersebut. Proses penyelesaian masalah biasanya sama, tetapi kaedahnya adalah pelbagai. • Contohnya, manusia kadangkala mengadaptasikan bentuk penyelesaian masalah daripada pengalaman lampau, atau mencipta formula baharu.

  7. KREATIVITI DAN USAHAWAN Proses Kreatif Proses kreatif biasanya mempunyai empat fasa yang penting. Fasa-fasa tersebut adalah seperti berikut: 1. Pengumpulan pengetahuan atau latar belakang 2. Proses inkubasi 3. Pengalaman idea 4. Penilaian dan pelaksanaan

  8. PROSES KREATIF • Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan atau Latar belakang Kreativiti memerlukan penyiasatan dan pengumpulan maklumat melalui pembacaan, perbualan dengan rakan niaga, menghadiri mesyuarat, bengkel dan sebagainya.

  9. PROSES KREATIF • Fasa 2: Proses Inkubasi Proses inkubasi berlaku apabila usahawan cuba merehatkan minda mereka daripada proses persediaan di fasa satu. Usahawan akan cuba menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tiada kaitannya dengan permasalahan perniagaan mereka. Inkubasi juga boleh berlakuketika merekatidur…

  10. PROSES KREATIF Selain itu, usahawan juga boleh terlibat di dalam aktiviti-aktiviti berikut di dalam proses inkubasi: Terlibat di dalam aktiviti-aktiviti rutin yang • melapangkan fikiran seperti berkebun, memasak, • mengemas rumah, memandu dan sebagainya. • Bersenam dengan kerap. • Bersukan seperti bermain golf, memancing, dan bermain badminton dsb. • Berfikir dan berangan-angan sebelum tidur. • Bermeditasi dan beryoga-(tidak dibenarkan dlm Islam)

  11. PROSES KREATIF • Fasa 3: Pengalaman Idea Fasa ini adalah fasa yang paling menyeronokkan apabila usahawan mula mendapat idea dan jalan penyelesaian masalah. Proses ini juga dikenali sebagai faktor eureka. Idea biasanya datang ketika usahawan melakukan aktiviti-aktiviti inkubasi. Kadangkala, idea datang secara tiba-tiba.

  12. PROSES KREATIF Ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan proses pengalaman idea: • Berangan-angan mengenai sesuatu projek. • Mempraktikkan hobi. • Bekerja di dalam persekitaran yang menenangkan. • Tidak terlalu memikirkan masalah. • Meletakkan buku nota di sebelah katil untuk mencatatkan idea-idea sebelum atau sesudah bangun dari tidur. • Berehat sebentar apabila penat bekerja.

  13. PROSES KREATIF • Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan Fasa ini adalah fasa yang paling mencabar bagi usahawan dan memerlukan disiplin diri, kesabaran serta keyakinan. Di dalam fasa ini, usahawan dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut: • Meningkatkan tenaga fizikal melalui senaman dan sebagainya • Melibatkan diri di dalam proses perancangan perniagaan dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan • Menguji idea bersama-sama pihak yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran • Mempercayai gerak hati dan perasaan anda • Mempelajari teknik-teknik jualan • Mempelajari polisi organisasi • Mendapatkan nasihat orang lain • Menganggap masalah yang dihadapi sebagai cabaran.

  14. KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF • Kumpulan Fokus • Kaedah ini mula digunakan sejak tahun 1950an lagi. • Kaedah ini menggunakan seorang moderator yang akan melontarkan soalan-soalan mudah kepada peserta untuk mendapatkan tindak balas. • Biasanya, kumpulan perbincangan akan dibahagikan kepada 8 - 14 orang peserta. • Setiap kumpulan akan membentangkan pendapat mereka dan kumpulan-kumpulan yang lain akan memberi komen.

  15. KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF • Percambahan Fikiran Kaedah percambahan fikiran membolehkan individu meningkatkan kreativiti melalui pertemuan dengan individu lain. Kaedah ini dijalankan secara berkumpulan di mana idea-idea baru akan dijana ke atas produk dan pasaran tertentu. Perlu dijalankan di dalam suasana yang menyeronokkan dan bebas daripada tekanan. Terdapat empat peraturan penting yang harus diingat apabila menggunakan kaedah ini, iaitu: • Tidak membenarkan komen-komen negatif serta kritikan. • Kebebasan idea adalah digalakkan. • Lebih banyak idea adalah lebih baik. • Kombinasi idea adalah digalakkan.

