1 / 81

FEM3106 UNDANG-UNDANG DAN KELUARGA

FEM3106 UNDANG-UNDANG DAN KELUARGA. DR. SA’ODAH BINTI AHMAD JPMPK/FEM/UPM. UNDANG-UNDANG KELUARGA. Satu sistem undang-undang yang mengendalikan institusi keluarga dan soal-soal yang berhubungan dengan kekeluargaan.

ted
Download Presentation

FEM3106 UNDANG-UNDANG DAN KELUARGA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. FEM3106UNDANG-UNDANG DAN KELUARGA DR. SA’ODAH BINTI AHMAD JPMPK/FEM/UPM

  2. UNDANG-UNDANG KELUARGA • Satu sistem undang-undang yang mengendalikan institusi keluarga dan soal-soal yang berhubungan dengan kekeluargaan. • Konsep hak – perkara asas yang perlu dimiliki untuk hidup sempurna dan sejahtera dalam masyarakat • Setiap manusia dewasa atau kanak-kanak mempunyai hak asasi yang dilindungi oleh undang-undang SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  3. sambungan • Merangkumi undang-undang dan dasar mengenai perkahwinan, perceraian, nafkah isteri dan anak, tuntutan harta, hak penjagaan anak, jenayah / keganasan rumahtangga, pengangkatan anak dan penderaan kanak-kanak. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  4. HAK ASASI KANAK-KANAK • Kanak-kanak – faktorbawahumur & belummatang – mekanisme formal perluuntkpenjagaanmereka • PBB: Badan yang menetapkanhak-hakasasi yang bolehdinikmatiolehsemuaorang. • KonvensyenKanak-kanak 1989: • Undang-undangantarabangsa yang menyentuhhak & perlindungankanak-kanak • Menjagakebajikankanak-kanakdalampelbagaiaspeksptkesihatan, penjagaan, pengasuhan, pendidikan, sertaperlindungandrpdbahaya, pengabaiandanpenganiayaan SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  5. SAMBUNGAN • Apa status KonvensyenKanak-kanak 1989 diM’sia? • Terdapat 7 Artikelygbercanggahdgndasar, undang-undang & amalandinegarakita. • Tiadadiskriminasi • Nama & kewarganegaraan • Kebebasanbersuara • Kebebasanpemikiran, agama • Kebebasanberpersatuan • Kanak-kanakpelarian • Penyeksaan & halangankebebasan SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  6. HAK KANAK-KANAK DI M’SIA • AktaKanak-kanak 2001 – makaundang-undangsebeluminiiaituAktaPerlindunganKanak-kanak 1991, AktaMahkamahJuvana 1947 & AktaPerlindunganGadis & Wanita 1973 dimansuhkan • Ciri-ciripenting AKK 2001: • Iktirafkepentingankanak-kanak • Peranan & tanggungjwbpentingkeluarga & masyarakat • Pentingnyakeluargadiberibantuan • Peranan Jab. KebajikanMasyarakat (PenubuhanMajlisPenyelarasPerlindunganKanak-kanak & PasukanPerlindunganKanak-kanak) SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  7. SAMBUNGAN Akta Kesahtarafan 1961 – mengesahtaraf anak luar nikah Akta Pengangkatan 1952 – pengangkatan secara undang-undang & mengesahtaraf anak luar nikah melalui proses pengangkatan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 – pengangkatan secara adat yg terpakai terutama untuk org Islam dan juga org bukan Islam. Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 – relevan untuk penjagaan kanak-kanak bawah 18 tahun SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  8. KANAK-KANAK KURANG UPAYA • KonvensyenKanak-kanak 1989 – Artikel 23 • AKK 2001 jugamengiktirafhakkanak-kanakdgnkeperluankhas • PolisiKerajaanM’siatentangorangkurangupaya: • PolisiKebajikanSosialKebangsaan • Polisipekerjaanbgorangkurangupayaditempatkerja • DasarJabatanPendidikanKhas SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  9. AKTA PENGANGKATAN 1952 Mengambilanakangkatsecaraundang-undang/de jure/statutori. Jugauntukmengesahtarafanakluarnikah. Aplikasihanyauntuk org bukan Islam Di SemenanjungM’siashj. Sabah & S’wakmempunyaiundang-undangsendiriiaitu; OrdinanAnakAngkat 1960 Sabah OrdinanAnakAngkatBab 91 Sarawak 1942 SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  10. SYARAT-SYARAT PENGANGKATAN (AP 1952) Kanak-kanak tsb belum berkahwin & berumur di bawah 21 tahun. Pemohon telah berumur 25 tahun dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak tersebut, kecuali jika mahkamah beri pengecualian. Jika pemohon mempunyai pertalian saudara (dgn kanak-kanak, pemohon telah mencapai umur 21 tahun. Kanak-kanak telah berada dlm jagaan pemohon selama 3 bulan berturut-turut. