1 / 38

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYA

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYA. Sejarah Fakulti. Pada 1 April 1993, Fakulti FSKTM ditubuhkan dengan peruntukan sebanyak RM4.2 juta untuk kelengkapan komputer, perabot dan kemudahan pengajaran.

oona
Download Presentation

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIVERSITI MALAYA

  2. Sejarah Fakulti • Pada 1 April 1993, Fakulti FSKTM ditubuhkan dengan peruntukan sebanyak RM4.2 juta untuk kelengkapan komputer, perabot dan kemudahan pengajaran. • Bangunan FSKTM dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak pada 26 September 1996. • Pada 21 September 1998, FSKTM telah berkembang dengan terbinanya bangunan tambahan iaitu Blok B.

  3. Visi • Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan yang terkenal di persada antarabangsa bagi penyelidikan dan pendidikan dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

  4. Misi • Untuk memajukan dan menyebarkan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seiring dengan harapan dan aspirasi masyarakat dan negara.

  5. Maklumat Kakitangan & Pelajar Nisbah Kakitangan Akademik : Pelajar = 1:10 Nisbah Pelajar : Komputer = 2:1 Staff Akademik = 78 orang Profesor = 6 Profesor Madya = 9 Pensyarah Kanan = 17 Pensyarah = 36 Pensyarah Pelawat = 10

  6. Program Akademik Program akademik yang ditawarkan : • Peringkat Ijazah Sarjana Muda • Peringkat Sarjana • Peringkat Doktor Falsafah

  7. Program Akademik Ijazah Sarjana Muda • Sarjana Muda Sains Komputer • Kepintaran Buatan • Kejuruteraan Perisian • Sistem dan Pengurusan Maklumat • Sistemdan Rangkaian Komputer • Sarjana Muda Teknologi Maklumat • Multimedia • Pengurusan

  8. Sarjana Muda Sains Komputer Program Sarjana Muda Sains Komputer melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan pelbagai aspek pengkomputeran seperti perkakasan komputer, teknologi rangkaian komputer, pengkomputeran kembara, sistem pintar, sistem maklumat, Internet, dan pembangunan serta penyelenggaraan perisian yang canggih. Di samping itu, graduan diperkukuhkan dengan kemahiran teknikal komputer yang secukupnya untuk seseorang itu memanfaatkan secara praktikal di dalam dunia pengkomputeran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Program ini menawarkan empat (4) program bidang pengkhususan seperti berikut:

  9. Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Fokus kepada proses menjadikan komputer pintar dan berpengetahuan menyamai manusia. Memperkenalkan kaedah penyelesaian masalah melibatkan heuristik tanpa penggunaan algoritma. Pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini dan masa hadapan dalam bidang seperti robotik, rangkaian saraf, pemprosesan imej, pengecaman suara dan bahasa tabii serta sistem pakar dan menyelesaikan masalah dengan ketidakpastian. • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) Fokus kepada proses pembangunan perisian yang merangkumi analisis, rekabentuk, pengkodan, pengujian dan penyelenggaraan. Memperkenalkan penggunaan konsep dan teknik pembangunan serta alat-alat berbantukan komputer (Computer-Aided Software Engineering) untuk menghasilkan perisian yang berkualiti dan boleh percaya dengan kos yang minimum. Pelajar-pelajar akan didedahkan kepada teknologi terkini yang digunakan di dalam proses pembangunan perisian.

  10. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem dan Pengurusan Maklumat) Fokus kepada aspek pengurusan dan pembangunan sistem dalam konteks organisasi berbeza. Pelajar-pelajar akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran menganalisis, merekabentuk sistem, membangunkan pangkalan data, memperteguhkan proses penstoran dan capaian kembali maklumat serta membangunkan sistem-sistem maklumat dalam dunia tanpa sempadan. • Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem dan Rangkaian Komputer) Merujuk kepada prinsip dan aplikasi komunikasi data yang merupakan fungsi utama sebuah rangkaian komputer. Fokus kepada senibina komputer, teknologi rangkaian, perisian sistem serta keselamatan data dan komputer. Pelajar-pelajar akan diberikan pengetahuan di dalam aplikasi komunikasi data seperti Internet, LAN serta perkhidmatan yang ditawarkan seperti Web, Mel dan perpindahan fail.