  16. KAEDAH MENJANA IDEA KREATIF • Analisis Masalah Inventori Analisis masalah inventori biasanya digunakan oleh individu-individu di dalam kumpulan fokus untuk menjana idea-idea baru. Di samping itu, individu-individu yang mewakili pengguna ini akan menyediakan senarai masalah produk secara umum. Seterusnya, mereka dikehendaki mengenal pasti dan membincangkan produk-produk yang mempunyai masalah-masalah tertentu. Melalui kaedah ini, masalah sesuatu produk akan dapat dikenal pasti dan seterusnya idea-idea baru berkaitan produk tersebut akan dapat dijana dengan mudah. Analisis masalah inventori ini juga boleh digunakan untuk menguji idea produk baru.

  17. HALANGAN KEPADA KREATIVITI • Lambat Bertindak Kehidupan pada masa sekarang penuh dengan ketidak jangkaan dan memerlukan manusia berfikiran pantas. Teknologi yang sering berubah-ubah memerlukan manusia cepat bertindak serta bersedia mempelajari sesuatu yang baru supaya mereka tidak ketinggalan.

  18. HALANGAN KEPADA KREATIVITI • Pemikiran Stereotaip Kebanyakan manusia tidak berani melakukan sesuatu yang berbeza dan mengandaikan setiap situasi perlu berlaku di dalam situasi dan kaedah yang sama. Mereka cenderung berfikiran stereotaip dan takutkan perubahan. Menurut Edward de Bono (1970), manusia mesti mengubah pemikiran mereka untuk meningkatkan kreativiti. Hanya pemikiran yang sedia berubah sahaja akan dapat menjana idea dan inovasi baru.

  19. HALANGAN KEPADA KREATIVITI • Suka Membuat Andaian Usahawan yang tidak berani menanggung risiko akan cuba membuat keputusan berasaskan kebarangkalian dan andaian. Usahawan yang terlalu bergantung kepada kebarangkalian akan membuat keputusan tidak berasaskan realiti dan seterusnya menghalang beliau untuk berfikiran kreatif. Walau bagaimanapun, pemikiran intuitif dan andaian kadangkala perlu digabungkan dengan pemikiran logik untuk membuat keputusan yang lebih tepat.

  20. HALANGAN KEPADA KREATIVITI • Takutkan Risiko Setiap individu akan cuba untuk membuat keputusan dan tindakan yang betul. Sikap cuba untuk meminimumkan risiko juga akan turut meminimumkan kehendak untuk berinovasi. Seorang individu yang ingin berinovasi perlu berani mengambil risiko yang telah dihitung dan tidak takutkan kegagalan, kerana kegagalan adalah merupakan pengajaran yang boleh dielakkan di dalam inovasi seterusnya.

  21. PERSEKITARAN YANG KREATIF • Di antara ciri-ciri persekitaran organisasi yang kreatif adalah seperti berikut: • Pihak pengurusan yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pekerja. • Tidak terlalu mengawal pekerja. • Saluran komunikasi organisasi yang terbuka. • Berkomunikasi dengan individu/kumpulan di luar organisasi. • Pekerja yang mempunyai kepelbagaian personaliti. • Bersedia menerima perubahan. • Seronok bereksperimen dengan idea. • Tidak takut menerima kesan daripada kesilapan yang dilakukan. • Menilai prestasi pekerja berdasarkan merit. • Menggunakan teknik-teknik penjanaan idea seperti kaedah percambahan fikiran dan sebagainya. • Mempunyai sumber kewangan, pengurusan, sumber manusia dan masa yang mencukupi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

  22. Fikirkan……. Produk apakah yg dapat anda dpt hasilkan drp bahan dibawah???

  23. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN • Definisi Inovasi Inovasi adalah proses di mana usahawan menukarkan peluang-peluang perniagaan ke dalam bentuk idea yang boleh dipasarkan.