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  11. SAMBUNGAN Perlu dapatkan persetujuan ibu/bapa/penjaga kanak-kanak kecuali dlm keadaan tertentu. Jika pemohon memohon bersendirian, perlu dptkan persetujuan pasangan. Seorang lelaki tidak dibenarkan membuat permohonan pengangkatan kanak-kanak perempuan kecuali dibenarkan oleh mahkamah (dlm keadaan terdesak seperti anak yatim/tiada saudara mara lain). Mahkamah akan lantik penjaga ad litem untuk menyiasat & meneliti permohonan. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  12. KESAN PERINTAH PENGANGKATAN Ibubapa asal hilang segala hak penjagaan, nafkah & pendidikan, hak berpindah kepada ibu atau bapa angkat. Kes: Re Baby M [1994] 2 MLJ 635 Status anak angkat adalah sama seperti anak kandung. Berhak mendapat harta pusaka ibubapa angkat. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  13. AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 Pengangkatan mengikut adat/de facto. Aplikasi untuk orang Islam dan bukan Islam di Semenanjung M’sia. Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun & belum berkahwin. Telah berada dlm jagaan pemohon selama 2 tahun. Pemohon berumur sekurang-kurangnya 25 tahun dan 18 tahun lebih tua drpd kanak-kanak tsb. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  14. SAMBUNGAN Jika mempunyai pertalian darah atau perkahwinan dengan kanak-kanak itu, pemohon telah mencapai umur 21 tahun. Atau, pemohon adalah ibu atau bapa anak tsb. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  15. KESAN PENGANGKATAN APP 1952 Hubungan dengan ibubapa kandung tidak putus. Harta hanya boleh di wariskan secara wasiat atau hibah (hadiah). Anak angkat tidak boleh dibinkan kpd bapa angkat. Wali bg anak angkat perempuan yg ingin berkahwin ialah bapa kandungnya/wali hakim dlm keadaan tertentu. Kanak-kanak bukan Islam sebenarnya tidak mendapat sebarang faedah jika didaftarkan mengikut APP 1952. Kes: Re Loh Toh Met, si mati; Koh Lai Fong & lain-lain lwn. Loh Peng Heng [1961] MLJ 234 SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  16. ORDINAN ANAK ANGKAT 1960 SABAH Peruntukanundang-undanghampirsamadenganAktaPengangkatan 1952. Perbezaan; Larangantandatangansuratizinsebelumbayiberumur 6 minggu. Tempohseliaanbgkanak-kanaklelakiialahsehinggaprosespengangkatandiiktiraf, bgkanak-kanakperempuansehinggaberumur 21 tahun. Tiadalaranganuntuk org Islam mengambilanakangkatwalaupuntidakmengikuthukumsyarak. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  17. ORDINAN ANAK ANGKAT BAB 91 S’WAK Aplikasi untuk semua keluarga angkat Islam & bukan Islam. Perlu memohon pendaftaran pengangkatan dlm tempoh 12 bulan selepas anak angkat mula dipelihara. Pemohon berumur 21 tahun dan sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua drpd anak angkat (untuk kedua-dua pemohon). Keluarga angkat beragama Islam perlu diingatkan bahawa pengangkatan tsb tidak mengikut syariat Islam. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  18. KESAHTARAFAN ANAK Kenapa nasab penting dlm Islam? Perbezaan di antara cara menentukan kesahtarafan anak orang Islam dan bukan Islam Hukum syarak – tempoh hamil minimum & maksimum, kelahiran anak dlm tempoh iddah S 112 Akta Keterangan 1950 – kelahiran dlm masa perkahwinan yg sah, lahir dlm masa 280 hari selepas pembubaran perkahwinan SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  19. REMAJA & UNDANG-UNDANG Teori psikososial – alam remaja tempoh paling mencabar. Kenapa? Delinkuensi juvana – merujuk kpd tingkah laku anti sosial oleh remaja yg boleh memudaratkan diri atau org lain serta mempunyai kesan jenayah Sebab-sebab juvana menjadi delinkuen? 2 jenis tingkah laku delinkuen – tingkah laku jenayah, tingkah laku yg dilarang kpd remaja ttp tidak kpd org dewasa SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  20. SAMBUNGAN Bagaimana undang-undang menangani masalah delinkuensi juvana? Pemulihan, bukan hukuman Mahkamah Bagi Kanak-kanak – mempunyai bidangkuasa untk membicarakan semua kesalahan kecuali yg boleh dihukum mati Apakah corak perintah yg boleh dikeluarkan oleh mahkamah jika kesalahan juvana dibuktikan? Pendekatan perkhidmatan institusi untk pemulihan juvana – Asrama Akhlak, Sekolah Tunas Bakti, Sekolah Henry Gurney SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  21. UNDANG-UNDANG KELUARGA SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  22. FUNGSI UNDANG2 KELUARGA • Definisi dan perubahan status • Berkaitan dengan hak dan tanggungjawab ahli keluarga. • Contoh: X (perempuan) tinggal bersama Y (lelaki). Isu di sini - apakah status hubungan mereka. Mereka adalah pasangan suami isteri jika berkahwin menurut undang-undang yang sah. • Anak yang lahir akan menjadi hak dan tanggungjawab mereka bersama. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  23. Sambungan... • Jika mereka tidak berkahwin, hanya X yang ada hak dan tanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan. • Definisi status ditentukan oleh mahkamah. • Mahkamah boleh mengubah status seseorang individu SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  24. Sambungan... • Penyelesaian Konflik / masalah • Kuasa mahkamah untuk meleraikan konflik antara ahli keluarga hanya wujud apabila berlaku perpecahan dalam unit keluarga. • Mahkamah berhak membubarkan perkahwinan jika tiada jalan penyelesaian lain walaupun telah berlaku usaha perdamaian. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  25. Sambungan... • Perlindungan • Perlindungan fizikal - jika berlaku penganiayaan atau penderaan terhadap ahli keluarga. • Perlindungan ekonomi - perintah pembayaran nafkah anak. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  26. Sambungan... • Pembahagian harta • Pembahagian harta pusaka di kalangan ahli keluarga yang berhak. • Pembahagian harta sepencarian - harta yang diperolehi samada secara bersama atau hasil usaha salah seorang daripada pasangan suami isteri. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  27. DOMISIL • Terpakai kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Islam menggunakan konsep mukim dan mastautin. • Konsep yang diguna bagi menentukan undang-undang negara manakah yang terpakai apabila soal status seseorang individu dibangkitkan di mahkamah. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  28. Sambungan • Relevan kepada taraf sivil seseorang individu. • Domisil hendaklah di suatu tempat atau sebuah negeri yang menpunyai sistem undang-undang tersendiri. • Domisil asal diperolehi ketika dilahirkan dan boleh diatasi oleh domisil pilihan yang baru. • Apabila domisil baru dilepaskan, domisil asal akan dihidupkan semula. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  29. Sambungan... • Contoh : Mat Bond dilahirkan di Malaysia maka domisil asalnya adalah Malaysia. Jika dia bermastautin di luar negara dan memilih domisil negara itu , domisil asalnya lupus sementara. Jika dia kembali semula ke Malaysia dan melepaskan domisil pilihannya, domisil asal dihidupkan semula - Malaysia. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  30. Kes Martin lwn. Umi Kalsom • Petisyen perceraian. Isu: samada perkahwinan sah atau tidak. • Mahkamah Tinggi memutuskan perkahwinan di antara mereka adalah sah kerana menurut undang-undang domisil pempetisyen, perkahwinan adalah sah jika pihak-pihak kepada perkahwinan cukup umur, masih bujang dan tiada pertalian darah yang menghalang perkahwinan. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  31. DOMISIL SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  32. PERKAHWINAN • Definisi : Perjanjian di antara seorang lelaki dan perempuan yang diiktiraf undang-undang. • Status perkahwinan : Pengiktirafan perundangan yang diberikan kepada lelaki dan perempuan untuk menjadi pasangan suami isteri. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  33. Sambungan • Perkahwinan yang sah mewujudkan hak dan tanggungjawab di antara pasangan suami isteri. • Kegagalan menunaikan hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan menyebabkan tuntutan boleh dibawa ke mahkamah. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  34. Sambungan... • Status perkahwinan automatik terbatal apabila berlaku kematian salah satu pasangan atau setelah mahkamah mengeluarkan dikri perceraian mutlak. • Individu yang masih hidup mendapat status baru iaitu bujang dan akan bergelar : balu, gemulah, janda atau duda. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  35. Sambungan... • Isu berkaitan status perkahwinan : amalan kohabitasi yang semakin meningkat di kalangan orang bukan Islam dan juga orang Islam. Persoalan undang-undang yang timbul : status pasangan dan anak yang dilahirkan. Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK/FEM

