210 likes | 509 Views
BBK3308 Cerpen Melayu Tajuk: Sejarah Perkembangan Cerpen Tahun 1930. Nama Ahli : Nurul Aini binti Maidin 156550 Nur Nadia binti Mohd Rawi 156916 Grace anak Ledis 156199
E N D
BBK3308Cerpen MelayuTajuk: Sejarah Perkembangan Cerpen Tahun 1930 Nama Ahli : Nurul Aini binti Maidin 156550 Nur Nadia binti Mohd Rawi 156916 Grace anak Ledis 156199 Siti Norsyahida binti Mohd A. Rashid 156960 Noor Hidayah binti Mohamad Salleh 158958
Pendahuluan Definisi cerpen :– • Cerpen pendek atau sering disingkatkan sebagai cerpen adalah satu bentuk prosa naratif fiksyen. • Cerpen kebiasaannya bersifat padat berbanding dengan karya fiksyen yang lebih panjang seperti novel. • H.B Jassin – cerita pendek harus memiliki bahagian pengenalan, pertikaian dan penyelesaian.
Akhbar dan Majalah: • Warta Ahad (102 buah cerpen) • Majlis (69 buah cerpen) • Warta Jenaka (52 buah cerpen) • Majalah Cherita (40 buah cerpen) • Warta Malaya (26 buah cerpen) • Kehidupan Dunia Akhirat (20 buah cerpen)
Tokoh Penulis : – • Ishak Haji Muhammad , Abdul Rahim Kajai, Yusof Adil , Harun Amminurrashid, Yahaya Yusof, Abdul Rahman Haji Ahmad, LM Sabri • Bapa Cerpen Moden – Abdul Rahim Kajai, telah menghasilkan sebanyak 48 buah cerpen pada tahun ini.
Faktor-Faktor Perkembangan • Kemunculan alat cetak – akhbar dan majalah • Pendidikan – mendapat pendidikan rendah Melayu dan di Sultan Idris Training College • Kemunculan golongan agama, guru dan wartawan
Tema SOSIAL • Kebanyakan cerpen tahun ini lebih tertumpu kepada tema sosial. Hal ini demikian kerana pada zaman ini berlakunya pertembungan antara budaya Timur dan Barat. • Sesetengah penulis melihat gejala keruntuhan akhlak ini sebagai akibat daripada kurangnya didikan agama Islam dalam kalangan masyarakat dan pengaruh moden barat.
Terdapat juga cerpen yang mengemukakan pengajaran moral supaya masyarakat Melayu memperbaiki segala sifat-sifat kebaikan yang ada. • Selain itu, masalah kebebasan sosial seperti hal cinta muda-mudi juga mendapat perhatian penulis pada tahun 30-an. Dalam hal cinta muda-mudi, pengarang bersetuju dengan konsep cinta sebelum kahwin.
Moral • Banyak karya yang lebih mengutarakan hal : • Keruntuhan Akhlak/ Moral :– “Hantu Arak” , “Hantu Judi” “Salah Sendiri” “Gelombang Hidup” • kurang didikan agama :– “Bertukar Agama Kerana Cinta” , “Tercabut Iman Kerana Cinta” , “Siapa Salah?” • Pergaulan bebas :– “Moden Barat Dituju ke Kuno Timur Sampainya”
Contoh cerpen “Moden Barat Dituju ke Kuno Timur Sampainya” – Mengisahkan watak Rokiah Jaafar yang begitu bebas bergaul dengan anak-anak muda Serani dan Cina hingga dia hamil lapan bulan. Untuk menutup malu, dia dikahwinkan dengan pak sanggup, Kasan, tukang kebunnya. Mereka kemudiannya disuruh hidup bercucuk tanam pada sebidang tanah di pinggir hutan hingga anak kandungan Rokiah dilahirkan.
Kebebasan • Kahwin Paksa :– “Tanggungan Muda” “Kesedihan Perkahwinan Paksa” “Merbahaya Kahwin Paksa” • Pemilihan Jodoh :- “Putus Harapan Tetapi Tidak!” “Kekasih yang Setia atau Perjumpaan di Panggung Wayang” , “Jamil dan Jamilah” “Ombak Perasaan”
Kehidupan Berumah Tangga • Konflik dan Kepincangan Rumah Tangga :- Contoh Karya : “Apa boleh Buat Talak Sudah Gugur” “Isteri” “Hati Yang Bengkok Itu memang Allah Balaskan” “Perdayaan Seorang Perempuan” “Suami Yang Sabar” “Cik Tom dengan Nasibnya” “Siti Jamilah” “Isteri yang Setia lagi Sabar”
POLITIK • Manakala tema politik pula tidak berapa kuat penegasan dan keseriusan penulis terhadap isu ini. • Penulis memperlihatkan kedewasaan dalam penghasilan cerpen bertemakan politik.
Semangat nasionalisme yang diutarakan pada tahun ini belum memperlihatkan keseriusan mereka ke arah itu. • “Istana Berembun” “Anak Dibuat Denak” karya Ishak Haji Muhammad • Cerpen “Anak Dibuat Denak” – mendedahkan rasa protes dan tidak puas hati orang – orang yang terjajah yang sekaligus memperlihatkan keinginan yang kuat untuk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah.
EKONOMI • Tema ekonomi orang Melayu juga banyak diperkatakan oleh penulis cerpen. • Mereka sedar betapa parahnya kemunduran orang Melayu dalam bidang ekonomi terutama selepas kedatangan penjajah Inggeris dan kaum-kaum imigran seperti Cina dan India.
Timbul kesedaran penulis untuk mengemukakan aspek ekonomi daripada perspektif jimat cermat, bertani, dan berniaga. • “Tauladan daripada Peladang” “ Jimat dan Cermat” “Perasaan Yang Baik” “Jangan Berharapkan Makan Gaji Sahaja” “Berhenti Kerja”
Contoh cerpen “Jimat dan Cermat” - Mengisahkan sikap tidak boros, jimat cermat dalam usaha sampingan yang dilakukan oleh Fakih Ramat dalam hidupnya.Isterinya juga ikut memberi sumbangan dengan mengambil upah menumbuk tepung dengan padi.Walaupun dia digelar kedekut,tetapi akhirnya dia berupaya membeli dua ekar kebun getah. Dia semakin kaya kerana harga getah yang melambung,kemudiannya membina sebuah rumah besar dan anak gadisnya, Minah berkahwin dengan seorang guru sekolah.
Tema-Tema Lain • Tema Pengembaraan – “Kisah Pelayaran yang Berbahaya” “Panglima di Rimba” “Terbang ke Bulan” “Pelayaran yang Dahsyat” • Tema Detektif – “Inspektor Black” “Musuh dalam Selimut” “Puteri Ipoh” “Cerita Berlian Duka”
Tema Jenaka “Suatu cerita yang pelik” “Si Buta dan Si Pekak” “Anak Dara Dikata Bunting Enam Bulan” • Tema Sindiran “ Sang Kucing dengan Tikus” “Sahabat yang Khianat” “Persahabatan Si Senin”
Kesimpulan • Kesimpulannya, penghasilan cerpen pada dekad ini adalah kesinambungan daripada cerpen-cerpen sebelumnya. • Meskipun tidak mempunyai banyak perbezaan, namun penulis pada dekad ini sudah menampakkan kematangan dan keberanian dalam membincangkan tema-tema sosial dengan lebih meluas.