  11. Sarjana Muda Teknologi Maklumat Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat melahirkan graduan yang cekap dan mahir dalam bidang serta aplikasi teknologi komputer. Graduan diperkukuhkan dengan aplikasi dalam pelbagai bidang khususnya multimedia, pengurusan, e-perdagangan, pengaturcaraan web dan sains maklumat. Program ini menawarkan dua (2) program bidang pengkhususan seperti berikut:

  12. Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia) Merujuk kepada pembangunan sistem multimedia di dalam pelbagai aplikasi yang dikawal oleh sistem komputer secara interaktif. Fokus kepada sistem komputer bermultimedia, teknik-teknik dan proses-proses pembangunan, pengaturcaraan multimedia, aplikasi web, pengurusan projek, pemprosesan data multimedia seperti imej, audio dan video digital serta grafik komputer. Aspek interaksi di antara sistem komputer bermultimedia dengan pengguna juga diberi penekanan yang serius bagi memastikan kejayaan produk. • Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengurusan) Fokus kepada penggunaan teknologi untuk pembangunan sistem maklumat dan pengetahuan penting yang diperlukan dalam pengurusan organisasi perniagaan. Pelajar-pelajar akan mendapat pengetahuan tentang perakaunan, pentadbiran perniagaan, pemasaran, pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan keusahawanan.

  13. Maklumat Kemasukan Pelajar ke Program

  14. Jumlah Pelajar Mengikut Pengkhususan

  15. Program Sarjana Muda Sains Komputer Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam pelbagai aspek pengkomputeran:- • Perkakasan komputer • Teknologi rangkaian komputer • Pengkomputeran kembara • Sistem pintar • Sistem maklumat

  16. Program Sarjana Muda Teknologi Maklumat Melahirkan graduan yang cekap dan mahir dalam bidang serta aplikasi teknologi komputer Penekanan kepada aplikasi dalam bidang : • Multimedia • Pengurusan • e-Perdagangan • Pengaturcaraan Web • Sains Maklumat

  17. Nilai Tambah Program Ijazah Dasar • 8kredit projek tahun akhir • Penyelidikandalambidangsainskomputer & teknologimaklumat • Pembangunan sistem • Penekanan kemahiran insaniah di dalam setiap program dan kursus • Komunikasilisandanbukanlisansecaraberkesan • Kemahirankepimpinandanberkerjadalamkumpulan • Kemahiranpengurusanmaklumatdanpembelajaransepanjanghayat • Kemahirankeusahawan • Nilai, sikapprofesionalisme

  18. Nilai Tambah Program Ijazah Dasar • 6 bulanlatihan industri • Hubungandengan industri • Cisco • Microsoft • Oracle • SUN –Java • Mimos • Malaysian Research Network

  19. Syarat Kemasukan KELAYAKAN MINIMUM KEMASUKAN KE IPTA (PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF)

  20. Syarat Kemasukan Syarat Kemasukan KELAYAKAN MINIMUM KEMASUKAN KE IPTA (PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI/SETARAF)

  21. Syarat Kemasukan KELAYAKAN MINIMUM KEMASUKAN KE IPTA (PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF)

  22. Syarat Kemasukan KELAYAKAN MINIMUM KEMASUKAN KE IPTA (PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MATRIKULASI/SETARAF)

  23. Kemudahan Makmal Makmal yang disediakan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran : • Makmal Mikrokomputer I • Makmal Mikrokomputer II • Makmal Lanjutan • Makmal UNIX/CCNA (Makmal Bourne) • Makmal Von Neumann • Makmal Boole • Makmal Babbage (Multimedia) • Makmal Djikstra • Makmal Stroustrup I (Projek) • Makmal Stroustrup II (Projek)

  24. Kemudahan Dewan & Bilik Kuliah Dewan Kuliah • Dewan Kuliah 1 : Kapasiti 400 orang (Pentium 4, LCD Projector, Visualyser & P.A System • Dewan Kuliah 2 : Kapasiti 400 orang (Pentium 4, LCD Projector, Visualyser  & P.A System)