  36. SYARAT SAH PERKAHWINAN SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  37. PEMBATALAN PERKAHWINAN BUKAN ISLAM • Menurut Lord Green dalam kes De Reneville lwn. De Reneville: • “A void marriage is one that will be regarded by every court in any case in which the existence of marriage is in issue as never having taken place and can be so treated by both parties to it without the necessity of any decree of annuling it; Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK/FEM

  38. Sambungan... • voidable marriage is one that will be regarded by every court as valid subsisting marriage until a decree anulling it has been pronounced by court of competent jurisdiction” SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  39. Sambungan... • Seksyen 69 dan 70 AMU 1976 adalah dua seksyen yang relevan. • Pembatalan berlaku akibat perkahwinan dianggap sebagai perkahwinan tak sah (void marriage) atau perkahwinanboleh tak sah (voidable marriage). • Terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis perkahwinan ini. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  40. Sambungan…Seksyen 69 • Perkahwinan tak sah dianggap tidak wujud sejak pengupacaraan lagi. • Keputusan membatalkan perkahwinan boleh dibuat ketika pengupacaraan. • Keesahan perkahwinan ini boleh dicabar sewaktu pasangan masih hidup atau setelah mati. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  41. Sambungan…Seksyen 69 • Pihak lain boleh mencabar keesahan perkahwinan tersebut. • Alasan pembatalan : status berkahwin, bawah umur, dalam kategori pertalian dilarang dan pasangan bukan masing-masing lelaki dan perempuan. Sa’odah Ahmad/PEM 3502/JPMPK/FEM

  42. Sambungan…Seksyen 70 • Perkahwinan boleh tak sah, wujud dan sah sehinggalah mahkamah membatalkannya. • Keputusan membatalkan perkahwinan hanya boleh dibuat jika selepas pengupacaraan berlaku sesuatu yang boleh membatalkan perkahwinan itu. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  43. PERCERAIAN • Undang-undang perceraian perlulah bertujuan mengukuhkan dan bukan melemahkan atau mengancam kestabilan sesuatu perkahwinan. • Undang-undang perlu membolehkan ‘kulit yang tidak berisi dan kosong (perkahwinan) dimusnahkan dengan keadilan yang maksimum dan meminimumkan kepahitan, penderitaan serta penghinaan yang ditanggung.’ SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  44. Sambungan… • Perceraian bermaksud perpisahan di antara suami dengan isteri yang diisytiharkan oleh undang-undang serta membolehkan bekas suami atau isteri berkahwin lain. • Perceraian adalah konsep baru yang diperkenalkan dalam undang-undang Inggeris kira-kira 100 tahun yang lalu. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  45. Sambungan… • Sebelumnya, menurut kes Hyde lwn. Hyde perkahwinan adalah untuk seumur hidup. Hanya kematian yang boleh menyebabkan berlakunya pembubaran perkahwinan. • Semua perceraian mesti mengikut AMU 1976 tanpa mengambil kira samada perkahwinan itu diupacarakan mengikut mana-mana undang-undang, agama, adat atau kelaziman. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  46. PERCERAIAN BUKAN ISLAM • S. 3 menetapkan pemakaian dan penerimaan prinsip undang-undang Inggeris setakat terdapatnya persamaan dari segi peruntukan statut itu sendiri dan sejauhmana ia tidak bertentangan dengan kehendak atau amalan masyarakat tempatan. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  47. Sambungan… • S. 4(3) menetapkan pembubaran perkahwinan hanya boleh berlaku: • dengan kematian salah satu pihak atau • dengan perintah mahkamah yang ada bidangkuasa berbuat demikian atau • dengan dikri pembatalan yang dibuat oleh mahkamah yang ada bidangkuasa berbuat demikian. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  48. Sambungan… • Alasan mempetisyen perceraian di bawah AMU 1976: • Andaian kematian – S. 63(1). • Persetujuan bersama – S. 52 • Pasangan memeluk agama Islam – S. 51 SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  49. Sambungan… • Kepecahbelahan perkahwinan – S. 54(1). Responden berzina Responden berkelakuan tidak wajar sehingga tidak munasabah untuk pempetisyen tinggal bersamanya. Peninggalan langsung 2 tahun berturut-turut (desertion). Tinggal berasingan 2 tahun berturut-turut (living apart). SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

  50. Sambungan… • Bidangkuasa mahkamah adalah seperti berikut: • Syarat pemakaian : S. 48(a+c) atau S. 48(b+c). • S.48(a)perkahwinan didaftarkan di bawah AMU 1976. • S.48(b)perkahwinan bentuk monogami • S.48(c)domisil pasangan sewaktu petisyen di serahkan adalah di Malaysia. SA’ODAH AHMAD/FEM 3106/JPMPK/FEM

More Related