1 / 10

BAHAGIAN SARAAN

No. Siri : BS 3/4 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG). BAHAGIAN SARAAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”.

oral
Download Presentation

BAHAGIAN SARAAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. No. Siri : BS 3/4 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG) BAHAGIAN SARAAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

  2. PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM (PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  3. Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi. Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan. Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Sekian, terima kasih. (TAN SRI ISMAIL ADAM)

  4. PANDUAN PERUBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM(PERBELANJAAN RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG) • PERATURAN • 1.1 Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang seperti Hemodialisis dan Continuois Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di luar hospital Kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat pesakit diperaku oleh Pakar Nefrologi Kerajaan memerlukan rawatan berkenaan dan disahkan kemudahan rawatan tersebut tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan. • 1.2 Perbelanjaan untuk rawatan Hemodialisis di hospital / klinik swasta terhad kepada kos rawatan sebenar tertakluk kepada had maksimum tidak melebihi RM200.00 setiap rawatan. Sebarang ubat, alat atau ujian lain yang diperolehi di hospital /klinik swasta berkenaan yang kemudahannya boleh diperolehi di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan. 1

  5. 1.3 Perbelanjaan bagi rawatan di hospital / klinik swasta sebelum tarikh mendaftar dan disahkan mengidap penyakit ‘EndStage Renal Failure’ di hospital Kerajaan tidak dipertimbangkan. 1.4 Perbelanjaan bagi rawatan CAPD yang dipertimbangkan termasuk ubat dan alat pakai buang. 2

  6. KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON • 2.1 Pegawai Perkhidmatan Awam/ Suami/ Isteri; • 2.2 Pesara yang menerima pencen/ Suami / Isteri; • 2.3 Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai/ pesara : • (a) berumur di bawah 18 tahun; • (b) berumur di bawah 21 tahun jika masih belajar; dan • (c) tiada had umur bagi anak yang daif. • 2.4 Ibu bapa yang sah kepada pegawai yang memilih SSB/ SSM dan masih berkhidmat. 3

  7. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN • 3.1 Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan. • 3.2 Pesakit perlu mendapatkan pengesahan daripada pakar Nefrologi Hospital Kerajaan mengenai perkara berikut: • (a) keperluan rawatan; dan • (b) pengesahan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan. • PROSEDUR PERMOHONAN • 4.1 Pegawai yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan masing-masing. 4

  8. 4.2 Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan perlu mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 4.3 Dokumen berikut perlu dikemukakan semasa permohonan: (a) Borang permohonan SARAUBAT JPA(AM); (b) Borang SARAUBAT JPA (PPK) yang telah disahkan Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan di para 3.2 (a) dan (b); (c) resit bayaran atau surat sebut harga; dan (d) salinan kad pesara (jika berkaitan). Tatacara permohonan dan borang-borang berkaitan adalah seperti yang dikeluarkan bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001. ` 5

  9. 5. PERMOHONAN SELAIN DARIPADA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN Permohonandaripadakalangan pegawai /pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang menerima pakai Perintah Am Bab F 1974, hendaklah disampaikan terus kepada pihak berkuasa masing-masing untuk kelulusan dan pembayaran. 6

  10. PERTANYAAN • Sila hubungi pegawai di bawah atau faks 03-83201981 • 1. Cik Syarina binti Kassim • Ketua Penolong Pengarah • 03-83164080 • syarina@jpa.gov.my • 2. Cik Azinida binti Muhamad • Ketua Penolong Pengarah • 03-83164087 • azinida@jpa.gov.my • 3. Encik Fahizol bin Haris • Penolong Pengarah • 03-83164456 • fahizol.haris@jpa.gov.my • 4. Cik Marziah binti Mohamed Mukhtar • Penolong Pengarah • 03-83164473 • marziah.mukhtar@jpa.gov.my • ALAMAT: • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia • Jabatan Perkhidmatan Awam • Bahagian Saraan • Aras 5 & 6, Blok A, Bangunan MKN- Embassy Techzone • No. 3200, Jalan Teknokrat 2, • 63000Cyberjaya. 7

More Related