  24. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN

  25. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN • Secara ringkasnya, otak kanan membantu usahawan memahami analogi, berimaginasi dan menggabungkan maklumat. • Otak kiri pula membantu usahawan menganalisis, berkata-kata dan menggunakan rasional di dalam penyelesaian masalah.

  26. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN • Jenis-Jenis Inovasi a.Penciptaan Penciptaan ialah rekacipta produk atau proses baru yang asli dan belum pernah dicuba oleh orang lain. Contohnya Kapal terbang (Adik beradik Wright), Mentol (Thomas Edison) dan Telefon (Alexander Graham Bell).

  27. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN b. Pengembangan • Pengembangan ialah penggunaan aplikasi yang berbeza ke atas produk atau proses yang sedia wujud. Contohnya McDonald, Telekom Malaysia dan Agensi Pelancongan.

  28. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN c. Duplikasi Duplikasi ialah replikasi ke atas produk atau proses sedia ada. Ia bukanlah peniruan seratus peratus, tetapi penambahbaikan ke atas sesuatu produk dengan sentuhan kreatif usahawan untuk bersaing di dalam pasaran. Contohnya perniagaan secara maya, perisa minuman Pepsi dan batik Malaysia.

  29. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN d. Sintesis Sintesis ialahgabungan konsep dan faktor sedia ada ke dalam formulasi baru. Ia juga boleh diaplikasikan ke atas penciptaan sedia ada. Contoh: Tuku refleksi, kertas bersabun dan mp3 pendrive.

  30. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN • Sumber-Sumber Inovasi a. Situasi di luar Jangkaan Inovasi kadangkala terhasil daripada kegagalan usahawan serta tanpa dirancang dan dijangka. Inovasi sebegini akan memberi kejutan kepada penciptanya. Contohnya, penciptaan komputer pada asalnya hanyalah untuk kegunaan ketenteraan, tetapi inovasi di luar jangkaan menjadikan komputer bukan sahaja sebagai alat untuk memberi maklumat tetapi juga alat untuk berhibur.

  31. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN b.Ketaksamaan Ketaksamaan berlaku apabila adanya jurang pemisah di antara jangkaan dan realiti. Misalnya, perkhidmatan penghantaran bungkusan biasanya dilakukan pada waktu siang hari sahaja dan bukan 24 jam sehari. Contoh :FedEx telah mencabar kebiasaan ini dengan memperkenalkan perkhidmatan penghantaran bungkusan malam. ternyata berjaya memberi inovasi kepada perkhidmatan mel dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

  32. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN c. Keperluan Proses Keperluan proses berlaku apabila usahawan cuba untuk memenuhi permintaan pasaran dan pelanggan. Usahawan akan berinovasi selaras dengan kehendak dan trend pelanggan. Contohnya, peningkatan di dalam permintaan makanan organik dan penggunaan komputer yang meluas akan turut mengembangkan inovasi makanan kesihatan dan penggunaan pengantara komputer yang lebih moden.

  33. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN d. Perubahan Pasaran dan Industri Perubahan pasaran dan industri berlaku apabila sikap pengguna berubah, teknologi yang bergerak pantas, pertumbuhan industri dan sebagainya. Contohnya industri minuman ringan yang terpaksa bersaing dengan minuman berasaskan kesihatan yang memenuhi keperluan pengguna zaman ini yang lebih mementingkan kesihatan. Maka, lahirlah Light Coke, susu rendah lemak, minuman ringan rendah kalori dan sebagainya.

  34. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN e. Perubahan Demografi Perubahan demografi berlaku apabila terjadinya perubahan trend populasi, umur, pendidikan, pekerjaan, lokasi geografi dan sebagainya. Perubahan demografi dapat memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan. Misalnya, peningkatan bilangan wanita yang bekerja memberi peluang-peluang perniagaan kepada usahawan yang mengusahakan pusat penjagaan kanak-kanak.

  35. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN f. Perubahan Persepsi Situasi ini lahir daripada intepretasi masyarakat terhadap sesuatu fakta dan konsep. Contohnya, persepsi masyarakat terhadap berat badan berlebihan akan mengakibatkan penyakit, dan meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap pentingnya alat bantuan senaman di rumah. Secara tidak langsung, permintaan terhadap peralatan senaman ini akan bertambah.