  25. Kemudahan Dewan & Bilik Kuliah Bilik Kuliah dan Bilik Tutorial • Bilik Kuliah 1A : (LCD Projector & Visualyser) • Bilik Kuliah 1B : (LCD Projector & Visualyser) • Bilik Kuliah 2 : (LCD Projector, Visualyser & P.A System) • Bilik Kuliah 3A : (LCD Projector, Visualyser) • Bilik Kuliah 3B : (LCD Projector, Visualyser) • Auditorium : (LCD Projector, Visualyser & P.A System) • Bilik Tutorial : (LCD Projector, Visualyser)

  26. Kemudahan Lain Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di FSKTM : • Papan Notis Elektronik • Perpustakaan FSKTM • Tempat Perbincangan Pelajar • Kafeteria • Surau • Taman Mini • Tempat Letak Kenderaan

  27. Pingat Dan Anugerah Yang Dimenangi Oleh Pelajar • Hadiah Buku Universiti 2010 – 9 orang pelajar dari FSKTM • Anugerah Pelajar ICT 2006 – Lim Pek Shan • EGenting Competition 2005 (Merit Winners) – Chan Siew Yin • Penyertaan Pelajar ke Pertandingan Pengaturcaraan Anjuran ACM di Hong Kong (2000) dan Singapura (2001) • Anugerah Aplikasi Pembelajaran Pintar Terbaik APIIT di Anugerah ICT MSC-Asia Pasifik

  28. Pingat Dan Anugerah Yang Dimenangi Oleh Pelajar • Projek Pelajar Terbaik (Institute of Higher Learning Applications) di Anugerah ICT MSC-Asia Pasifik • Anugerah Inovasi Penyelidikan Bagi Sektor Awam dan Swasta – 2000 • Anugerah Inovasi IT X 2000 – MINDS • Juara Pertandingan Pengaturcaraan JAVA Malaysia (1999) anjuran IBM Malaysia

  29. Anugerah Diperolehi Staf FSKTM 2011 • Malaysia Technology Expo 2011

  30. Pameran ITEX 2011

  31. ESEARCH GRANTS Research GRANTS • Perolehi ‘grants’ bernilai tinggi bagi projek-projek penyelidikan, di antaranya: • Reducing Handoff Latency In IEEE 802.11 Based WLans 01.05.2009 hingga 30.09.2011 • Tagging Multiple Messages using Data Hiding Approach • An Intelligent Predictive System for Diabetic Retinopathy among Diabetes Patients in Malaysia • Visualization of diversity in large multivariate data set • Pembangunan Model Diskriptif SistemPenyampaian Perkhidmatan dan Maklumat Awam Berasaskan Web (E-khidmat) bagi pejabat Pendidikan Daerah • Knowledge Management for scholarly activities using semantic approach • Mapping Teen Use of Social networks to Library 2.0 Services

  32. Prospek Kerjaya Peringkat Permulaan : • Arkitek Multimedia • Pereka Web • Pengaturcara Aplikasi Web • Pengajar • Juruanalisa Sistem • Pengaturcara Aplikasi • Jurutera Sistem • Jurutera Rangkaian • Pentadbir Pangkalan Data

  33. Prospek Kerjaya Beberapa tahun kemudian : • Pengurus Projek • Eksekutif Kanan Sistem • Pakar Perunding Web • Pakar Perunding Sistem Pakar • Pakar e-Dagang • Pakar Perkakasan • Pensyarah

  34. Mengapa FSKTM, UM? • Tradisi Kecemerlangan: • Tenaga Pengajar Dinamik • Kurikulum Terkini • Graduan Berdaya-saing • Tenang dan Mesra Pelajar • Tengah Kota Metropolitan

  35. Maklumat Lanjut • Laman web fakulti http://www.fsktm.um.edu.my

  36. Terima kasih • Laman Web FSKTM http://www.fsktm.um.edu.my • Laman Web Universiti Malaya http://www.um.edu.my

More Related