  36. PROSES INOVASI DALAM KEUSAHAWANAN g. Konsep Berasaskan Pengetahuan Pengetahuan dan kepakaran yang ada pada sesetengah individu adalah asas kepada penciptaan produk. Penciptaan adalah satu bentuk inovasi. Ia adalah berasaskan pengetahuan di mana produk yang dihasilkan adalah daripada pemikiran, kaedah serta pengetahuan yang baru. Penciptaan biasanya memerlukan jangkamasa yang lama untuk dipasarkan kerana ia memerlukan pengubahsuaian, pengujian dan sebagainya.

  37. MITOS-MITOS DALAM INOVASI Mitos 1 - Inovasi adalah dirancang dan dijangkakan • Mitos ini ternyata berdasarkan konsep lama organisasi di mana sebarang keputusan berkaitan inovasi adalah tanggungjawab jabatan kajian dan pembangunan yang telah membuat perancangan rapi sebelum inovasi dilaksanakan. • Fakta– Inovasi tidak boleh dijangka dan dirancang kerana ia berlaku tidak kira masa dan buah fikiran untuk berinovasi juga tidak terhad hanya kepada jabatan yang bertanggungjawab kerana idea boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja.

  38. MITOS-MITOS DALAM INOVASI Mitos 2 – Penyediaan spesifikasi teknikal perlu diberi keutamaan • Fakta – Persediaan spesifikasi teknikal untuk berinovasi memerlukan jangkamasa yang lama. Oleh yang demikian, usahawan perlu sentiasa mementingkan percubaan dan pengujian terhadap produk yang akan dipasarkan dan tidak terlalu menghabiskan banyak masa dengan penyediaan dokumentasi prosedur dan sebagainya.

  39. MITOS-MITOS DALAM INOVASI Mitos 3 – Kreativiti bergantung kepada mimpi dan angan-angan • Fakta – Penginovasi adalah individu-individu yang praktikal yang cuba membuat perubahan kepada peluang-peluang yang ada di alam nyata. Mereka bukan sekadar bermimpi dan berangan-angan, tetapi cuba merealisasikan mimpi menjadi kenyataan.

  40. MITOS-MITOS DALAM INOVASI Mitos 4 – Perlaksanaan projek di dalam kumpulan yang besar akan melahirkan inovasi yang baik berbanding kumpulan yang kecil. • Fakta- Mitos di atas adalah kurang tepat kerana pada masa sekarang banyak syarikat besar menggalakkan pekerja-pekerjanya bekerja di dalam kumpulan-kumpulan yang kecil di mana idea lebih senang untuk dijana.

  41. MITOS-MITOS DALAM INOVASI Mitos 5 – Teknologi adalah penggerak kepada inovasi dan kejayaan syarikat. • Fakta– Teknologi merupakan salah satu sumber kepada inovasi. Pengguna dan pasaran adalah merupakan penggerak inovasi yang utama. Kajian menunjukkan, inovasi berasaskan pasaran dan kehendak pengguna mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berjaya.

  42. PRINSIP-PRINSIP INOVASI • Berorientasikan tindakan Penginovasi mestilah aktif mencari idea baru, peluang dan sumber inovasi • Memastikan produk, proses serta perkhidmatan yang dihasilkan adalah ringkas dan difahami Pengguna sepatutnya memahami inovasi yang dilakukan ke atas sesuatu produk. • Menghasilkan produk, proses dan perkhidmatan yang berasaskan pengguna Penginovasi perlu mengaitkan pengguna dengan produk yang diinovasikannya supaya konsep dan idea yang dihasilkan dapat diterima oleh pengguna. • Bermula dengan inovasi yang ringkas

  43. PRINSIP-PRINSIP INOVASI • Jangkaan yang tinggi Jangkaan terhadap inovasi mestilah tinggi dengan memfokuskan kepada posisi di dalam pasaran. • Cuba/uji/ulang semula Inovasi perlu mengikuti peraturan cuba, uji dan ulang semula. Peraturan ini dapat mengisi kekangan dan kelemahan di dalam penghasilan produk, proses dan perkhidmatan. • Belajar daripada kesilapan Bukan semua inovasi akan menempa kejayaan. Banyak inovasi yang gagal. Namun demikian, kegagalan daripada inovasi yang pertama akan menghasilkan inovasi baru yang lebih mantap.

  44. PRINSIP-PRINSIP INOVASI • Ikut jadual yang ditetapkan Setiap inovasi perlu mengikuti jadual yang ditetapkan. Kadangkala, projek yang dijalankan mungkin lambat atau melepasi jadual. Walau bagaimanpun, jadual tetap penting sebagai aras perancangan dan penilaian projek inovasi. • Memberi ganjaran kepada pencetus idea dan aktiviti berinovasi Prinsip ini adalah penting untuk memberi motivasi kepada individu yang mencetuskan idea kepada inovasi. Aktiviti berinovasi juga perlu diberi ganjaran dan penghormatan. Ini bermaksud, pihak pengurusan perlulah bertoleransi serta bersedia menerima kegagalan di dalam inovasi. • Kerja, kerja dan kerja Prinsip ini ringkas tetapi adalah tepat untuk merangkumkan ke semua prinsip-prinsip di atas. Inovasi mementingkan tindakan dan bukannya semata-mata bergantung kepada kebijaksanaan.

  45. TEKNOUSAHAWAN Definisi Tekno Usahawan keusahawanan tekno itu adalah bidang keusahawanan yang mengaplikasi dan menggunapakai teknologi di dalam pengeluaran produk, pengurusan perniagaan dan pembuatan keputusan berkaitan perniagaan. Manakala usahawan tekno pula adalah usahawan yang menggunakan teknologi di dalam perlaksanaan perniagaannya.

  46. TEKNOUSAHAWAN • Kerajaan Malaysia dengan bantuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) banyak membuka peluang kepada usahawan-usahawan dan memberi galakan kepada usahawan untuk menceburi bidang sains dan teknologi untuk diaplikasikan dalam perniagaan. Salah satu dasar yang diperkenalkan oleh MOSTI adalah Dasar Sains dan Teknologi Kebangsaan yang ke 2 dengan memberi fokus utama kepada perkara-perkara berikut:

  47. TEKNOUSAHAWAN • Meningkatkan keupayaan dan kapasiti negara di dalam pengambilalihan serta penyelidikan dan pembangunan teknologi. • Menggalakkan kerjasama di antara organisasi awam dan industri serta di antara firma tempatan dan firma luar negara di dalam kerjasama teknologi. • Meningkatkan perpindahan pengetahuan ke dalam produk, proses dan perkhidmatan untuk memberi nilai tambah kepada industri. • Memposisikan Malaysia sebagai penyedia teknologi di dalam bidang bioteknologi, bahan berteknologi, pengeluaran berteknologi, mikroelektronik, teknologi maklumat dan komunikasi, aeroangkasa, tenaga kuasa, farmasi, teknologi nano dan fotonik (teknologi sains pengcahayaan melibatkan transmisi maklumat melalui cahaya, fiber optik dan teknologi laser).

  48. Bidang Sains dan Teknologi di dalam Keusahawanan a. Bioteknologi Biologi membawa maksud kajian sains tentang benda hidup, manakala teknologi adalah penggunaan sains untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bermanfaat untuk manusia. Gabungan biologi dan teknologi menghasilkan bioteknologi yang bermaksud teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan dengan benda hidup seperti mikro organisme, haiwan atau tumbuhan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk yang bermanfaat kepada manusia.

  49. Kronologi Bioteknologi Moden

  50. Bioteknologi • Bioteknologi dalam Industri Permakanan Bioteknologi dapat membantu penghasilan makanan yang berkhasiat dan bervitamin. Misalnya, penghasilan beras yang mengandungi beta-carotene adalah salah satu sumber vitamin A. • Bioteknologi di dalam Bidang Perubatan Bidang perubatan turut mendapat sentuhan bioteknologi. Misalnya, penghasilan insulin melalui teknologi DNA Rekombinan untuk merawat penyakit kencing manis. • Bioteknologi dan Alam Sekitar Bioteknologi sangat berguna di dalam merawat dan mengawal pencemaran alam sekitar yang terhasil melalui bahan-bahan buangan dan industri yang bertoksik. Kaedah yg digunakan ialah bioremidiasi dengan menggunakan mikro organisma.

More Related